[Testimoni] Vitalea For Child untuk Anak Demam

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. Lamanya tak mencoret jadi lupa nak mula dari mana. Ikutkan hati banyak sangat perkara yang saya nak cerita dan kongsikan. InsyaAllah kali ini saya nak cerita testimoni yang saya alami dan juga anak sulong saya Asyraf. Saya mengalami batuk dan selesema dan Asyraf demam pada hari Isnin yang lepas.

Sebagai ibu, saya memang jadi risau jika anak tidak aktif. Kerana pulang dari sekolah Asyraf kelihatan sangat tidak bermaya..badannya panas dan tiada selera makan. Tindakan segera saya ialah berikan Asyraf Vitalea for Children dan Chewable Vitamin C. Asyraf juga turut tidur awal pada malam berkenaan. Dan alhamdulillah sewaktu dikejutkan bangun pada waktu subuh hari Selasa, Asyraf dah sihat dan bersemangat untuk ke sekolah.

Jom ketahui peranan Vitalea for Children
Fakta ringkas Vita-Lea for Children Chewable Shaklee:

    - Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
    - Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
    - Memberi 100% nilai harian vitamin C
    - Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
    - Berasaskan phytonutrien semulajadi
    - Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
    - Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
    - Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri


Saya? Ok, saya mengalami selesema dan batuk pada hari Isnin lepas, saya mengambil Vitamin C sebagai penambah antibodi. Dan alhamdulillah sekarang selesema dan batuk sudah semakin kurang dan tidak rasa sakit kepala lagi. Jom kita tengok pula apa peranan vitamin C Shaklee

Kelebihan lain produk Vitamin C Shaklee

- Membantu meningkatkan sistem keimunan badan
- Membina kolagen untuk kulit yang sihat dan berseri
- Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi dan struktur am badan yang lain
- Antioksida yang bertindak melindungi sel dari serangan radikal-radikal bebas yang lain
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
- Membantu mengurangkan hormon tekanan
- Membantu masalah anemia




http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya


Al-fatihah buat TGNA

Kita kehilangan seorang ulama..seorang pejuang...seorang pemimpin Islam yang amat disegani.
Marilah bersama doakan beliau..semoga sentiasa berada di kalangan kekasih Allah..ameen ya rabb!!

Promosi Berganda Februari 2015!!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. Promosi berganda sempena bulan Februari 2015 ni. Jom rebut!!





Macam mana nak beli? Anda boleh terus menghubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Susu Badan Banyak dengan Set 3M Shaklee

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. InsyaAllah hari ini saya nak cerita mengenai Set Penyusuan 3M Shaklee. Dah lama tak bercerita mengenai breastfeeding ni, sebab Hadif pun dah nak masuk 3 tahun April 2015 nanti. Tapi, Hadif masih menyusu kecuali berada di rumah pengasuh. Yela, bila dah besar ni saya dah tak mengepam lagi. Rindu pulak rasa nak mengepam ;)

Ok, berbalik semula pada topik asal..selain Set Skincare @ Kecantikan Shaklee, Set 3M ini juga merupakan set yang popular bagi pengguna Shaklee. Kenapa popular?? Sebab dewasa kini, kesedaran untuk menyusukan anak sudah semakin tinggi di kalangan ibu-ibu yang bekerja dan bekerjaya. Apa beza bekerja dan bekerjaya ye? Ok, abaikan..:D Kalau dulu, hanya ibu yang surirumah sahaja kebanyakannya berjaya menyusukan anak sehingga usia 2 tahun. Tetapi, alhamdulillah...sekarang ramai ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun walaupun bekerja. Jadi, sebagai ibu yang bekerja banyak faktor yang perlu diambil berat bagi menjayakan usaha ini. Antaranya,
  1. Mengambil pemakanan seimbang
  2. Mengepam yang konsisten (2-3 jam sekali) di pejabat
  3. Emosi yang stabil, penting ni...jika emosi ibu terganggu faktor pengeluaran susu juga akan dipengaruhi.
Banyak lagi sebenarnya, saya juga pernah melaluinya sebanyak 2 kali. Ok, insyaAllah kali ini saya nak kongsi testimoni ibu-ibu yang sangat puas hati menggunakan Set 3M Shaklee. Jom baca


Jom kita tengok apa yang ada di dalam Set 3M Shaklee

Fungsi setiap vitamin

Vitaltea - Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
B-Complex - anti-stress, membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
Vitamin C- Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu
Alfalfa - milk booster,Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu.
ESP - Memberi tenaga, Membantu melancarkan penghasilan susu, Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu
Ostematrix - Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.

Banyak? Jangan risau, anda akan diberikan jadual makanan yang fleksibel dengan setiap pembelian.

Macam mana nak beli? Ok, harga pasaran untuk Set 3M ialah RM499.75.

Anda  boleh beli terus dengan Shaklee di sini  atau boleh juga terus menguhubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Kenali dan Ketahui Khasiat dan Fungsi Garlix Complex Shaklee

Bawang putih memang banyak khasiatnya, dulu saya memang kurang suka dengan bawang putih berbanding bawang merah. Kekadang terfikir juga kenapa perlu bawang putih ni dicampur dengan makanan yela pada saya masa tu 'benda' tak sedap buat apa campur. :D Pernah dengar tak petua, kalau badan banyak angin ataupun kembung perut bakar bawang putih tu lepas tu makan. Mak saya pernah buat. Dan alhamdulillah sangat berkesan. Jeruk bawang putih pun ada kan? Cerita pasal jeruk pulak...hihi Ok, jom cerita pasal bawang putih Shaklee pula, sebab sekarang ni kan Nutriferon OOS, jadi bawang putih pun sangat elok kalau kita tak sihat.


KENALI SHAKLEE  GARLIC  COMPLEX
Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Allicin juga merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.  Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih. 



MANFAAT DAN KHASIAT GARLIC  COMPLEX
1. Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolesterol normal.
2. Menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
3.  Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
4.  Formulasi Shaklee yang unik bagi mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar, termasuk sebatian pembentuk alisin.
5.  Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.
6.  Melegakan batuk dan selesema.
7.  Membantu peredaran darah yang baik.
8.  Menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol.
9.  Meningkatkan sistem imun.
10. Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak.
11. Menormalkan keseimbangan lipoprotein.
12. Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang.
13. Berfungsi sebagai anti-oksidan.
14. Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi.
15. Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air.
16. Bantu rawat asthma.

Keistimewaan Garlic Complex
1.      Membekalkan 100% Allicin aktif.
2.    Dihasilkan menggunakan dwi teknologi untuk mengawal bau garlic.
3.      Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
4.    Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh.
5.    Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Fungsi Garlic Complex
1.     Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
2.    Sebagai antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
3.    Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
4.    Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
5.    Pengambilan konsisten 2-4 biji sehari menyingkirkan logam toksik dalam tubuh seterusnya menstabilkan tekanan darah tinggi
6.    Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
7.    Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengelakkan darah beku, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
8.    Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

 Ok, harga pasaran untuk Garlic Complex RM47.50.

Anda  boleh beli terus dengan Shaklee di sini atau boleh juga terus menguhubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Rutin yang berubah!!

Alhamdulillah..diam tak diam..rupanya dah besar anak bujang saya. Tahun 2015 sudah berumur 7 tahun. Walaupun hakikatnya baru sahaja menyambut ulang tahun ke-6 pada 17 Disember 2014. Cepat rasa masa berlalu. Minggu pertama persekolahan memang rutin mencabar bagi saya. Kenapa saya kata mencabar?
  1. Kena hadir ke sekolah sebelum pukul 7.30, sebaiknya dalam 7.15 dah ada kat sekolah.
  2. Nak kejut Asyraf bangun awal.
  3. Ajar solat Subuh.
  4. Sediakan sarapan untuk bekal Asyraf, Hadif dan suami.
  5. Siapkan Hadif untuk hantar ke rumah pengasuh.
  6. Tukar waktu Asyraf  buang air besar, untuk elak dia  buang air besar di sekolah.
  7. Mencukupkan solat 5 waktu Asyraf.
  8. Ambil Asyraf waktu lunch hour, bawa balik ke rumah untuk makan + solat + bersiap ke KAFA dan kemudian masuk semula ke pejabat.
  9. Petang, balik kerja parking kereta dan berjalan kaki semula ke sekolah untuk ambil Asyraf.
  10. Kemudian, masak untuk makan malam.
Alhamdulillah, Asyraf dapat sekolah yang berdekatan dengan rumah. Hantar dan ambil dari sekolah memang menjadi tugas saya. Yang paling best...berjalan kaki. Kecuali waktu tengah hari saya ambil pulang ke rumah dan kemudian hantar ke KAFA menaiki kereta. Dah alang-alang keluar lunch dan nak masuk kerja semula. :)

Seminggu pertama, saya bawa Hadif sekali hantar Asyraf ke sekolah. Tapi bermula minggu ini saya dah hantar Hadif ke rumah pengasuh awal sebab kadang-kadang Hadif 'moody' terpaksa dukung dia lebih kurang pergi balik 1km. Memang nak putus urat di buatnya hihi Sejak dah hantar Hadif awal, lepas hantar Asyraf ke sekolah bergegas pula kemas rumah dan siapkan makanan untuk tengah hari sebelum pergi kerja!

Saya yakin ramai ibu bapa di luar sana turut mempunyai pengalaman yang sama macam saya. Tak kira anak sulong atau nombor berapa, di awal-awal persekolahan anak mesti rutin kita turut berubah.

Tak sabarnya nak hujung minggu. ;) sebab di hari persekolahan jujur saya katakan lebih 80% rutin saya berubah.


Nota : Alhamdulillah setakat ni tak kena ke site, kalau tak susah juga nak berulang alik waktu tengah hari. Nampaknya lepas ni saya kena latih Asyraf untuk siapkan diri di sekolah selepas sekolah pagi untuk ke KAFA.

9 Amalan Patut Amalkan di Hari Jumaat

Alhamdulillah...semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan keampunan dari Allah. Terima kasih Ya Allah. Asyraf dah Darjah 1, walaupun belum sampai sebulan Asyraf berumur 6 tahun. Takpelah, nak buat macam mana nak..umur kira ikut tahun... :D Banyak saya nak cerita sebenarnya, tambahan rutin saya dah berubah sejak tahun 2015 ni. InsyaAllah saya cerita kemudian. Kita balik ke topik asal...9 amalan yang patut kita amalkan di hari Jumaat.

  1. Potong kuku : Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” Selain hari jumaat boleh juga potong kuku hari Isnin dan Khamis.
  2. Membaca surah Ali-Imran : Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”
  3. Membaca Surah Al-Kahfi :  Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.” Fuh, surah ni memang panjang...jadi buat permulaan boleh amalkan baca 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir.
  4. Selawat : Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksid: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi) Allah Taala juga ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”. (QS.Al-Ahzab:56). Paling senang, sambil buat kerja ke masak ke, kemas rumah, jalan-jalan pun boleh buat.
  5. Membaca Yaasin : Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah. Memang selalu diamalkan oleh kita dari dulu lagi, malam Jumaat je mesti nak baca yasin.
  6. Mandi Sunat Jumaat : Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”
  7. Solat Jumaat : Para lelaki jangan lupa pergi solat. Ikut pemerhatian saya, masih ramai lelaki muslim di Malaysia ni jadi musafir pada hari Jumaat.
  8. Banyakkan berdoa : Jom.
  9. Banyakkan sedekah : Ibnu Qayyim berkata: Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.
Jom...jadi lebih baik dari semalam!! ;)

8 Fakta Vitalea for Children!!

Sepanjang saya jadi ahli ini kali pertama ada multivitamin untuk kanak-kanak (sebenarnya orang dewasa pun boleh ambil). Kenapa? Sebab Shaklee ingin menaik taraf Vitalea for Children, jadi produk ini dihentikan untuk seketika. Taraa...sekarang dah ada. Jom kita ketahui fakta tentang Vitalea kanak-kanak ni.

Fakta tentang Vitalea for Children

Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea for Children Chewable Shaklee disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian.

Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya.
vitalea for children

Fakta ringkas Vita-Lea for Children Chewable Shaklee:

    - Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
    - Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
    - Memberi 100% nilai harian vitamin C
    - Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
    - Berasaskan phytonutrien semulajadi
    - Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
    - Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
    - Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri

Harga Pasaran RM111.00 (60 biji tablet)


Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Nak baca lebih lanjut tentang Vivix dan Alfalfa ?? Nak baca testimoni?



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

6 Jenis Jerawat Yang Patut Kita Tahu!!

Sebelum cerita lebih lanjut tentang jerawat, mari kita tengok sebenarnya apa maksud jerawat. Jerawat adalah suatu keadaan di mana pori-pori kulit tersumbat sehingga menimbulkan kantung nanah yang meradang.

jenis jerawat

Mengikut kajian, hampir setiap orang di dunia ini akan mengalami jerawat. Bezanya sama ada serius atau tidak sahaja. Malah 80% individu di negara kita mengalami masalah jerawat yang serius. InsyaAllah kali ini saya akan kongsikan 6 jenis jerawat yang patut kita ketahui.

1. Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.

2. Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.

3. Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.

4. Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.

5. Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.

6. Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.

Rujukan sini dan sini
jenis-jenis jerawat
Set yang dicadangkan untuk masalah jerawat ini ialah Set Skincare Shaklee.
  1. Produk Shaklee mengurangkan parut jerawat
  2. Kulit lebih halus dan bersih dengan Set Skincare Shaklee
  3. Bestnya kolagen Shaklee
  4. Kulit cerah selepas 2 bulan

Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Nak baca lebih lanjut tentang Vivix dan Alfalfa ?? Nak baca testimoni?



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Promosi Januari 2015!!

Selamat Tahun Baru Semua!!

Salam Maulidur Rasul..!!

Maaf lama tak kemaskini blog, 2 bulan juga berulang ke Shah Alam (site), pening kakak HR tengok claim saya hehe Kemudian, buat persediaan anak nak naik Darjah 1.  Macam tak percaya, dah besar anak bujang saya...ibunya pun dah makin tua!! Tapi paling tak tahan, pergi Ikea 2 minggu lepas, sambil jaga anak sebab suami pula nak solat maghrib ada sorang perempuan duduk sebelah tanya saya 'adik ke?' sambil tunjuk anak-anak saya yang 2 orang tu!! Ops...kelakar pun ada ;) Ok, berbalik semula cerita mengenai promosi produk, seperti biasa Shaklee memang buat promosi setiap bulan. Dan bulan ini ialah...
Vivix Buy 6 Free 1
Alfalfa (L/S) Buy 6 Free 1
Vitalea for Children Buy 3 Free 1

Hebat betul promosi awal tahun 2015 ni. Semenjak dua menjak ni Shaklee memang buat 2 promosi setiap bulan, paling tak sangka tahun ni sampai 3 pula ;)




Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Nak baca lebih lanjut tentang Vivix dan Alfalfa ?? Nak baca testimoni?



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya


6 Manfaat Utama SR Vitamin C Shaklee

Seronoknya bila dapat balik semula ke pejabat. Rasa macam tenang je. Hari ini saya tekadkan hati untuk tidak turun ke site di Shah Alam. Yela, dah 2 bulan lebih berulang ke sana. Cuma, bezanya di bulan kedua ni sudah tidak pulang lewat macam awal-awal. Cuma, memang terasa penat perjalanan pergi dan balik yang hampir 2 jam di atas jalan raya. Bezakan 2 jam dan 20 minit, 10 kali ganda. Perjalanan saya ke pejabat hanya 20 minit pergi dan balik!! Ok, tutup cerita...hajat di hati ini untuk cerita 6 manfaat utama vitamin C Shaklee.

Apa manfaat/kelebihan utama SR Vitamin C ni?
Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
•    Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
•    Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
•    Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
•    Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
•    Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
•    Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
collagen

Kolagen? Apa tu?
Kolagen ialah sejenis protein yang banyak terdapat di dalam tubuh manusia dan memainkan peranan yang penting. Kolagen  membantu membentuk tisu dalam badan selain memberi sokongan pada tubuh. Kolagen terdapat pada otot, tulang, kulit, tendon dan  tulang rawan. Apabila umur meningkat, kolagen di dalam badan menurun dan menyebabkan kulit kendur dan tulang rapuh.

Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Nak baca lebih lanjut tentang Vitamin C dan Vitamin E?? Nak baca testimoni?



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Dua Promosi Disember 2014...Vitamin C dan Vitamin E

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah di atas segalanya. Bersiaran dari Shah Alam, saya masih berkampung di luar..bermula pada 28 Oktober 2014 yang lepas dan sehingga ke hari ini masih berulang alik dari rumah ke Shah Alam. Promosi kali ini memang sesuai sangat untuk mereka yang sukakan kecantikan...yela, vitamin E dan vitamin C ni memang sinonim dengan kulit. Walaupun hakikatnya, banyak lagi kebaikan-kebaikan yang lain. InsyaAllah nanti saya akan cerita panjang lagi. Jom layan poster dulu... ;)

Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Nak baca lebih lanjut tentang Vitamin C dan Vitamin E?? Nak baca testimoni?



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] OmegaGuard dan ibu ayah kita...!!

Semakin meningkat usia, lagi kita perlu menjaga kesihatan..betul tak? Perlu jaga pemakanan, gaya hidup dan macam-macam lagi. Jika kita tidak menjaganya, pasti penyakit senang sangat menyerang. Sempena promosi OmegaGuard bulan ini saya nak bercerita tentang suplemen WAJIB diambil oleh ibu dan ayah kita. Sebab apa jadi wajib...sebab minyak ikan Shaklee ni, sangatlah baik kesannya kepada mereka. OmegaGuard dan Vitalea memang suplemen wajib ayah saya, manakala emak pula Vivix dan ESP. Alhamdulillah, banyak bezanya tahap kesihatan mereka ketika sebelum mengambil suplemen Shaklee.

Jom kita baca kelebihan OmegaGuard
1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini
7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

24 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak 16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Nak baca lebih lanjut OmegaGuard?? Nak baca testimoni?



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Promosi November 2014 - OmegaGuard Shaklee



Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Nak baca lebih lanjut OmegaGuard?? Nak baca testimoni?



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Salam Maal Hijrah 1436!!



Alhamdulillah kerana kita masiih terpilih oleh Allah untuk bertemu dengan tahun baru ini!! Alhamdulillah kita masih diberi peluang oleh Allah untuk berhijrah menjadi lebih baik, lebih baik daripada sebelumnya. Apapun, segala perubahan itu biarlah kita niatkan kerana Allah ;)

Salam kasih sayang dari saya
Wardah Mustapa
0193305476

Bestnya ESP Shaklee...!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah di atas segalanya.Lamanya tak bersiaran, kena pulun kerja sebab tengah terlibat dengan projek yang perlu siap dalam masa sebulan. Memang tak menang tangan, siap bawa kerja balik rumah, bangun awal pagi, balik lewat dan macam-macam lagi semua sebab kena siapkan ikut masa yang ditetapkan. Sebelum mula buat kerja hujung minggu ni, saya nak kemas kini dulu blog yang bersawang ni. Sempena promosi ESP bulan oktober 2014, rugi sangat jika tak rebut memiliki ESP bulan ni. Tak percaya? Mari saya cerita, dengan pengiraan sekali.

Macam mana nak dapatkan Shaklee dengan untung berganda bulan Oktober ni? Buy 6 FREE 1!!

1 tong untuk mak ayah
1 tong untuk mak ayah mertua
1 tong untuk suami/isteri
1 tong untuk kawan baik isteri
1 tong untuk kawan baik suami
1 tong untuk kakak/abang
1 tong FREE untuk diri sendiri

Apa yang anda dapat?
- keahlian percuma RM65
- untung runcit yang berganda-ganda
- bernaung di bawah grup Jutawan Shaklee

Best sangat ke ESP Shaklee ni?
Jika tanya saya soalan ni, saya memang suka menjawab YE, SANGAT BEST...sebab saya seorang ibu yang bekerja, ibu yang masih menyusukan anak berusia 2 tahun 6 bulan, seorang isteri dan sebagainya. ESP memang sentiasa ada sebagai bekalan saya ke mana-mana.


Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Nak baca lebih lanjut tentang ESP? Dan nak baca banyak testimoni berkaitan ESP?



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri

Asssalamualaikum,

Salam isnin buat semua...lamanya tak update blog, dihimpit dengan kesibukan kerja yang perlu dihabiskan dalam 1-2 bulan ni. Rasa nak nangis pun ada, apapun...jom baca dan ambil tahu cara rasulullah menjaga kesihatan diri.


Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.

Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

Kredit : Sumber

Promosi Oktober 2014 : ESP..buy 6 FREE 1

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. Bulan oktober menjelma lagi, dan seperti biasa setiap bulan Shaklee buat promosi. Dan promosi bulan oktober ni ialah ESP. Dan tahun ni, dah dua kali Shaklee buat promosi ESP. Kenapa sampai dua kali agaknya??

Sebab...permintaan ESP Shaklee ni sangat memberangsangkan. Kenapa? Kerana ramai yang dah tahu akan pentingnya ESP ni. Sesuai sangat untuk wanita dan lelaki, ibu hamil, ibu menyusu, mereka yang inginkan kulit yang cantik, mereka yang nak kurus, mereka yang nak tambah berat, dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua golongan sesuai.

Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Nak baca lebih lanjut tentang ESP? Dan nak baca banyak testimoni berkaitan ESP?



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Ceritera] Majlis Perkahwinan Adik-adikku!!

Salam ya salam...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. Kali ini nak cerita tentang majlis perkahwinan adik-adik saya yang baru je lepas. Adik-adik? Ye, saya ada 2 orang adik...dan pada 14 September lepas merupakan hari besar untuk mereka. Seorang adik lelaki dan seorang perempuan. Adik lelaki sudah selamat bernikah pada 5 September di Taiping. Adik perempuan saya pula, nikah pada pagi 14 September dan disusuli majlis pada tengah hari berkenaan.

Masuk kerja hari Rabu, ada kawan pejabat nak tengok gambar..baru saya teringat tiada sekeping pun gambar mereka berdua di dalam telefon saya. Orang sibuk la katakan. Sehinggakan, rasanya memang sukar nak jumpa gambar saya sewaktu majlis berkenaan. Kalau ada pun mesti pose 'ter'masuk bukan ditangkap dengan sengaja.

Almaklum sajalah, majlis kali ini julung-julung kali di adakan di dewan berhampiran rumah mak ayah saya. Jadi, rumah memang kami tutup buat tetamu dari pagi sehinggalah majlis selesai sebelah petang.

Ok, jemputlah cuci mata tengok gambar adik-adik saya ;)





Tahniah..semoga kekal hingga ke jannah..ameenya rabb!!

[Testimoni 18SX] Kulit licin, lembut dan bersih...Suami pun hari-hari 'mau' sejak ambil Shaklee Collagen Powder ;)

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. Hari minggu yang berlalu memang dimanfaatkan sepenuhnya dengan membawa anak-anak syurga berjalan dan beriadah.

Ok, jemput baca testimoni 18SX di bawah :D

Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Bulan ni promosi Buy 3 FREE 1 mealshakes, Buy 6 FREE 2 ye!!! dan Buy 6 FREE 1 untuk Shaklee Collagen Powder



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget