Showing posts with label Testimoni Vivix. Show all posts
Showing posts with label Testimoni Vivix. Show all posts

[Testimoni] Vivix Shaklee dan Darah Tinggi

Sedar tak sedar promosi Vivix dah berlangsung lebih 16 hari...ramadhan pun dah hari ke-18 hari ni. Pantasnya masa berlalu, insyaAllah minggu depan kita semua dah bersedia untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya bersama keluarga...kan?? Mesti tak sabar rasa nak berjumpa dengan keluarga tersayang...ye, ibu dan ayah kita. Bersyukurlah jika ibu dan ayah kita masih ada..boleh juga kita membuat bakti kepada mereka. Di usia mereka yang sudah tua, saya memang menitik beratkan kesihatan ibu dan ayah..sebolehnya ingin mereka sihat sentiasa. Dan alhamdulillah, suplemen Shaklee juga banyak membantu dalam menaikkan taraf kesihatan mereka. Ibu saya, ambil Vivix, ESP dan Ostematrix..sebab ibu saya ni ada sakit sendi..alhamdulillah sejak ambil suplemen banyak benar dah bezanyanya. Ayah pula ambil OmegaGuard dan Vitalea, lebih setahun saya jadi pengedar baru ayah nak makan suplemen. Alhamdulillah kerana Allah bukakan hati ayah saya. Jom baca testimoni Puan Mas di bawah...berikan Vivix kepada ibu tersayang!!


Salam, saya nak share pengalaman bagi mak Vivix. Umur dah 66 tahun. Menghidap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi dan COAD ( Chronic Obcctructive Airway Disease). Mak selalu hadapi masalah pernafasan bila cuaca tak menentu. Bila tak sihat kena makan antibiotik baru ok. Lepas bagi Vivix mak bagitahu dah bertambah sihat dan tak berkepit dengan minyak angin lagi sebab selalu sakit sendi. Mak kata dah boleh menyangkul!! Sangat gembira. Syukur Alhamdulillah...tq Shaklee.
Berapakah nilai kesihatan? Kesihatan tinggi nilainya, apa guna duit banyak jika kita sakit. Betul tak? Sementara sihat ini, marilah kita perbaiki nilai kesihatan kita dengan suplemen semulajadi. Jika anda perlukan suplemen Shaklee, anda telah bertemu dengan orang yang betul ;)
http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni]Vivix untuk pesakit darah tinggi...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...syukur kepada Allah di atas segalanya. Semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Tak tumbuh tak melata...tak sungguh orang tak kata!! hehe sempena promosi Vivix bulan ni, saya nak kongsi lagi testimoni pesakit darah tinggi yang mengamalkan Vivix. Jemput baca. Sebelum tu, saya nak cerita sikit pasal sakit darah tinggi ni.

Pengenalan

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.
Bacaan Tekanan Darah Rendah
Kategori Sistolik
Diastolik
Normal bawah 120 dan bawah 80
Pre-hypertensi 120 - 139 atau 80 - 89
Hypertensi 140 dan keatas atau 90 dan keatas
Hypertensi sistolik 160 dan keatas dan bawah 90


Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala

• Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
• Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
• Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi)
• Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

Otak
- Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

Penyakit jantung seperti :
- Coronary Heart Disease
- Congestive Heart Failure
- Left Ventricular Hypertrophy

Komplikasi pada mata
- Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
- Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

Komplikasi pada buah pinggang
- Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin Microalbuminuria, Proteinuria).

Peripheral vascular disease seperti
- Aneurysm
- Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Bahaya kan?? Jemput baca testimoni berkaitan sakit darah tinggi di bawah.

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Siapa yang memerlukan Vivix?

Sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi manfaat kesihatan.

Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnyaVivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.

Bagi pengguna Islam, tidak perlu risau kerana Vivix juga telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.



Khasiat VIVIX




1) Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

2) Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3) Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
http://supplementforall.blogspot.com/2014/03/jana-pendapatan-dengan-shaklee.html

 4 Cara tindakan VIVIX

1. Mempertahankan sel (cell defense)

2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)

3. Memperbaiki sel (cell repair)

4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)s

Ini minggu terakhir promosi Vivix bulan November ni. Bagi yang nak hadiahkan kepada ibu bapa jangan segan-segan hubungi saya. Kalau nak pakai untuk sendiri pun apa salahnya. Boleh awet muda lagi. Harga super dupe rmurah macam ni bukan senang nak dapat tau? Rugi kalau tak beli.. ;)

Hubungi saya
Wardah




Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.
 

[Testimoni] Vivix terbaik untuk penyembuhan pesakit kencing manis....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah...ameen ya rabb!!

InsyaAllah hari ni saya nak kongsi testimoni berkaitan Vivix Shaklee. Tetapi sebelum itu, kita kena tahu dulu apa itu penyakit kencing manis?

Kencing manis (diabetes mellitus) adalah masalah metabolisma dimana jumlah glukosa atau gula, di dalam darah adalah tinggi, secara perubatannya dikenali sebagai hyperglycaemia.

Punca Kencing Manis
Diabetes berpunca samada dari pankreas badan yang tidak menghasilkan cukup hormon insulin untuk memecahkan glukosa, ataupun kerana kegagalan hormon insulin itu sendiri untuk bertindak terhadap sel reseptor dalam darah. Apabila tahap glukosa dalam darah meningkat lebih dari tahap tertentu, glukosa selebihnya akan masuk kedalam urin (air kencing). Keadaan kelemahan insulin ini juga ada kerana keturunan; sekitar 3% bagi lelaki dan 2% bagi perempuan. Hampir setengah populasi yang mempunyai insulin bermasalah tidak pernah didiagnosis.

Dalam perubatan moden, belum ada ubat yang boleh menyembuhkan pesakit dari kencing manis. Namun, kawalan terhadap tahap insulin dan terapi perubatan yang lain disamping diet pemakanan yang betul mampu memberi pesakit kencing manis keadaan kesihatan yang baik dengan kesan sampingan yang sedikit, walaupun risiko kematian di kalangan pesakit kencing manis adalah lebih tinggi, berbanding jika mereka tidak menghidapinya.

Kesan Kencing Manis Terhadap Pesakit
Peningkatan glukosa dalam darah yang sederhana boleh menyebabkan kegagalan ginjal; merosakkan penglihatan akibat masalah salur darah dalam mata; dan halangan terhadap aliran darah ke limpa yang mengakibatkan gangren (kemerosotan sel/kematian tisu/ akibat kekurangan oksigen) dan risiko amputasi (pembuangan tisu rosak/ mati yang menghitam dan busuk) secara berterusan.

Diabetes mellitus juga meningkatkan pesakit kencing manis terhadap terhadap risiko terjadinya sakit jantung koroner dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi (lelaki), dan empat hingga lima kali ganda lebih tinggi (perempuan). Risiko strok di kalangan pesakit kencing manis juga meningkat sebanyak dua hingga tiga kali lebih tinggi.

Jika tidak dirawat, kencing manis boleh mengakibatkan koma dan kematian (kebiasaan yang dihadapi pesakit kencing manis sebelum penemuan insulin pada tahun 1921). Pada pertengahan era ke-20, sekitar 30% kandungan di kalangan wanita yang mengidapi kencing manis berakhir dengan keguguran janin dan kematian bayi selepas seminggu kelahiran, disamping risiko lebih tinggi kecacatan terhadap bayi yang selamat membesar. Kini, kadar keguguran janin bagi wanita mengandung yang mengidapi kencing manis adalah lebih rendah (sekitar 5.6%), berbanding populasi ibu mengandung normal 1.4% sahaja. Bayi bagi ibu yang menghidapi kencing manis biasanya lebih besar (gemuk) dan rata-rata bayi menghadapi kesukaran bernafas dan hypoglycaemia (gula rendah dalam darah) semasa lahir.

Tanda-tanda atau simptom anda memiliki sakit kencing manis
  • Dehidrasi
    • Dehidrasi adalah gangguan dalam keseimbangan cairan atau air pada tubuh. Hal ini terjadi karena pengeluaran air lebih banyak daripada pemasukan (misalnya minum). Gangguan kehilangan cairan tubuh ini disertai dengan gangguan keseimbangan zat elektrolit tubuh.
  • Rasa haus yang berterusan
    •  selalu rasa haus, atau dahaga.
  • Peningkatan frekuensi kencing
    • selalu membuang ari kecil,
  • Cepat penat/letih
    • buat kerja yang tak seberapa, tetapi penat tak terkata.
  • Penurunan berat badan
    • dahulu gemuk.berisi, tiba-tiba menjadi kurus. 
  • Gangguan penglihatan
    • mengalami masalah penglihatan, memang ada kesan jika anda pesakit kencing manis
  • Penyembuhan luka yang lama
    • jika luka, lambat sembuh. 
Ok, jom baca testimoni pula.
Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Testimoni 5

Testimoni 6

APA ITU VIVIX?
Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi & anti kanser.

APA ITU RESVERATROL?


Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.

Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.

 

BAGAIMANA VIVIX & RESVERATROL BERFUNGSI SEBAGAI PENAWAR DIABETES/KENCING MANIS?

Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.

Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.


InsyaAllah nanti saya berikan testimoni berkaitan pesakit darah tinggi pula, ada lebih kurang 10 hari je lagi promosi Vivix ni. Cepat belikan dan hadiah pada ibu bapa kesayangan kita. Saya akan berikan harga yang menarik sempena promosi November ni.

Klik untuk baca testimoni pesakit darah tinggi.

Hubungi saya,


Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com



Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget