Semua perlukan ilmu...


Betulkan..semua perlukan ilmu. Nak kawin, kena ada ilmu. Dah ada anak, lagi kena ada ilmu. Nak masak, kena belajar cara-cara memasak. Ilmu la tu...Pendek kata, semua perkara. Kalau masa kecil dulu mak ayah kita tak ajar cara pakai baju, cara bersalam dengan betul, cara lalu depan orang tua dan sebagainya..mesti kita tidak tahu. Dan itu juga adalah ilmu.

Hari ini saya nak cerita, alkisah keladi. Siapa tak tahu keladi? Kalau tak tahu boleh tengok gambar kat bawah tu.

Entah macam mana satu hari tu pergi pasar malam, teringin nak beli sayur-sayur dan ulam kampung. Yela, selalu makan sawi, kangkung, bayam, brokoli, carrot @ lobak, dan sebagainya. Balik dari pasar malam itu sempat la mencapai sayur keladi dan tangkis. Mesti ramai tak tahu kan? Sedap tangkis ni, buat masak lemak cili api...sedap sangat. Cuma, rupanya tangkis ni ada 2 jenis..satu dalam air satu darat. Yang dalam air ni dia ada gabus kat batang. Kalau masak batang lembut, yang jenis darat..ya Allah batang dan urat daun dia pun liat dan keras.

Esoknya, terasa nak buat asam keladi tu, setelah bertanya emak dan bestfriend saya iaitu En Google  macam mana cara masak. Saya pun mula menyiang atau memotong sayur keladi tu..yela mak kata kena celur dulu ubi dan batang keladi tu. Masa tengah basuh tu, tangan gatal.Mulanya ingatkan normal. Tetapi lama kelamaan makin gatal dan merah-merah tangan. Saya pun panik, sebab keladi ni ke? Boleh makan ke keladi ni? Cepat-cepat capai telefon dan telefon mak semula. Rupanya, tak boleh siang keladi ni dengan air. Tangan kita kena kering begitu juga keladi. Mana lah saya tahu, ingatkan boleh kan?

Lepas basuh tangan betul-betul dengan sabun. Alhamdulillah tangan beransur kurang gatal. Semuanya sebab getah keladi tu. Lepas tu saya sapukan Herbal Blend. Alhamdulillah menjelang maghrib tangan saya sudah kembali seperti sedia kala.

Kesimpulannya, semua kena ada ilmu ;) Jadi, sesiapa yang nak hilangkan gatal-gatal, parut, kena gigit nyamuk ke, sesuai sangat gunakan Herbal Blend tu. Berminat dan pertanyaan boleh hubungi saya ;)
Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/
https://www.facebook.com/SupplementForAll




Disclaimer: Testimonial Produk adalah tidak tipikal, keputusan setiap individu adalah berbeza-beza. Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment:

boni kacak said...

owh.. kalau saya tak baca entri ni, saya tak tau pun keladi tak bleh basuh.. ish...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget