Rutin yang berubah!!

Alhamdulillah..diam tak diam..rupanya dah besar anak bujang saya. Tahun 2015 sudah berumur 7 tahun. Walaupun hakikatnya baru sahaja menyambut ulang tahun ke-6 pada 17 Disember 2014. Cepat rasa masa berlalu. Minggu pertama persekolahan memang rutin mencabar bagi saya. Kenapa saya kata mencabar?
  1. Kena hadir ke sekolah sebelum pukul 7.30, sebaiknya dalam 7.15 dah ada kat sekolah.
  2. Nak kejut Asyraf bangun awal.
  3. Ajar solat Subuh.
  4. Sediakan sarapan untuk bekal Asyraf, Hadif dan suami.
  5. Siapkan Hadif untuk hantar ke rumah pengasuh.
  6. Tukar waktu Asyraf  buang air besar, untuk elak dia  buang air besar di sekolah.
  7. Mencukupkan solat 5 waktu Asyraf.
  8. Ambil Asyraf waktu lunch hour, bawa balik ke rumah untuk makan + solat + bersiap ke KAFA dan kemudian masuk semula ke pejabat.
  9. Petang, balik kerja parking kereta dan berjalan kaki semula ke sekolah untuk ambil Asyraf.
  10. Kemudian, masak untuk makan malam.
Alhamdulillah, Asyraf dapat sekolah yang berdekatan dengan rumah. Hantar dan ambil dari sekolah memang menjadi tugas saya. Yang paling best...berjalan kaki. Kecuali waktu tengah hari saya ambil pulang ke rumah dan kemudian hantar ke KAFA menaiki kereta. Dah alang-alang keluar lunch dan nak masuk kerja semula. :)

Seminggu pertama, saya bawa Hadif sekali hantar Asyraf ke sekolah. Tapi bermula minggu ini saya dah hantar Hadif ke rumah pengasuh awal sebab kadang-kadang Hadif 'moody' terpaksa dukung dia lebih kurang pergi balik 1km. Memang nak putus urat di buatnya hihi Sejak dah hantar Hadif awal, lepas hantar Asyraf ke sekolah bergegas pula kemas rumah dan siapkan makanan untuk tengah hari sebelum pergi kerja!

Saya yakin ramai ibu bapa di luar sana turut mempunyai pengalaman yang sama macam saya. Tak kira anak sulong atau nombor berapa, di awal-awal persekolahan anak mesti rutin kita turut berubah.

Tak sabarnya nak hujung minggu. ;) sebab di hari persekolahan jujur saya katakan lebih 80% rutin saya berubah.


Nota : Alhamdulillah setakat ni tak kena ke site, kalau tak susah juga nak berulang alik waktu tengah hari. Nampaknya lepas ni saya kena latih Asyraf untuk siapkan diri di sekolah selepas sekolah pagi untuk ke KAFA.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget