Showing posts with label Herbal Blend. Show all posts
Showing posts with label Herbal Blend. Show all posts

Semua perlukan ilmu...


Betulkan..semua perlukan ilmu. Nak kawin, kena ada ilmu. Dah ada anak, lagi kena ada ilmu. Nak masak, kena belajar cara-cara memasak. Ilmu la tu...Pendek kata, semua perkara. Kalau masa kecil dulu mak ayah kita tak ajar cara pakai baju, cara bersalam dengan betul, cara lalu depan orang tua dan sebagainya..mesti kita tidak tahu. Dan itu juga adalah ilmu.

Hari ini saya nak cerita, alkisah keladi. Siapa tak tahu keladi? Kalau tak tahu boleh tengok gambar kat bawah tu.

Entah macam mana satu hari tu pergi pasar malam, teringin nak beli sayur-sayur dan ulam kampung. Yela, selalu makan sawi, kangkung, bayam, brokoli, carrot @ lobak, dan sebagainya. Balik dari pasar malam itu sempat la mencapai sayur keladi dan tangkis. Mesti ramai tak tahu kan? Sedap tangkis ni, buat masak lemak cili api...sedap sangat. Cuma, rupanya tangkis ni ada 2 jenis..satu dalam air satu darat. Yang dalam air ni dia ada gabus kat batang. Kalau masak batang lembut, yang jenis darat..ya Allah batang dan urat daun dia pun liat dan keras.

Esoknya, terasa nak buat asam keladi tu, setelah bertanya emak dan bestfriend saya iaitu En Google  macam mana cara masak. Saya pun mula menyiang atau memotong sayur keladi tu..yela mak kata kena celur dulu ubi dan batang keladi tu. Masa tengah basuh tu, tangan gatal.Mulanya ingatkan normal. Tetapi lama kelamaan makin gatal dan merah-merah tangan. Saya pun panik, sebab keladi ni ke? Boleh makan ke keladi ni? Cepat-cepat capai telefon dan telefon mak semula. Rupanya, tak boleh siang keladi ni dengan air. Tangan kita kena kering begitu juga keladi. Mana lah saya tahu, ingatkan boleh kan?

Lepas basuh tangan betul-betul dengan sabun. Alhamdulillah tangan beransur kurang gatal. Semuanya sebab getah keladi tu. Lepas tu saya sapukan Herbal Blend. Alhamdulillah menjelang maghrib tangan saya sudah kembali seperti sedia kala.

Kesimpulannya, semua kena ada ilmu ;) Jadi, sesiapa yang nak hilangkan gatal-gatal, parut, kena gigit nyamuk ke, sesuai sangat gunakan Herbal Blend tu. Berminat dan pertanyaan boleh hubungi saya ;)
Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/
https://www.facebook.com/SupplementForAll




Disclaimer: Testimonial Produk adalah tidak tipikal, keputusan setiap individu adalah berbeza-beza. Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Herbal Blend Multipurpose Cream

Assalamualaikum ..

InsyaAllah petang ini kita sama-sama kenali Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee.Cream ini adalah cream kulit yang serbaguna yang boleh dipakai pada kulit sesiapa sahaja. Bayi sangat disyorkan menggunakan cream kulit serbaguna ini bagi mengatasi masalah eczema, gigitan nyamuk, ruam-ruam dan sebagainya.

Saya juga sangat suka menggunakannya terutama untuk mengatasi luka-luka kecil dan kesan gigitan nyamuk. Anak saya juga sukakanya kerana cream kulit ini berasa dingin dan menenangkannya.

Dipekkan sebanyak 4oz dalam 1 botol membuatkan ianya antara cream kulit yang sangat berpatutan harganya dan yang penting berbaloi dari segi pemakaiannya. Semua ahli keluarga boleh menggunakan cream ini tambahan cream ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia, selamat dan berkesan.

Herbal Blend Multipurpose Cream ini diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Cream ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit. Herbal blend juga telah diuji secara klinikal di mana cream ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.


Dan banyak lagi kebaikan Herbal Blend Multipurpose Cream ini antaranya:
1. Ruam,
2. Luka kecil ,
3. Calar,
4. Demam (sapu keseluruh badan suhu akan turun),
5. Eczema,
6. Masalah kulit Gatal
7. Menghilangkan Parut
8. Melembutkan Kulit Yang Kasar
9. Elokkan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
10. Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.
11. Memecahkan Lemak / Pembuangan Angin Dengan Cara Urutan Terutama Pada Bahagian Perut
12. Losyen Kegunaan Harian
13. Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox

Kena cuba dahulu! Anda pun akan jatuh cinta pada cream kulit ini seperti saya dan ramai lagi pengguna Herbal Blend Multipurpose Cream ini  ;)
 
 
 
Disclaimer: Testimonial Produk adalah tidak tipikal, keputusan setiap individu adalah berbeza-beza. Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget