Tips Semasa Mengepam Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terlalu banyak nikmat Allah kepada kita, semoga kita tidak lupa untuk rasa syukur. Semoga kita, keluarga kita dan saudara mara kita sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Ameen ya rabb!!

InsyaAllah hari ni saya nak kongsikan tips, amat sesuai untuk ibu yang sedang hamil dan menyusukan. Kalau tak hamil dan menyusukan pun perlu ambil tahu, ye sebagai ilmu. Mana tahu nanti boleh sebarkan kepada yang memerlukan. Betul tak?

8  Tips yang patut kita buat
  1. Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri.

  2. Tenangkan diri - perkara pertama sebelum yang lain adalah perlunya menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu je nak keluar. Jadi, tenangkan diri ya.

  3. Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.

  4. Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.

  5. Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyum dia, suara dia.

  6. Berzikir - amalkan berzikir semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh tambah iman dan dapat pahala. 3-in-1 gitu. Bagi yang bukan Islam, boleh juga mengingati Pencipta. Bila kita ingat Pencipta automatik hati menjadi tenang. Sebab kita tahu setiap apa yang terjadi dengan kuasa Pencipta.

  7. Jangan lihat hasil tenusu - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu ye. Buat benda lain, contoh no 5 & 6 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, susu pun malu-malu la nak keluar.

  8. Badan kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun lebih baik.

Cuba amalkan, dan insyaAllah pasti hasilnya amat positif. Seandainya hasil pam tak seperti yang kita harapkan, cuba bersabar dan rileks dan berfikiran positif. Emosi sebagai ibu perlu dijaga, sebab hasil pam juga bergantung kepada emosi ibu.

Satu lagi tips, cuba buat power pumping. Saya cadangkan di lakukan pada hujung minggu.

Klik sini untuk baca testimoni ibu menyusu.

Nak tahu lebih pasal vivix? klik sini.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi


Wardah




Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget