Showing posts with label Eczema. Show all posts
Showing posts with label Eczema. Show all posts

[Testimoni] Anak sembuh dari Gluten Intolerence, Eczema, dan Lelah dengan mengambil OmegaGuard dan MealShakes Shaklee

Sejak berkecimpung dengan Shaklee ni, secara tidak langsung saya semakin banyak ilmu tentang penyakit, dan rupanya ada banyak penyakit kat dunia ini. Dan kekadang yang tidak kita sangka-sangka. Sebenarnya dari kecil dulu memang cita-cita nak jadi doktor, tak sangka Allah makbulkan..hehe tapi bukanlah doktor yang diiktiraf ye!! InsyaAllah hari ni nak kongsi mengenai Gluten Intolerence.

Masih ramai yang tidak tahu mengapa terjadinya sakit perut apabila memakan makanan seharian seperti roti, kueh mueh, piza dan sebagainya, sedangkan mereka tahu benar dengan istilah alahan terhadap produk tenusu atau sesetengah sayur yang dikatakan penyebab kepada masalah angin dalam badan.

Sesetengah perut manusia mempunyai alahan terhadap pelbagai jenis makanan tetapi amat sedikit yang memahami bahawa perut mereka juga kadang-kala mempunyai alahan terhadap glutein yang disebut "Gluten Intolerence", simtom yang dirasakan adalah sama seperti alahan terhadap makanan lain.

Glutein (Latin gluten "glue") adalah komposit protein yang hadir dalam makanan terproses dari gandum dan spesies yang seumpamanya termasuk barli dan rye. Ia memberi elastisiti kepada doh, membantu doh naik dan mengekalkan bentuk dan selalunya memberi tekstur produk akhir lebih melekat.

"Gluten Intolerence" dibahagikan kepada "Celiac Disease", "Non-Celiac Gluten Sensitivity" dan alahan/alergi terhadap gandum.

Simtom yang dapat dilihat bagi pesakit toleransi terhadap glutein adalah sembelit, cirit-birit dan sakit dibahagian abdomen seperti sakit perut, kembung, gas, tidak hadam, penurunan berat badan yang mendadak atau gemuk atau tiada perubahan, selera makan yang menurun, loya dan muntah, keletihan, hilang densiti tulang, sakit sendi, rambut gugur, dan banyak lagi yang boleh anda layari dalam link

Makanan yang mengandungi glutein adalah
  • Roti dan muffin
  • Kek dan pastri
  • Piza & Pasta
  • Jus dan produk jus
  • Sup, sos dan campuran gravy
  •  Sausage & Daging "Luncheon"
  • Daging, Ayam-Itik & makanan laut
  • Rempah ratus
  • Salad "Dressing"
  • Kacang panggang dan perasa
  • Produk malt
  • Krim & Sayuran "Breaded"
  • Imitation Bacon, Ketam & Produk makanan laut
  • "Spreads", Keju lembut & "Dips"
Penyakit 'Celiac"

Penyakit "Celiac" (Celiac Disease) disebabkan oleh radang hasil interaksi gliadin-protein glutein dalam gandum dan bijirin lain seperti barli dan rai dan tisu enzim transglutaminase. Radang (imflamasi) ini menyebabkan lapisan usus kecil menjadi rata dan "impedes" keupayaan untuk menyerap nutrien. Cara yang terbaik untuk pulih dari penyakit ini adalah dengan mengamalkan diet bebas glutein.

Alahan terhadap gandum (wheat)


Alahan gandum adalah respon sel darah putih yang dinamakan basofil dan sel mast iaitu immunoglobulin E iaitu penghasilan antibodi kepada alergen, dalam kes ini adalah gandum. Anda mungkin boleh menghidap alahan terhadap gandum tetapi tidak mempunyai penyakit "celiac" (toleransi terhadap glutein) dan sebaliknya. Keduanya merupakan respon yang berbeza yang boleh terjadi di dalam badan manusia.

Semakin ramai orang telah sedar dan sensitif terhadap toleransi glutein di kalangan kanak-kanak dan simtom ini telah mula didiagnosa sekarang berbanding dengan sepuluh tahun lepas. Simtom di kalangan orang dewasa, masih kabur kerana ianya dihubungkait dengan penyakit Crohn, "ulcerative colitis", alahan laktosa dan alahan yis.

Rujukan : Sini

Jom baca testimoni di bawah.
eczema, athma, lelah

Agaknya bagaimana OmegaGuard dan Mealshakes ini membantu ye?
mealshakes, omegaguard, eczema, athma
 Kelebihan Mealshakes adalah:
-meningkatkan tahap imuniti anak khususnya bagi yang kerap demam, batuk dan selsema
-membuka dan meningkatkan selera makan khususnya bagi anak-anak yang picky eater
-membantu mengatasi sembelit bagi anak-anak
-membantu mengatasi masalah asthma
-membekalkan zat dan nutrien lengkap yang diperlukan anak-anak bagi tumbesaran yang lebih sihat dan sempurna

Kelebihan OmegaGuard
Omega meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, proriasis, demam , bronkitis, penyakit lelah, hepatitis dan penyakit buah pinggang.

Omega mencegah insomnia dan mengurangkan tekanan. Sangat bagus untuk pelajar - EPA dan DHA mempunyai keupayaan menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif

Apapun, kita hanya berusaha, sembuh dan sakit semua dari Allah.Selagi ada hayat dan kudrat kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mecari ubat. InsyaAllah setiap penyakit ada ubatnya. Betul tak?


Sila hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] : OmegaGuard Shaklee melicinkan parut eczema yang teruk anak saya!!

Salam ya salam semua..

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja ;)

InsyaAllah hari ni saya nak kongsikan lagi testimoni OmegaGuard. Kalau sebelum ni saya ada post di sini. Jemput baca,

Terjadi kepada anak Puan Khadeejah, anak beliau mengalami eczema yang teruk sehingga naik kesan luka. Mulanya, beliau sapukan Vitamin E, memang tak dinafikan Vitamin E boleh disapu pada kulit-kulit kita yang ada masalah. Namun, penyelesaian eczema ini perlu dari dalam.

Puan Khadeejah pun ambil langkah memberi anak beliau OmegaGuard dan ESP. Apa kesan sampingan anak dia dapat?
-Alhamdulillah dah sembuh dari eczema
-luka baru dah takde yang naik
-kulit menjadi licin dan kesan parut pun turut hilang.

Macam mana OmegaGuard menjalankan kerjanya?
Omega adalah Asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian. Tahukah anda bahawa masih banyak khasiat Omega3 yg kurang anda sedari
Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. Tahukah anda akan kebaikan bahan-bahan ini?

EPA MENCEGAH
#Kanser
#Pembekuan Darah
#Pembekuan Lemak dalam Darah
#Kadar Kolestrol berlebihan
#Penyakit Jantung
#Tekanan Perasaan
#Tekanan Darah Tinggi

TUGAS DHA
#Mencegah Radang Sendi
#Mencegah Asma
#Meningkatkan Daya Seks
#Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
#Mencegah Penyakit Kulit

#Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.

Tak salah kita mencuba kan? InsyaAllah ianya penyelesaian yang anda cari. Untuk kesihatan yang lebih baik dicadangkan kanak-kanak setahun ke atas mengambil Meal Shakes dan OmegaGuard. 

Hubungi saya




Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.

[Testimoni] Omega Shaklee membantu cantikkan kulit...sesuai untuk eczema

Jika anda mencari-mencari set kecantikan, Shaklee pun ada jawapannya. Set Skincare Shaklee, atau nama popularnya Set Kecantikan Kulit. Hari ni nak kongsi testimoni mengenai masalah kulit yang dihadapi oleh Puan Azrina. Jemput baca testimoni di bawah.



Dari testimoni berkenaan Puan Azira mengakui bahawa setelah makan OmegaGuard Shaklee beliau tidak lagi mengalami keradangan di peha seperti sebelumnya walaupun baru beberapa hari.

Bagaimana OmegaGuard membantu?

Omega adalah Asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian. Tahukah anda bahawa masih banyak khasiat Omega3 yg kurang anda sedari
Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA

Tahukah anda akan kebaikan bahan-bahan ini?
EPA MENCEGAH
#Kanser
#Pembekuan Darah
#Pembekuan Lemak dalam Darah
#Kadar Kolestrol berlebihan
#Penyakit Jantung
#Tekanan Perasaan
#Tekanan Darah Tinggi

TUGAS DHA
#Mencegah Radang Sendi
#Mencegah Asma
#Meningkatkan Daya Seks
#Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
#Mencegah Penyakit Kulit
#Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.

Sebab itu, OmegaGuard sesuai diambil oleh mereka yang mempunya masalah kulit. Kerana ada DHA yang bertugas untuk mencegah penyakit kulit. Bagi ibu yang menyusu pun elok ambil OmegaGuard ni, tambahan jika bayi anda ada eczema.

Bagi mereka yang nak merasai kehebatan OmegaGuard, boleh cuba sekarang. OmegaGuard ni memang minyak ikan terbaik. Kena baca sini untuk berkenalan dengan OmegaGuard.

Lagi testimoni yang berkaitan eczema di sini.

Hubungi,

Wardah


Apa itu Eczema?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan keampunan dariNya..ameen ya rabb!!

Rupanya dah berhari juga saya tak mencoret..baru nak mencoret..berhenti buat kerja lain...akhirnya tersimpan di dalam draft ;) 

Alhamdulillah...semalam Allah sudah turunkan hujan...hujan rahmat!! Semoga hari ini dan hari yang mendatang menjadikan udara lebih berkualiti kepada kita semua. Apapun, hidup mesti diteruskan..kerja-kerja juga perlu di jalankan seperti biasa. Kita perlu sentiasa fikir positif..bila kita fikir positif, insyaAllah yang akan berlaku juga turut menjadi positif ;)

Apa itu Eczema?

ECZEMA merupakan penyakit kulit yang biasa diamai dikalangan bayi, namun begitu orang dewasa juga tidak dikecuali. Penyakit eczema biasa berlaku dikalangan kanak-kanakberumur antara 2-6 bulan. Salah satu jenis eczema ialah "Atopic Dermatitis".

"Atopic" adalah satu masalah yang akan menyebabkan daya tahan mekanisma pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetus simptom "Oversensitivity".

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa.

Walaupun penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit kompikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Gejala-Gejala Eczema.

ACUTE ECZEMA
- Erythema : kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
-Papules : pembentukan tompok-tompok merah

ECZEMA KRONIK
-Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
-Kulit menebal kasar dan berkedut.

Punca -Punca Eczema
 Sehingga kini punca sebenar penyakit ini masih belum dikenalpasti sepenuhnya.Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetus Eczema seperti berikut:

Faktor-Faktor Dalaman ( Fizikal )
- Ahli keluarga yang mempunyai serajah yang mengalami penyakit eczema, asma dan allergi.
-Perubahan emosi ketara atau stress.
-Pemakanan atau minuman spt alkohol, produk tenusu , gandum , telur , makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor - Faktor Luaran ( Persekitaran )
- Bahan- bahan Iritasi : asap rokok, bahan kimia, Cuaca yang terlalu panas dan lembap atau sebaliknya.
- Alahan ( Allergens ) : Sabun , Syampu , serbuk bahan pencuci , kosmatik , kulat , debunga, haiwan peliharaan dan hame habuk rumah.

Apakah petua untuk menjaga kulit ini?

Hadkan penggunaan
Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.

Pakai sarung tangan
Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.

Kain kapas atau kombinasinya
Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Sewaktu mandi
Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.
Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit.
Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Losen
Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.

Menggaru
Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.

Berpeluh
Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

Tekanan
Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.

Penjagaan khas
Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.

InsyaAllah setiap penyakit, ada ubatnya. Jadi, kita perlu berusaha mencari rawatan yang bersesuaian. Tidak salah jika mencuba meal shakes dan basic h. Cuba baca testimoni di bawah.


Fakta menarik tentang Mealshake Shaklee

Meal Shakes adalah Makanan Segera,Tanpa curiga

Dalam kehidupan seharian yang sangat aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang.Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik
  • Sediakan vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Index glisemik rendah

Sumber : Shaklee Product Guide

Berminat untuk mencuba meal shakes? Boleh hubungi saya untuk pesanan dan konsultasi percuma ;)
Wardah





Disclaimer: Testimonial Produk adalah tidak tipikal, keputusan setiap individu adalah berbeza-beza. Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Mealshake Shaklee memang Best!!!

Assalamualaikum...

Salam petang jumaat semua. Petang ini saya nak cerita pasal produk Meal Shakes Shaklee ni.

Fakta menarik tentang Mealshake Shaklee

Meal Shakes adalah Makanan Segera,Tanpa curiga

Dalam kehidupan seharian yang sangat aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang.Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik
  • Sediakan vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Index glisemik rendah

Sumber : Shaklee Product Guide

Mealshake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah seisi keluarga. Macam-macam kebaikan Mealshake ini. Ia sesuai juga untuk ibu yang menyusu, mengandung, mereka yang berdiet,atlit dan macam-macam lagi. Jom baca sekilas fakta tentang Mealshake ni..

6 fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya. *Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar. *Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan. *Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit. *Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. *Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah :

  •     rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  •     sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
  •     sesuai untuk seisi keluarga
  •     Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  •     Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang  penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  •     Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  •     Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  •     Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  •     Meningkatkan selera makan anak
  •     Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  •     Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  •     menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  •     amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti

Ok, kita dah baca fakta, mari kita baca pula testimoni di bawah ;)


Berminat? Jangan segan-segan untuk hubungi saya ;)

Testimoni ESP dan Alfalfa

Alfalfa ni memang banyak khasiat nya...macam ESP juga. Sejak saya amalkan makan ESP dan alfalfa alhamdulillah sangat anak kecil saya dah takde ruam-ruam di pipi dia kalau saya silap makan. Alhamdulillah jumpa juga penyelesaian. Mula-mula dulu, ada niat nak cuba maca-macam juga, apapun dipertemukan dengan shaklee...Boleh juga jadikan rujukan testimoni di bawah ni....
Berbaloi untuk ibu menyusu bukan.. Alfalfa bukan sahaja sebagai milk booster tetapi mampu menangani masalah ruam pada bayi. InsyaAllah. Yang penting kita kena berani mencuba dan yakin...

Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 


Wardah
| 019-3305476 | wardahmustapa@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget