9 Amalan Patut Amalkan di Hari Jumaat

Alhamdulillah...semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan keampunan dari Allah. Terima kasih Ya Allah. Asyraf dah Darjah 1, walaupun belum sampai sebulan Asyraf berumur 6 tahun. Takpelah, nak buat macam mana nak..umur kira ikut tahun... :D Banyak saya nak cerita sebenarnya, tambahan rutin saya dah berubah sejak tahun 2015 ni. InsyaAllah saya cerita kemudian. Kita balik ke topik asal...9 amalan yang patut kita amalkan di hari Jumaat.

  1. Potong kuku : Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” Selain hari jumaat boleh juga potong kuku hari Isnin dan Khamis.
  2. Membaca surah Ali-Imran : Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”
  3. Membaca Surah Al-Kahfi :  Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.” Fuh, surah ni memang panjang...jadi buat permulaan boleh amalkan baca 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir.
  4. Selawat : Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksid: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi) Allah Taala juga ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”. (QS.Al-Ahzab:56). Paling senang, sambil buat kerja ke masak ke, kemas rumah, jalan-jalan pun boleh buat.
  5. Membaca Yaasin : Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah. Memang selalu diamalkan oleh kita dari dulu lagi, malam Jumaat je mesti nak baca yasin.
  6. Mandi Sunat Jumaat : Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”
  7. Solat Jumaat : Para lelaki jangan lupa pergi solat. Ikut pemerhatian saya, masih ramai lelaki muslim di Malaysia ni jadi musafir pada hari Jumaat.
  8. Banyakkan berdoa : Jom.
  9. Banyakkan sedekah : Ibnu Qayyim berkata: Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.
Jom...jadi lebih baik dari semalam!! ;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget