Showing posts with label Testimoni GLa. Show all posts
Showing posts with label Testimoni GLa. Show all posts

[Testimoni] 9 Testimoni GLA Complex untuk Haid kembali teratur

Betul ke GLA Complex membantu wanita yang haid tidak teratur? Ye, tepat sekali...tak percaya, jom  baca 9 testimoni berkaitan haid tidak teratur.

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3 

Testimoni 4
 Testimoni 5
 Testimoni 6
 Testimoni 7
 Testimoni 8
 Testimoni 9

Mari kita tengok pula apa fungsi dan kebaikan GLA Shaklee ni.

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 
1) Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
2) Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. 
# Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

APA FUNGSI GLA COMPLEX SHAKLEE ?
1) Bagi wanita yang punya kitaran haid yang tak teratur
     >> GLA membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
2) Bagi yang dah lama ingin mendapatkan zuriat
    >> GLA membantu meningkatkan kesuburan
3) Bagi yang sering mengalami PMS (pre-menstrual sindrom)
   >> GLA membantu melegakan simptom2 pra haid seperti sakit perut, sakit pada buah dada & lain2 ketidakselesaan
4) Bagi wanita yang hampir/sedang putus haid
    >> GLA melegakan tanda-tanda putus haid
5) Bagi yang ingin cantik
    >> GLA menjadikan kulit lebih berseri-seri, glowing
    >> GLA juga menguatkan kuku dan rambut 
6) Bagi yang ada masalah jerawat
    >> GLA menseimbangkan hormon, hormon yang tidak stabil sering menyebabkan jerawat tumbuh tanpa sebab pada muka walaupun empunya diri
7) Untuk kesihatan menyeluruh
   >> Menguatkan sistem imun tubuh
   >> Mengawal kencing manis dan darah tinggi
   >> Mengawal kolesterol
   >> Baik untuk fungsi saraf


http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Haid teratur dengan GLA Complex bonus kulit semakin lembap dan cantik!!

Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas segalanya. Syawal bakal melabuhkan tirai tak lama lagi. Dah habis puasa sunat ke? Tahniah pada yang dah habis. Bagi yang belum, insyaAllah masih sempat nak buat dengan baki Syawal yang ada. Walau tidak cukup 6 hari pun, jangan sedih sebab anda dah buat yang termampu. Ye tak?? Eh, bukan nak ceramah mengenai puasa sunat...saya ni bukan ahlinya!! Seperti biasa, masih lagi cerita mengenai GLA  Complex, saya memang jujur dah jatuh cinta dengan GLA  ni!! Setiap hari mesti ambil 1 biji waktu malam. Kalau anda wanita, memang elok la ambil GLA  ni..nak tahu sebab apa?? Kita baca testimoni dulu...jommm

Salam semua..nak share pengalaman saya sendiri ni selepas melahirkan anak saya bulan 1 hari tu. Period tok sah cakap la memang tidak teratur. Macam chipsmore kejap ada kejap takde. Tambah-tambah lagi saya breastfeeding mom. Then, hari tu tergerak hati nak guna GLA  Complex. Memang best!! Baru sebulan makan, then bulan selepas saya makan tu terus period best!! Maksud best kar sini period datang macam masa anak dara dulu. Tapi sekarang ok dah, menstrual cycle dah kembali kepada normal. Memang jadi la Gla ni, kemudian bonus yang saya dapat, memang kulit ada beza, nampak lain sikit, rasa lembut sikit dan kalau keluar walau pakai moisturiser je xnampak macam x makeup pun. Macam lembap sikit kulit gitu, dan sekarang nak keluar rumah tak payah letak foundation lagi.

Dulu, dalam banyak-banyak vitamin Shaklee ni, GLA memang saya tak terfikir nak guna dan makan. Sebab saya tidak merasakan saya perlu ambil!!Sehinggalah jadi 1 kejadian pada saya. Baru terhegeh-hegeh nak ambil, dan alhamdulillah saya ambil setiap hari. 1 botol tahan 2 bulan jika anda ambil untuk kesihatan optimum. Untuk kes haid tak teratur dan kesuburan lain pula caranya ye. Boleh tanya saya ;)

Jom kita tengok apa best sangat GLA ni sampai saya dan ramai orang jatuh cinta?
APA FUNGSI GLA COMPLEX SHAKLEE ?
1) Bagi wanita yang punya kitaran haid yang tak teratur
     >> GLA membantu mengawal dan mengatur kitaran haid

2) Bagi yang dah lama ingin mendapatkan zuriat
    >> GLA membantu meningkatkan kesuburan

3) Bagi yang sering mengalami PMS (pre-menstrual sindrom)
   >> GLA membantu melegakan simptom2 pra haid seperti sakit perut, sakit pada buah dada & lain2 ketidakselesaan

4) Bagi wanita yang hampir/sedang putus haid
    >> GLA melegakan tanda-tanda putus haid

5) Bagi yang ingin cantik
    >> GLA menjadikan kulit lebih berseri-seri, glowing
    >> GLA juga menguatkan kuku dan rambut 

6) Bagi yang ada masalah jerawat
    >> GLA menseimbangkan hormon, hormon yang tidak stabil sering menyebabkan jerawat tumbuh tanpa sebab pada muka walaupun empunya diri

7) Untuk kesihatan menyeluruh
   >> Menguatkan sistem imun tubuh
   >> Mengawal kencing manis dan darah tinggi
   >> Mengawal kolesterol
   >> Baik untuk fungsi saraf

Jom dapatkan GLA sempena promosi berlangsung ;)
http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Hamil dengan Set Kesuburan Shaklee

Rupanya hari ni dah  22 Syawal. Cepatnya masa berlalu. Bagi yang belum sempat habiskan puasa sunat tu, masih sempat lagi untuk berbuat demikian. Kerana ada lagi baki 8 hari Syawal. Yela, sah-sah hujung minggu memang tak dapat puasa...pertama penuh dengan jemputan sana sini, kedua, lagi best puasa jika bekerja dari waktu cuti. Apapun, nak buat puasa sunat pun kenalah habiskan yang wajib dulu...ye tak?

Sempena promosi GLA bulan ni, jom saya kongsikan lagi testimoni berkaitan.
Alhamdulillah, saya dah hamil dengan Shaklee selama 2 tahun setengah menanti, saya period tidak teratur, ada cyst dan pcos. Shaklee amat membantu selepas 5 bulan saya amalkkan dnegan konsisten di samping masih menjalani rawatan fertility. Doktor fertility saya pun kagum dan katakan ya kepada Shaklee amat bagus untuk membantu masalah kesuburan saya. Saya bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah pada bulan Shaaban ini. Saya pernah share di group ni dulu tentang pcos yang saya alami. Alhamdulillah kita hanya usaha, hanya tuhan yang tentukan rezeki kita. Cuma cepat dan lambat sahaja. Jangan lupa untuk berdoa tanpa jemu kepadaNya....

Ye betul, jika anda mengalami masalah dengan period tak teratur, cyst atau pcos, masalah kesuburan...anda memang wajib mencuba GLA Shaklee. Ye, perlu berusaha untuk tingkatkan taraf kesihatan kita. Doa-doa juga, usaha tetap perlu ada. Nak tahu lebih mengenai Set Kesuburan Shaklee?

http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] GLA Shaklee terbaik untuk wanita..

Assalamualaikum..

Harapnya tidak terlewat untuk saya ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog saya, sahabat-sahabat maya dan realiti, serta semua. Mohon maaf atas salah dan silap yang disedari atau tidak. Hari ini, hari pertama bekerja setelah seminggu bercuti. Walau seminggu cuti, saya tetap menerima order dari pelanggan, dari Pahang, Segamat dan Bangi. Alhamdulillah.

Ok, kali ini saya nak cerita pasal GLA Complex. Dalam banyak-banyak vitamin Shaklee, GLA adalah vitamin yang saya tidak terfikir nak makan. Kenapa? Sebab saya tiada sebab untuk mengambilnya. Antara vitamin yang wajib ambil ialah ESP, Ostematrix, Alfalfa, Lecithin, Herblax, Vitamin C, dan yang kadang-kadang di ambil PD, Zinc, Vit E, Mealshakes, B-Complex.

Sehinggalah pada 3, 4 bulan lepas saya mengalami simptom yang teruk bila nak period. Lagi seminggu nak period saya rasa nak muntah, pening, dan pitam. Pernah saya mc 2 hari. Jika sebelum ni sakit pinggang tu memang biasa. Tetapi rasa nak pitam dan pening tu memang luar biasa pada saya. Kata doktor, itu biasa jika nak period. Bagi saya tetap luar biasa. 2 bulan berturut saya alami simptom yang sama. Saya risau, adakah saya mempunyai sakit lain. Macam-macam juga saya cuba, jaga makan, minum air masak banyak-banyak dan sebagainya. Sehingga pada bulan ke-3 saya tekad untuk mencuba GLA Complex.

Kesannya?? Alhamdulillah period saya pada bulan itu berjalan lancar, tiada lagi simptom luar biasa seperti pitam, pening dan nak muntah. Datang tepat ikut jadual sepatutnya. Tiada sakit pinggang, dada atau lain-lain. Alhamdulillah..memang syukur sangat!!

Selain untuk kesuburan, GLA ini juga elok untuk anda yang mengalami period tidak teratur.Lagi best, elok juga untuk yang ada masalah kulit. GLA pun ada EPO malah lebih baik dari EPO yang ada di luar sana.
Nak tahu lebih lanjut mengenai GLA boleh baca sini

Cyst kecut dengan GLA Complex?
http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Masalah Yang Melanda Wanita Ketika Haid: Kitaran Haid dan Fungsi

Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid.

Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid  bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.

Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.

Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah di antara 60 hingga 200 ml.

Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.

Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan wanita. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh wanita tersebut. Mereka yang mengalami masalah tersebut yang berkunjung ke kedai farmasi akan ditemubual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada wanita berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temubual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan produk atau ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.

Abnormal semasa haid dan cara mengatasi     

Tidak semua wanita yang akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah. Adalah dianggarkan seramai 10 peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik. Sesetengah wanita mempunyai masalah seperti berikut:

    1. Dismenorea

Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.

Sebelum menyarankan kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus mengenalpasti masa bermulanya sakit berhubung dengan haid tersebut. Sakit akibat dismenorea primer berlaku sebelum atau semasa dua hari pertama haid. Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih teruk, ia mungkin diakibatkan oleh masalah yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor pakar.

    2. Menoragia

Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.

    3. Amenorea

Merupakan masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor. Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus.

    4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid

Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi. Jika masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.

    5. Sindrom prahaid

Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon. Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di antara gejala yang sering dialami ialah:
  •  Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.
  • Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan
  • Payu dara - ketegangan, bengkak
  • Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula
  • Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)
  • Kurang kencing
  • Kulit berjerawat

 Kenalpasti Sindrom     

Kebanyakan wanita yang menggunakan produk farmaseutikal atau ubat tanpa nasihat doktor dan dengan kata lain mengamalkan swa-pengubatan adalah wanita-wanita yang sihat dan mengalami gejala-gejala sindrom prahaid seperti sakit kepala, pengumpulan cecair atau kekejangan pada bahagian abdomen. Produk atau ubat yang berkaitan dengan masalah tersebut boleh didapati di kedai farmasi dengan nasihat ahli farmasi. Adalah penting untuk mendapatkan ubat yang biasa diambil tanpa memberikan kesan samping serta mujarab. Namun, ahli farmasi mesti mengenalpasti gejala yang dialami semasa kitaran haid yang lalu dan bukannya gejala akibat penyakit yang lebih serius dan memerlukan permerhatian doktor pakar sakit puan (obstretrik dan ginaekologi). 

Wanita harus berwaspada terhadap gejala yang boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera. Di antara masalah yang memerlukan pemerhatian doktor pakar dengan segera ialah pendarahan yang teruk, tidak datang haid, discaj yang tidak normal daripada bahagian vagina, kesakitan yang amat  sangat sebelum dan semasa haid, kesakitan ketika melakukan hubungan seksual, ketumbuhan pada bahagian payu dara atau dicaj yang tidak normal daripada bahagian puting payu dara

Kredit : Sini

Dua bulan lepas saya mengalami sakit kepala yang serius sebelum kedatangan haid dan hampir pitam...Allah sahaja yang tahu macam mana saya rasa masa tu. Selepas kali kedua (dibulan kedua) saya masih sakit kepala, saya mula ambil 1 biji GLA Complex sebelum tidur. Walaupun memang dah tahu sebelum ni bahawa GLA memang elok untuk wanita.

Alhamdulillah...dengan izin Allah saya dah tak sakit kepala, sakit pinggang sebelum haid. Memang bagus GLA ni untuk wanita!!

Apa itu GLA?
GLA complex merupakan kombinasi minyak borage, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Ia digunakan secara tradisional bagi mengurangkan kesakitan ketika haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda2 menopous.

GLA Complex daripada Shaklee dihasilkan daripada borage dan mengandungi lebih 2x ganda GLA jika dibandingkan dengan EPO. Ia merupakan smber terbaik untuk Omega-6 dan gabungan minyak sunflower dan vitamin E meningkatkan lagi keberkesanannya. Borage juga adalah 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan dari EPO.

Kajian di University of Maryland Medical Center menunjukkan GLA mampu:

1. mengurangkan kesakitan untuk pesakit yang mengidap diabetic neuropathy
2. mengurangkan kesakitan sendi akibat rheumatoid arthritis (dalam masa 3 bulan)
3. membantu individu yang mempunyai ADHD dan autisma. Ini kerana individu yang mempunyai ADHD dan autism mempunyai kadar EFA (omega 3 and 6) yang rendah. EFA diperlukan untuk fungsi otak yang optimum.
4. membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
5. mengurangkan tahap bone loss dan membantu mencegah osteoporosis

Selain itu, GLA juga berfungsi untuk:

6. menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yg meningkatkan sistem imun tubuh , menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
7.memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
8. melambatkan menopouse - memperbaiki keadaan menopouse spt hot flashes, insomnia, ketidakhadaman.
9. mengawalselia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi dan kesakitan payudara

Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.


Sila hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Period tidak menentu...tidak lagi dengan GLA Shaklee

Assalamualaikum..

Salam jumaat buat semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga kehidupan kita sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah..ameen ya rabb!!! Alhamdulillah, semalam saya dapat satu lagi berita baik...komen positif dari pelanggan yang dikasihi. Apa masalah adik ni? Period adik ni selalu tak menentu, kadang sampai sebulan dua tak datang period. Alhamdulillah, adik ni ambil GLA Complex. Selepas ambil 5 hari, period beliau datang!!! Alhamdulillah...semuanya dengan izin Allah!!

Jom baca testimoni beliau ;)

Jom kita baca antara kelebihan GLA Complex ni.
- anti oksidan yang berkesan
- membantu kulit jadi sihat dan berseri
- mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan dan kulit kering
- memperbaiki tekstur kulit
- seimbangkan hormon
- kitaran haid jadi teratur
- membantu proses kesuburan
- melangsing dan menghalang penambahan berat badan
- melambatkan menopause
- mengurangkan simptom pra haid
-membantu mengurangkan radang pada sendi
- membantu anak autisma dan hyperaktif

Bagi anda di luar sana, apa tunggu lagi...GLA juga elok untuk kulit, sakit lutut, wanita, malah lelaki pun boleh ambil.

Hubungi saya untuk pesanan dan pertanyaan
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] GLA Shaklee....memang terbaik!!

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya..Alhamdulillah.

InsyaAllah hari ni nak kongsi satu testimoni berkaitan GLA Shaklee ni. Jemput baca testimoni di bawah.

Puan Aiza mengalami masalah haid yang tak teratur, selepas mengambil GLA Shaklee alhamdulillah jadual haid berliau telah kembali normal.

Almaklumlah perempuan yang sihat ialah akan datang haid setiap bulan. Jadi, jika kita ada masalah haid tak teratur, haid yang lama, hormon yang tak stabil memang elok sangat lah ambil GLA Shaklee ni. Selain dapat membetulkan haid kita, kesan sampingan lain ialah...kulit makin cantik...tak percaya? jemput baca testi kat sini.

Apa itu GLA?
GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

FAEDAH
GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ECZEMA. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA?
GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA sangat diperlukan olehpengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan

Hubungi saya ye ;)


Wardah





Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.
 

Apa itu Cyst ?

Apa itu Ovarian Cyst

Ovarian cyst biasa dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan merea didiagnos mengalami ovarian cyst apabila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan.

Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan adakalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Ia tidka merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar.

Jenis-Jenis Cyst

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.
Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Gejala Ovarian Cysts

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
  • Sakit perut
  • Rasa perut penuh dan tak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Sukar atau kerap kencing
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Muntah dan loya.

Diagnosa

Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.
Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan

Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan

Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita. Supplemen yang dicadangkan ialah Shaklee GLA Complex yang dapat membantu mengawal selia hormon lelai dan wanita.
Ok, kita baca pula testimoni di bawah


Ok, pokok pangkalnya...setiap penyakit insyaAllah ada ubatnya. Kita kena usaha..dan usaha..untuk mencari ubatnya dan penyelesaian. InsyaAllah. Dengan izinNya penyakit datang, dan dengan izinNya juga penyakit itu pergi. Bagi yang ada penyakit Cyst, boleh cuba ambil GLA Complex.


Wardah





Disclaimer: Testimonial Produk adalah tidak tipikal, keputusan setiap individu adalah berbeza-beza. Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget