Kesan Kekurangan Air Dalam Badan Kita


Bismillah...Salam Jumaat buat semua..minggu kedua di bulan Februari 2014. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah..ameen ya rabb!!

Antara pesanan yang paling popular akan saya pesan kepada pelanggan tersayang saya ialah...jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Penting minum air masak 3 liter sehari untuk kesihatan kita!! Nak tahu apa kesan yang terjadi jika kita kurang minum air?

Kesan kekurangan air dalam badan
1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).
2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.
3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang
dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.
4. Tekanan darah menurun.
5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk.
6. Lesu pada waktu siang.
7. Sakit belakang.
8. Dehidrasi. Tubuh akan mengalami dehidrasi.
Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.
9. Sakit kepala.
10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.
11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.
12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.
13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik.
14. Meningkatkan keinginan untuk makan.
15. Darah menjadi lebih pekat .
16. Mudah keliru.
17. Degupan jantung semakin meningkat.
18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.
19. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.
20. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.
21. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.
22. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain.
23. Kulit menjadi kusam. Ini kerana kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.

Persoalannya, berapa banyak air yang perlu diminum dalam sehari?

Ada beberapa formula untuk menentukan berapa banyak air yg perlu kita ambil dalam sehari:

1. Berat badan (dalam kg) dibahagikan dengan 30

(Contohnya, jika berat 60kg (60/30 = 2).
Bermakna, tubuh badan anda memerlukan sebanyak 2 liter air sehari)

2. Mengikut berat dan ketinggian seseorang

Berat badan normal – 3 liter sehari (8 gelas)
Lebihan berat badan – Setiap penambahan berat 10 kg, perlu minum 1.5 liter lebih air
Kurang berat badan – 3-4 liter sehari (8-11 gelas sehari)


Tak tahu anda dalam kategori mana? Kurang berat badan? Normal? Lebih berat badan? Obes? Sila rujuk graf di bawah sebagai rujukan.

Contoh:
Dengan ketinggian 160 cm, jadi berat ideal adalah antara 50kg - 63kg. (Kita ambil purata dalam 56.5 kg). Tetapi berat sekiranya berat adalah 78 kg. Bermakna terlebih 20kg. Mengikut note di atas, setiap pertambahan 10 kg kena tambah 1.5 liter. Ini bermakna:
3 liter + (1.5*2) = 6 liter!!

3. Bergantung kepada diet harian, amalan senaman dan persekitaran

Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.

Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda peprlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air

Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.

Perlukan konsultasi dan pertanyaan? Hubungi
Wardah
0193305476
PM Fb : SupplementForAll

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget