Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya...Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan sihat dan berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

InsyaAllah hari ini saya nak perkenalkan Ostematrix Shaklee kepada semua ;) Tak kenal maka tak cinta kan? 


Ostematrix! Bukan sekadar kalsium…

Ostematrix mengandungi gabungan sempurna “batu bata-dan-mortar“ untuk membina tulang yang kuat dan sihat.
  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang

OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.

Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?
  • Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
  • Terbukti secara klinikal
  • Mudah ditelan dan mudah diserap badan
  • dan yang paling penting.....VITAMIN SEMULAJADI!

Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?
  • Mereka yang kurang mendapat zat-zat membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain
Di bawah saya nak kongsikan bersama anda semua...betapa pentingnya kalsium ni pada kita...tambahan jika anda tergolong dalam golongan di atas.

Kalsium dan Vitamin D menghalang Tulang Rapuh

Kalsium menyokong stuktur tulang dan gigi. Ia juga penting dalam pengawalaturan pengecutan otot, pembekuan darah dan fungsi saraf. Selain daripada susu dan hasil tenusu, makanan yang tinggi dalam Kalsium termasuklah ikan dengan tulang lembut seperti sardin dalam tin dan ikan bilis, kacang dan kekacang seperti dal kuning, brokoli, kangkung dan kai-lan serta produk yang diperkuat dengan Kalsium seperti dadih dan bijirin sarapan.

Kepentingan Kalsium dan Vitamin D untuk Kesihatan Tulang

Vitamin D meningkatkan penyerapan Kalsium dan Fosforus serta membantu mengawalatur penyimpanan Kalsium dan Fosforus di dalam tulang. Ini membantu mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang. Kekurangan Vitamin D mengurangkan penyerapan Kalsium dan penyimpanan mineral di dalam tulang, lantas menyebabkan tulang yang lembut dan tidak sempurna. Manifestasi ini dikenali sebagai rikets dalam kanak-kanak dan osteomalasia dalam orang dewasa. Vitamin D boleh dihasilkan di dalam badan melalui tindakan cahaya matahari ke atas kulit. Selain itu, Vitamin D juga boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, kuning telur dan produk tenusu yang diperkuat dengan Vitamin D.

Penting kan kalsium?Jadi, jika sayangkan diri...sayangkan tulang...minumlah susu...dan kalau malas sangat nak minum susu, apa lagi...boleh makan Ostematrix ni. ;) Macam mana nak dapatkan? Hubungi saya...;)


Wardah



 Disclaimer: Testimonial Produk adalah tidak tipikal, keputusan setiap individu adalah berbeza-beza. Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

2 comments:

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

bunda belom pernah cuba jenama ni..

wardah said...

kena cuba bunda..sebabnya byk kelebihan..dan yang paling penting..no chemical dan ianya semula jadi;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget