[Testimoni] Set Kurus Shaklee..Kuruskan badan anda dengan Shaklee!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Ameen ya rabb!!

Dekat seminggu gak tak mencoret. Rindu pula rasanya!  Hari ni nak cerita pasal set kurus Shaklee. 3 konsep utama yang perlu kita tahu ialah BAKAR, BUANG dan BINA.
  1. BAKAR
    Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
    Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol
  2. BUANG
    Produk: ALFALFA/HERB LAX
    Fungsi:membuang lemak, toksin dalam badan
  3. BINA
    Produk: CINCH/SOY PROTEIN
    Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh
Langkah Pertama : DETOX
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit-birit kepada anak.

Langkah Kedua : MEMECAHKAN LEMAK
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

Langkah Ketiga : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN
Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu.

Ok kita baca testimoni di bawah, pelanggan Puan rabiatul turun 31 kg, kerana mengambil set Kurus Shaklee.

Nak baca testimoni lagi boleh klik sini. Bagi sesiapa yang nak kurus tu, apa tunggu lagi, perlukan usaha. Setakat niat di hati nak kurus, tiada usaha tak guna juga kan? Apa tunggu lagi ;)


Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/
https://www.facebook.com/messages/SupplementForAll


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya. 

Menangani anak yang memilih makan!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera ;)

Alhamdulillah syukur pada Allah di atas segalanya. Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam rahmat dan keampunan dariNya. ameen ya rabb!!

Risau dengan anak yang memilih makan? Lebih suka minum susu dan makan biskut daripada makan nasi? InsyaAllah hari ini saya nak kongsikan 10 tips untuk atasi anak yang memilih makanan.
  1. Hormati selera anak kita (Respect your child's appetite — or lack of one)
    • Jika anak kita tidak lapar, jangan paksa mereka makan. Berikan makanan dalam kuantiti yang sedikit supaya mereka berpeluang untuk meminta lagi.

  2. Kembali kepada rutin (Stick to the routine)
    • Sediakan makanan pada  masa yang sama setiap hari. Sediakan jus atau susu dengan makanan,  dan tawarkan air di antara ‘meal’ dan ‘snack’.Terlalu memberikan jus atau susu sepanjang hari juga salah satu sebab kenapa anak anda kurang selera makan.

  3. Bersabar dengan makanan baru (Be patient with new foods)
    • Kanak-kanak kecil seringkali menyentuh atau merasa makanan baru, dan mungkin meluahkan semula. Anak anda mungkin perlu menyentuh atau merasa makanan tersebut berulang-ulang kali sebelum dia mengambil gigitan pertama. Galakkan anak anda dengan bercakap tentang warna makanan, bentuk, aroma, dan tekstur – bukan sama ada ia sedap atau tidak. Hidangkan makanan yang baru bersama-sama dengan makanan kegemaran anak anda.

  4. Jadian ianya seronok(Make it fun)
    • Hidangkan brokoli dan sayuran lain dengan sos kegemaran mereka. Potong  atau bentuk makanan ke pelbagai bentuk yang menarik .Tak salah jika anda sediakan makanan sarapan pagi sebagai makan malam. Itu lebih baik dari tak makan langsung kan? Hidangkan pelbagai jenis makanan yang berwarna terang untuk menarik perhatian mereka.

  5. Minta pertolongan/bantuan anak(Recruit your child's help)
    • Minta anak anda untuk membantu anda memilih buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang sihat bila anda membeli barang- barang rumah. Jangan beli apa-apa yang anda tidak mahu anak anda makan. Di rumah, galakkan anak anda untuk membantu anda membilasnya sayur-sayuran, mengacau adunan atau menyediakan meja makan.

  6. Berikan contoh yang baik (Set a good example)
    • Jika anda makan pelbagai makanan yang sihat, anak anda adalah lebih cenderung untuk mengikuti.

  7. Kreatif (Be creative)
    • Tambah brokoli dicincang atau lada hijau untuk sos spageti, bijirin atas dengan hirisan buah-buahan, atau campuran parut zucchini dan lobak merah ke dalam casseroles dan sup.

  8. Mengurangkan Gangguan (Minimize distractions)
    • Mematikan televisyen dan alat elektronik lain semasa makan. Ini akan membantu tumpuan anak anda makan. Perlu diingat bahawa pengiklanan televisyen juga boleh menggalakkan anak anda untuk keinginan makanan manis.

  9. Jangan tawarkan pencuci mulut sebagai ganjaran (Don't offer dessert as a reward)
    • Pencuci mulut pegangan menghantar mesej bahawa pencuci mulut adalah makanan yang terbaik, yang mungkin hanya meningkatkan keinginan anak anda untuk gula-gula. Anda mungkin memilih satu atau dua malam seminggu sebagai malam pencuci mulut, dan skip pencuci mulut sepanjang minggu - atau mentakrifkan semula pencuci mulut seperti buah-buahan, yogurt atau pilihan lain yang sihat.

  10. Don't be a short-order cook
    • Menyediakan hidangan yang berasingan untuk anak anda selepas dia menolak makan asal mungkin menggalakkan makan cerewet. Galakkan anak anda untuk tinggal di meja untuk waktu makan yang ditetapkan - walaupun dia tidak makan. Pastikan berkhidmat pilihan yang sihat anak anda sehingga mereka menjadi biasa dan pilihan.
Apapun, sebagai ibu...kita memang perlu kreatif untuk menambat hati anak-anak dengan masakan kita. Perlu juga ilmu disini. Rajin-rajin la, berguru dan menuntut ilmu. "Semuanya perlu ada ilmu".

Boleh juga mencuba memberi anak anda makanan tambahan seperti meal shakes.  Pengalaman saya sendiri, Alhamdulillah kedua-dua anak saya Asyraf dan Hadif memang tidak memilih makan. Malah mereka pula yang selalu minta 'ibu nak makan nasi'. Demam dan selesema pun amat jarang, kalau terkena pun selalunya tidak teruk.

Testimoni ibu-ibu di bawah ini juga bersetuju dengan saya ;)
Sebagai ibu yang sayangkan anak, boleh cuba dan dapatkan meal shakes ni untuk anak-anak syurga kita. Kalau nak lagi jimat, ibu ayah pun boleh ambil, tidak terhad kepada anak-anak sahaja. Jangan lupa hubungi saya ye ;)


Wardah

Konsultasi & Pembelian

Untuk konsultasi percuma atau pembelian:


Call/sms/whatsapp: 019-3305476
Facebook: Wardah Mustapa
Fanpage: Supplement For All
Email: wardahmustapa@gmail.com

Sila nyatakan nama , nombor telefon, alamat, masalah yang dihadapi atau produk yang ingin dibeli. Insya Allah saya akan respons secepat mungkin. Dengan setiap pembelian, anda akan mendapat:

  1. Keahlian ekslusif :: Beauty Inside and Outside ::
  2. Konsultasi percuma tentang jadual pemakanan vitamin yang betul.
  3. Konsultasi percuma tentang penyakit atau tips berkaitan.

Penghantaran adalah melalui Pos Laju atau Gdex. Anggaran masa ketibaan ialah 2-4 hari bekerja.

[Testimoni] Shaklee terbaikk...penawar migraine!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Ameen ya rabb!!

Adakah anda pengidap migrain? Makan ubat dibekalkan oleh doktor dan farmasi sudah tak berkesan untuk anda?

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

  •     Sakit kepala kerana tekanan
  •     Sakit kepala kerana sinus
  •     Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

  •     Kekurangan zat dan nutrisi
  •     Faktor keturunan
  •     Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  •     Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  •     Terlalu banyak mengambil kafein
  •     Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan pertimbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Kita baca pula testimoni di bawah ;)

Berminat untuk cuba? Sayangi diri anda, beralih la kepada supplemen semulajadi. Kerana ianya selamat dan tiada kesan sampingan. Hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan.


Wardah
Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.

[Testimoni] ESP..membantu dalam penyembuhan ligamen lutut terkoyak!!

Assalamualaikum.

Salam jumaat buat semua. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Ameen ya rabb!!

Beberapa hari juga tak update blog ni, rindu pula nak mencoret. Minggu ni kena hadiri training 3 hari.Alhamdulillah banyak dapat ilmu baru. InsyaAllah hari ni saya nak tunjuk satu testimoni mengenai ESP. Yela, memang ramai orang tahu ESP ini memang best dan antara produk 'panas' Shaklee. Apa tidaknya, hari ni je ESP dan out of stock kat Shaklee. Tak tahu la pula bila nak ada semula. Apapun, saya masih ada stok ESP ni, sape cepat dia dapat la.

Kita cuba baca testimoni di bawah. ESP membantu dalam penyembuhan ligamen lutut terkoyak!

Macam mana ESP dapat membantu?
  • Membantu pembentukan sel-sel baru. 
    • sebab tu siapa yang minum ESP akan kurang parur-parut dan sel-sel mati kat badan kita. Yela, ESP dapat membentuk sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
    • ESP dapat membantu proses pemulihan, dan insyaAllah proses pemulihan akan lebih cepat.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.
    • seisi keluarga boleh minum ESP ni, jadi tak rugi la kan?
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
    • amat sesuai sesiapa yang nak diet tu, minum ESP akan kurang makan nasi ;)
TAHUKAH ANDA?
25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.
Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.
TETAPI,
Tahukah anda yang sebenarnya PROTEIN ini sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

Apa tunggu lagi, jangan malu jangan segan, boleh hubungi saya untuk harga istimewa dan konsultasi percuma ;)

Wardah


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget