Ramadhan semakin tiba. Ibu-Ibu yang hamil dan menyusukan anak mesti risau kan. Saya juga seperti itu dulu.Risau production susu akan merudum. Susu tak cukup untuk anak dan sebagainya. Dalam Islam, ibu menyusu diharuskan berbuka kalau risau memudaratkan kesihatan ibu dan anak. Jadi kalau rasa tak mampu dibolehkan berbuka. Tapi biasa la kalau boleh tak nak tinggal puasa kan? malas betul nak mengganti.hehe
Berikut adalah tips untuk ibu menyusu dalam menghadapi bulan Ramadhan tak lama lagi
1. Minum Air
Sila minum air masak banyak-banyak semasa sahur dan berbuka. kekurangan air menyebabkan dehidrasi. Bila air kurang dalam badan maka badan akan jadi cepat penat
2. Sahur
Jangan tinggalkan sahur ye. Kalau boleh makan makanan yang mampu beri tenaga berpanjangan.tak kisah la nk makan nasi ke, roti ke oat ke janji kenyang dan memberi tenaga. Selain itu pasti makanan itu cukup nutrisinyer. Sahur dengan ESP + PD pun sedap... ;)
3. Makan kurma
Kurma bukan sekadar sunat dimakan tetapi kurma mampu memberi tenaga berpanjangan tau. Minum ESP + kurma pun sedap...dan mengenyangkan.Berbuka pun sunat makan kurma.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makan buah-buahan dan sayuran sebab serat membantu proses pencernaan.
5. Elakkan minum minuman kaffein atau berkarbonat
jangan minum kopi atau teh semasa sahur. Katanya kaffein dapat mengganggu penghasilan susu. Betul atau tidak bergantung pada anda. Cuma bila ambil shaklee ni, kopi kena ambik sejam selepas atau sebelum ambik supplement la.
6. Zikir , Baca Al-Quran
Zikir, Baca Al-Quran bukan dapat pahala je tau tetapi kita akan lebih tenang.Bila tenang baru la susu nak keluar pun senang. Sambil pump tu jangan lupa ZIKIR YA WAHAB, YA KARIM Percaya & YAKIN rezeki datang dari ALLAH.
Selamat berpuasa dan selamat menyusukan anak anda :)
No comments:
Post a Comment