Tips kumpulkan stok susu EBM

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah. Dah lama tak cerita pasal Set 3M Shaklee..Set ini memang popular dikalangan ibu-ibu, sehinggakan ada orang ingat Shaklee ni hanya jual produk menyusu je!! hihi Ok, insyaAllah hari ni saya nak cerita sikit tips untuk kumpulkan stok susu EBM.

Ada sesetengah ibu akan dapat cuti paling awal 2bulan, dan ada yang 3 bulan ketika melahirkan. Amat penting untuk ibu pastikan stok susu untuk bayi anda mencukupi supaya tidak menjadi 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Ok, ini ada beberapa persoalan yang saya sering jadi pertanyaan dari ibu-ibu, jom baca tips.

1. Bayi kerap sangat menyusu, macam mana saya nak pump?

Tipsnya mudah saja
Bayi menyusu sebelah kanan, ibu pump sebelah kiri atau sebaliknya (teknik ini dipanggil Tandem Nursing). Dengan Tandem Nursing ini, kedua-dua belah payudara di rangsang serentak dan hasilnya anda akan lihat susu lebih cepat dan banyak terhasil. Jika bayi menyusu kedua-dua belah, ibu pump lepas bayi habis menyusu hingga breast kosong. Apabila breast kosong, badan akan mendapat signal untuk percepatkan lagi penghasilan susu

2. Kesilapan yang sering dibuat adalah
Pam bila breast penuh. Itu salah ya. Pam mesti konsisten ikut jadual anda sendiri

Amalan mengepam cuma bila breast penuh akan menghantar signal pada otak bahawa bayi tidak perlukan susu yang banyak, dan hasilnya badan kurangkan penghasilan susu.

3. Kesilapan lain adalah
Pam bila susu keluar dan berhenti pump bila susu berhenti mengalir. Ini teknik pam yang salah
Pam mesti ikut jadual dan jangan tunggu susu keluar atau breast penuh/bengkakbila susu berhenti mengalir, ibu harus teruskan sesi pump setiap breast hingga 20-30 minit. maknanya sebelah kanan 20-30 minit dan sebelah kiri juga Walaupun susu hanya keluar 5 minit pertama anda teruskan juga pump kerana ia akan beri signal pada otak bahawa bayi perlukan lebih banyak susu. Hasilnya otak menghantar signal pada badan untuk hasilkan lebih banyak susu

4. Patuhi konsep asas penyusuan Demand & Supply lebih kerap anda ‘direct feed’ dan pam, lebih kerap anda kosongkan breast, lebih cepat dan banyak susu terhasil. Maka lebih banyak stok EBM anda

5. Minum air kosong minimum 3L sehari kerana air komponen utama susu ibu. Kurang air kuranglah susu

6. Ibu pastikan badan cukup rehat, tidak tertekan dan jangan stress. Minda mesti sentiasa positif dan emosi mesti ceria. Badan yang penat dan tertekan, minda yang negatif dan emosi yang tidak sihat punca utama susu merudum.

7. Ibu mesti jaga pemakanan agar seimbang, kaya dengan semua zat yang diperlukan dan tinggi protein serta kalsium. Jangan terlalu diet sebab badan ibu yg kurang zat punca susu merudum
susu ibu adalah apa yang ibu makan dan kurangnya khasiat dalam pemakanan si ibu maka kuranglah khasiat dalam susu ibu


8. Jangan malas untuk pam. Buat ibu yang bekerja, jangan jadikan tiada masa untuk pam satu alasan. Jika anda malas untuk pam anda boleh lupakan hasrat untuk menyusukan anak dengan susu ibu.

9. Berdoalah kepada Allah mohon dimurahkan rezeki susu untuk anak dan dipermudahkan proses penyusuan. Sentiasa berzikir kepadaNya. Dialah Maha Pemurah dan dialah Maha Pemberi Rezeki

Di bawah ini saya kongsikan testimoni ibu-ibu yang ambil Set 3M Shaklee

Testimoni 1



Testimoni 2



Testimoni 3



Bagi ibu-ibu yang stok susu tak banyak jangan cepat putus asa, banyak ikhtiar yang boleh dilakukan. Ambil air masak yang banyak setiap hari, pastikan jaga pemakanan anda jangan makan makanan yang boleh mengurangkan pengeluaran susu. Ambil makanan tambahan juga adalah salah satu usaha. Banyak lagi testimoni yang boleh anda baca.

Hubungi saya untuk konsultasi dan pertanyaan

Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/
https://www.facebook.com/messages/SupplementForAll

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget