Showing posts with label Set Hamil Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Hamil Shaklee. Show all posts

[Testimoni]Sembelit masa hamil? Tidak lagi..dengan Set Hamil Shaklee.

Asalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan dirahmati Allah...ameen ya rabb!! InsyaAllah hari ni saya nak cerita pasal Set Hamil Shaklee, cerita beserta testimoni sekali. ;)

Cerita pasal sembelit, wanita yang hamil memang selalu mengalami masalah semebelit, kekerapan berlaku sembelit ialah ketika di akhir kehamilan ataupun dalam erti kata lain saat kandungan dah besar.

Apa yang menyebabkan terjadinya sembelit ketika hamil?



Banyak faktor yang menyebabkan sembelit, antaranya ialah kerisauan, pergerakan fisikal yang kurang, dan kurang mengambil serat di dalam makanan. Selain itu, wanita hamil juga mengandungi hormon progensterone yang banyak, ini menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan. Tambahan pula, dengan rahim yang semakin membesar ini akan menyebabkan tekanan fizikal kepada usus sehingga dapat menghalang pergerakan najis ke usus besar dan rectum. Wanita hamil juga perlu mengambil air masak secukupnya kerana wanita hamil selalu mengalami dehidrasi, dan ini juga penyebab sembelit.


Antara tips untuk mengurangkan sembelit ketika hamil.
  • Makan-makanan yang banyak serat seperti cereals, beras perang, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Minum air secukupnya, 3 liter sehari. Boleh juga untuk mengambil jus oren dan yougurt kerana ianya dapat membantu mengatasi sembelit.
  • Melakukan senaman ringan seperti berjalan, menunggang basikal kerana ini dapat membantu pergerakan usus besar.

Cadangan vitamin Shaklee untuk mereka yang hamil



Vita-Lea with Iron Formula (Multivitamin)

~ Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
~ Vita-Lea kaya dengan iron (zat besi) di mana ia adalah sangat bagus jika ibu ada masalah masalah mudah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia adalah berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.
~ Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

B-Complex


~ B Complex Shaklee adalah unik kerana ianya telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B.
~ Asid folik adalah sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
~ Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
~ Adalah penting bagi memastikan keperluan asid folik adalah mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C

~ Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
~ Ia juga membantu dalam penghadaman zat. Di samping itu Vitamin C juga meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh (cth: selsema).
~ Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D)

~ Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari.
~ Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dengan adanya vitamin D, kalsium dapat diserap dengan lebih baik oleh tubuh kita.
~ Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
~ Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
~ Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
~ Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (simpul biawak)
~ Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
~ Sekiranya ibu hamil mengalami masalah kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis pada usia tua.
~ Sangat sesuai bagi orang yang tidak suka minum susu.

ESP (Protein)


~ Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
~ Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.
~ Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik.
~ Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
~ ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
~ Protein memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
~ Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
~ Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega Guard (Omega 3)

~ Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
~ Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
~ DHA dan EPA dari OmegaGuard ini penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
~ Untuk ibu pula, ia membantu mengawal berat paras kolesterol dalam darah.


Ok, kita baca pula testimoni berkaitan sembelit




Inginkan konsultasi dan pertanyaan? Hubungi saya

Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/
https://www.facebook.com/messages/SupplementForAll

Peringatan bersama
: Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.

[Testimoni] Set Bersalin Shaklee...nampak macam anak dara selepas bersalin!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Ameen ya rabb!!!

Dah lama tak cerita pasal Set Bersalin/Berpantang...jemput baca testimoni Puan Azzahra di bawah.




Ringkasan cerita, Puan Zahra ni dia ambil vitamin Shaklee dari masa hamil...kemudian diteruskan sampai bersalin. Masa beliau hamil, beliau Ambil ESP,Vitamin C, Omega dan B-Complex. Lepas tu, bersalin beliau tambah Alfalfa dan Vitalea pula.

Dari cerita beliau, memang beliau hanya berjalan kaki ke pejabat dari awal hamil sampai dah sarat. Cuma beza masa jela, 10 minit ke 20 minit bila dah sarat. Yela, masa sarat...badan memang berat nak bawa. Orang yang jumpa beliau siap tegur, cergas macam tak pregnant. Berat masa hamil pun naik stabil 20kg. Masa 7 bulan, hb dia turun..jadi dia ambil Vitamin C pastu naik cantik hb dia.


Lepas bersalin, susu meriah, luka bersalin cepat sembuh, orang yang datang ziarah siap tegur macam tak pantang sebab nampak sihat. Siap ada makcik yang tegur beliau nampak macam anak dara sebab berat turun ke 50kg. Anak masuk 3 bulan, berat jadi 47kg.


Ye, semua dengan izin Allah...tapi kita memang perlu berusaha untuk sihat dan cergas.

Banyak dah testimoni bersalin saya kongsi sebelum ni. Testimoni Set Hamil pun ada banyak.

Jika anda, perlukan nasihat dan cadangan berkaitan Set Hamil dan Berpantang boleh hubungi saya. Saya akan cadangkan bersesuaian dengan bajet anda.


Hubungi saya

Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/
https://www.facebook.com/messages/SupplementForAll


Peringatan bersama
: Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.

[Testimoni] Set Hamil Shaklee...selamat..semulajadi dan selalu berkesan!

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya...Terima kasih ya Allah!!

Ada sesiapa yang mengandung? Alhamdulillah...tahniah diucapkan. Jangan lupa jaga kesihatan, kerana ada amanah yang sedang kita pikul. Untuk mereka yang mengandung, penjagaan pemakanan paling penting untuk menjamin kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan. Sama ada di awal kehamilan, pertengahan mahupun akhir kehamilan. Setiap saat itu memang penting.

Di bawah ini merupakan tips-tips penting yang perlu dititikberatkan oleh ibu hamil
  • Makan makanan seimbang
    • Kena mengambil makanan yang berkhasiat dan baik demi kesihatan ibu dan anak.
  • Jaga tingkah laku, jaga amalan
    •  Ibu hamil perlu menjaga kata-kata dan perlakuan. Dibimbangi anak di dalam kandungan akan mewarisi sikap dan tingkah laku buruk ibu.
  • Membaca al-Quran
    • Rangsang anak di dalam kandungan dengan mendengarkan bacaan al-Quran, lebih elok jika ibu dan bapa yang membacanya. InsyaAllah amalan ini dapat mendidik anak di dalam kandungan menjadi anak yang soleh dan solehah.
  • Elakkan tekanan
    •  Ibu hamil juga perlu banyak bersabar...dan mengelak diri dari tertekan.
Ok, dah baca tips, kita baca testimoni pula.

Di sini saya nak kongsikan Set Hamil Shaklee yang diambil oleh Puan Enny. Jemput baca testimoni beliau di bawah.

Menurut Puan Enny, kandungan keduanya ini berbeza dengan mengandung anak pertama. Dulu beliau selalu
- sakit pinggang
- sakit punggung
- cramp kaki

Tetapi sejak mengambil Set Hamil Shaklee, kesan yang beliau dapat ialah
- Tiada lagi cramp kaki
- HB stabil
- Tidak sembelit

Apa yang beliau ambil?
- B Complex
- Vita Lea
- Vit C
- Ostematrix
- OmegaGuard
- ESP

Bagi ibu hamil di luar sana, jika anda masih tercari-cari makanan tambahan yang sesuai. Set Hamil Shaklee ini memang sesuai dan amat bertepatan dengan kriteria yang anda cari. Yang penting sekali, ianya selamat, semulajadi dan selalu berkesan.

Hubungi saya

Wardah



Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.

[Testimoni] Set Hamil Shaklee Terbaik ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah syukur pada Allah di atas segalanya. Semoga kita sentiasa dalam rahmat, kasih sayang dan keampunan dari Allah.

InsyaAllah hari ini saya nak bercerita tentang Set Hamil Shaklee. Vitamin Shaklee ini boleh diambil seawal trimester 1 sehingga 3. Apa yang terdapat di dalam Set Hamil ini?

Tahukah ibu, bahawa biasanya di awal kehamilan. Ibu akan mengalami 'morning sickness'. Muntah-muntah dan tiada selera makan. Jadi Set Mengandung Shaklee ini akan membantu mencukupkan vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh janin yang sedang membesar.

Ibu mengandung perlukan makanan yang berzat dan sihat. Jika pemakanan tidak dititik berat. Pasti lesu dan tidak bermaya. Lebih teruk jika ketika melahirkan, ada komplikasi. Dan memberi kesan kepada anak yang ditunggu-tunggu tadi. Jadi pilihlah yang terbaik dari awal kehamilan ya.

Trimester 1
  • Vitalea with Iron Formula

Trimester 2 & 3

  •  Vitalea with Iron Formula
Vitamin B Complex
- B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Sustained Release Vitamin C
 - Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vitalea with Iron Formula
 - Vita-Lea adalah multivitamin. Jadi ibu tidak perlu mengambil Obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah Anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung. Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

Ostematrix
 - Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Bagi sesetengah ibu hamil, ia mampu melawaskan sistem pencernaan dan boleh mengurangkan morning sickness.

OmegaGuard
- Membantu pembentukan sel otak janin. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2). Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil Omega-3.

SUPPLEMEN YANG DILARANG UNTUK WANITA HAMIL
Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya:-
  • Vitamin E
  • Alfalfa
  • GLA
  • Vivix
  • Cinch
  • CarotoMax



Ibu mengandung tidak perlu risau, Set Hamil ini selamat untuk diambil dan telah dibuktikan sendiri oleh doktor-doktor perubatan. Baca Testimoni di bawah

Dan testimoni ini

Berminat boleh hubungi saya, jangan risau saya akan berikan harga yang istimewa kepada anda. Jika tiada bajet, boleh dibawa berbincang ;)


Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/
https://www.facebook.com/SupplementForAll


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget