Cara Makan Set Skincare Shaklee

Salam ya salam...

InsyaAllah hari ini saya akan ceritakan cara makan Set Skincare Shaklee. Set ini memang hot, sentiasa ada orang tanya dan berminat. Pendek kata, memang popular la set ini.

Sebelum itu, mari kita tengok apa yang ada di dalam set ini.

Soalan yang lazim ditanya oleh pembeli dan pengguna ialah

1. Berapa lama tahan set ini?

B-Complex - 4 bulan
Vita-C Plus - 6 bulan
ESP - 2 bulan
Vitamin E - 4 bulan

2. Macam mana cara makan dan pengambilan Set Skincare ini?

B-Complex - 1 biji
Vita-C Plus - 1 biji
ESP - 1 ke 2 sudu setiap hari
Vitamin E - 1 biji

 3. Apa pantang makan vitamin Shaklee?
Tiada pantang, cuma jika anda sukakan minum berkafein pastikan jarak pengambilan vitamin sekurang-kurangnya 1 jam sebelum atau selepas ambil minuman berkafein.

4. Lain-lain
Pastikan mengambil air masak sebaiknya 3 liter sehari, untuk menjamin kelancaran vitamin-vitamin bekerja ;) Masa pengambilan vitamin pula, saya akan nasihatkan ikut kesesuaian masing-masing. Sebab setiap orang adalah berbeza,

Jangan risau ye, jika anda membeli set ini dengan saya..saya akan berikan JADUAL MAKAN EKSLUSIF dari saya. Dan tidak lupa juga FREE GIFT!!

Untuk membaca banyak testimoni boleh rujuk TESTIMONI SET SKINCARE SHAKLEE.

Nak order set ini? Boleh terus hubungi saya..kerana saya sentiasa ada ready stock!!

http://supplementforall.blogspot.com/2014/03/jana-pendapatan-dengan-shaklee.html



Sila hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Ambil ESP 1 sudu setiap hari turunkan kadar kolesterol!!

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Sumber

Kenapa bahayanya kolesterol ni? Kolesterol akan jadi bahaya jika kolesterol jahat anda tinggi. Ia juga salah satu sebab penyakit jantung.Sakit jantung juga merupakan antar apenyakit yang merbahaya pada kita.

Testimoni

"ESP best...saya memang pengguna ESP tegar. Kebiasaannya, orang yang berbadan besar seperti saya memang berpotensi ke arah berpenyakit. Selalunya kolesterol saya bermain-main di antara 5 ke kecil dari 5. Pernah border line. Sejak amalkan ESP ni, tengoklah kawan-kawan. Alhamdulillah paras kolesterol saya dah turun. Syukur. Hanya 1 scoop sehari. Kulit pun jadi superb!!"

Bagaimana ESP membantu?
- ESP ni adalah sember protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.
- ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.
- ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.
- ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.
- ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan pembentukan otot baru,
- ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.
- ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.

Boleh juga ambil OmegaGuard untuk turunkan kolesterol.

Nak jadi ahli?

Sila hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Set 3M Shaklee...sekali pam dapat 7oz..dapat 28oz setiap hari dengan mudah!!

Cerita pasal menyusukan anak ni walaupun anak saya dah lebih 2 tahun...lebih pun baru je dekat 2 bulan. Saya masih menyusukan Hadif cuma bezanya saya dah tak mengepam di pejabat. Kalau dulu memang saya akan mengepam 3x sehari. Pukul 10pagi, 1petang, dan 4 petang. Berapa kali anda perlu pam tu bergantung kepada anda. Kalau memang dah keluar rumah lepas subuh mungkin kena pam 4x sehari. Macam saya, rumah dan pejabat dalam 10 minit.

Saya kenal Shaklee ni pun sebab nak mencari suplemen penyusuan, masa tu Hadif ada eczema. Walau tak teruk mana, cuma kalau saya silap makan memang Hadif akan dapat kesannya. Macam-macam juga saya google, minyak kelapa dara, alpha liphid dan sebagainya. Tetiba tertarik dengan Shaklee, walau saya dah tahu lama produk ni, masa tu dalam minda saya produk Shaklee mahal. Tetapi, rupanya..tidakla semahal mana ;) Alhamdulillah Allah gerakkan hati saya untuk beli Shaklee yang kini saya dah jatuh cinta malah dah jadi pengedar ;)

Jom baca testimoni Puan Siti yang ambil Set 3M. Apa 3M tu?? bukan membaca..mengira..mengeja tau. Tapi Make More Milk.

Apa yang ada di dalam Set ini?
Nampak banyakkan? Jangan risau, saya akan cadangkan bersesuaian dengan bajet anda. Nak jadi ahli?
Sila hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Bengkak susu penangan ESP Shaklee!

Rindunya nak kembali mengepam, alhamdulillah anak saya kini dah berusia 2 tahun 1 bulan. Sebelum ni rutin di pejabat memang 3x saya akan mengepam. Pkl 10pagi, 1petang, dan 4 petang. Alhamdulillah bila anak dah 2 tahun ni saya tidak lagi mengepam susu. Mencukupi hanya bagi direct waktu di rumah nanti. Saya juga, mula jatuh cinta dengan ESP Shaklee sehingga sekarang, stok ESP sentiasa ada. Begitu juga dengan Puan Puteri. ESP membantu perjalanan beliau menyusukan anak. Memang betul, jika anda minum ESP warna susu yang diperah lebih pekat berbanding yang tidak mengambil ESP. Kerana itu juga, bayi yang minum susu badan ibu yang ambil ESP lebih cepat berasa kenyang. Jemput baca testimoni di bawah ;)
esp, breastfeeding

Puan Puteri terpaksa meminimumkan pengambilan ESP kerana selepas ambil ESP pasti berlaku bengkak susu. Wah, memang sakit bila bengkak susu ni!! Siap meleleh lagi...!!

Sebagai ibu, kita memang akan berusaha memberi yang terbaik kepada anak kita. Saya yakin semua ibu begitu. Tahniah jika anda sedang bercadang dan berusaha untuk menyusukan anak anda sehingga usianya 2 tahun!!

Jika, anda mencari makanan tambahan..Shaklee ada jawapannya ;)
Sila hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Sembelit : Tanda, Gejala, Sebab, Komplikasi dan Cara Pencegahan


Kali ini, saya nak ketengahkan isu sembelit. Jangan pandang ringan pada isu ini ye!
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.



Tanda dan Gejala

Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
Sebab-Sebab

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
  •  Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
Komplikasi

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

Rawatan

Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
  • Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
  • Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
  • Anda dalam kesakitan.
  • Anda mendapati najis anda berdarah.
Pencegahan

Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
  • Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
  • Minum banyak air.
  • Lakukan senaman secara berkala.
  • Jangan menahan untuk membuang air besar.
  • Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
  • Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.

Rujukan : Sini

Vitamin Shaklee yang sesuai untuk masalah sembelit ini ialah Ostematrix, dan jika untuk kanak-kanak ialah MealShakes Shaklee.

Pengalaman saya, jika sebelum tidur ambil 4 biji Ostematrix alhamdulillah esok paginya akan terasa lega je perut selepas membuang ;). Untuk anak-anak pula, saya akan berikan sesudu teh mealshakes dicampur dengan susu sewaktu sarapan...alhamdulillah pasti mereka akan membuang dengan jayanya ;)

Sila hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Anak sembuh dari Gluten Intolerence, Eczema, dan Lelah dengan mengambil OmegaGuard dan MealShakes Shaklee

Sejak berkecimpung dengan Shaklee ni, secara tidak langsung saya semakin banyak ilmu tentang penyakit, dan rupanya ada banyak penyakit kat dunia ini. Dan kekadang yang tidak kita sangka-sangka. Sebenarnya dari kecil dulu memang cita-cita nak jadi doktor, tak sangka Allah makbulkan..hehe tapi bukanlah doktor yang diiktiraf ye!! InsyaAllah hari ni nak kongsi mengenai Gluten Intolerence.

Masih ramai yang tidak tahu mengapa terjadinya sakit perut apabila memakan makanan seharian seperti roti, kueh mueh, piza dan sebagainya, sedangkan mereka tahu benar dengan istilah alahan terhadap produk tenusu atau sesetengah sayur yang dikatakan penyebab kepada masalah angin dalam badan.

Sesetengah perut manusia mempunyai alahan terhadap pelbagai jenis makanan tetapi amat sedikit yang memahami bahawa perut mereka juga kadang-kala mempunyai alahan terhadap glutein yang disebut "Gluten Intolerence", simtom yang dirasakan adalah sama seperti alahan terhadap makanan lain.

Glutein (Latin gluten "glue") adalah komposit protein yang hadir dalam makanan terproses dari gandum dan spesies yang seumpamanya termasuk barli dan rye. Ia memberi elastisiti kepada doh, membantu doh naik dan mengekalkan bentuk dan selalunya memberi tekstur produk akhir lebih melekat.

"Gluten Intolerence" dibahagikan kepada "Celiac Disease", "Non-Celiac Gluten Sensitivity" dan alahan/alergi terhadap gandum.

Simtom yang dapat dilihat bagi pesakit toleransi terhadap glutein adalah sembelit, cirit-birit dan sakit dibahagian abdomen seperti sakit perut, kembung, gas, tidak hadam, penurunan berat badan yang mendadak atau gemuk atau tiada perubahan, selera makan yang menurun, loya dan muntah, keletihan, hilang densiti tulang, sakit sendi, rambut gugur, dan banyak lagi yang boleh anda layari dalam link

Makanan yang mengandungi glutein adalah
  • Roti dan muffin
  • Kek dan pastri
  • Piza & Pasta
  • Jus dan produk jus
  • Sup, sos dan campuran gravy
  •  Sausage & Daging "Luncheon"
  • Daging, Ayam-Itik & makanan laut
  • Rempah ratus
  • Salad "Dressing"
  • Kacang panggang dan perasa
  • Produk malt
  • Krim & Sayuran "Breaded"
  • Imitation Bacon, Ketam & Produk makanan laut
  • "Spreads", Keju lembut & "Dips"
Penyakit 'Celiac"

Penyakit "Celiac" (Celiac Disease) disebabkan oleh radang hasil interaksi gliadin-protein glutein dalam gandum dan bijirin lain seperti barli dan rai dan tisu enzim transglutaminase. Radang (imflamasi) ini menyebabkan lapisan usus kecil menjadi rata dan "impedes" keupayaan untuk menyerap nutrien. Cara yang terbaik untuk pulih dari penyakit ini adalah dengan mengamalkan diet bebas glutein.

Alahan terhadap gandum (wheat)


Alahan gandum adalah respon sel darah putih yang dinamakan basofil dan sel mast iaitu immunoglobulin E iaitu penghasilan antibodi kepada alergen, dalam kes ini adalah gandum. Anda mungkin boleh menghidap alahan terhadap gandum tetapi tidak mempunyai penyakit "celiac" (toleransi terhadap glutein) dan sebaliknya. Keduanya merupakan respon yang berbeza yang boleh terjadi di dalam badan manusia.

Semakin ramai orang telah sedar dan sensitif terhadap toleransi glutein di kalangan kanak-kanak dan simtom ini telah mula didiagnosa sekarang berbanding dengan sepuluh tahun lepas. Simtom di kalangan orang dewasa, masih kabur kerana ianya dihubungkait dengan penyakit Crohn, "ulcerative colitis", alahan laktosa dan alahan yis.

Rujukan : Sini

Jom baca testimoni di bawah.
eczema, athma, lelah

Agaknya bagaimana OmegaGuard dan Mealshakes ini membantu ye?
mealshakes, omegaguard, eczema, athma
 Kelebihan Mealshakes adalah:
-meningkatkan tahap imuniti anak khususnya bagi yang kerap demam, batuk dan selsema
-membuka dan meningkatkan selera makan khususnya bagi anak-anak yang picky eater
-membantu mengatasi sembelit bagi anak-anak
-membantu mengatasi masalah asthma
-membekalkan zat dan nutrien lengkap yang diperlukan anak-anak bagi tumbesaran yang lebih sihat dan sempurna

Kelebihan OmegaGuard
Omega meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, proriasis, demam , bronkitis, penyakit lelah, hepatitis dan penyakit buah pinggang.

Omega mencegah insomnia dan mengurangkan tekanan. Sangat bagus untuk pelajar - EPA dan DHA mempunyai keupayaan menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif

Apapun, kita hanya berusaha, sembuh dan sakit semua dari Allah.Selagi ada hayat dan kudrat kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mecari ubat. InsyaAllah setiap penyakit ada ubatnya. Betul tak?


Sila hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Masalah Yang Melanda Wanita Ketika Haid: Kitaran Haid dan Fungsi

Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid.

Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid  bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.

Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.

Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah di antara 60 hingga 200 ml.

Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.

Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan wanita. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh wanita tersebut. Mereka yang mengalami masalah tersebut yang berkunjung ke kedai farmasi akan ditemubual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada wanita berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temubual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan produk atau ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.

Abnormal semasa haid dan cara mengatasi     

Tidak semua wanita yang akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah. Adalah dianggarkan seramai 10 peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik. Sesetengah wanita mempunyai masalah seperti berikut:

    1. Dismenorea

Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.

Sebelum menyarankan kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus mengenalpasti masa bermulanya sakit berhubung dengan haid tersebut. Sakit akibat dismenorea primer berlaku sebelum atau semasa dua hari pertama haid. Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih teruk, ia mungkin diakibatkan oleh masalah yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor pakar.

    2. Menoragia

Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.

    3. Amenorea

Merupakan masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor. Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus.

    4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid

Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi. Jika masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.

    5. Sindrom prahaid

Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon. Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di antara gejala yang sering dialami ialah:
  •  Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.
  • Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan
  • Payu dara - ketegangan, bengkak
  • Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula
  • Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)
  • Kurang kencing
  • Kulit berjerawat

 Kenalpasti Sindrom     

Kebanyakan wanita yang menggunakan produk farmaseutikal atau ubat tanpa nasihat doktor dan dengan kata lain mengamalkan swa-pengubatan adalah wanita-wanita yang sihat dan mengalami gejala-gejala sindrom prahaid seperti sakit kepala, pengumpulan cecair atau kekejangan pada bahagian abdomen. Produk atau ubat yang berkaitan dengan masalah tersebut boleh didapati di kedai farmasi dengan nasihat ahli farmasi. Adalah penting untuk mendapatkan ubat yang biasa diambil tanpa memberikan kesan samping serta mujarab. Namun, ahli farmasi mesti mengenalpasti gejala yang dialami semasa kitaran haid yang lalu dan bukannya gejala akibat penyakit yang lebih serius dan memerlukan permerhatian doktor pakar sakit puan (obstretrik dan ginaekologi). 

Wanita harus berwaspada terhadap gejala yang boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera. Di antara masalah yang memerlukan pemerhatian doktor pakar dengan segera ialah pendarahan yang teruk, tidak datang haid, discaj yang tidak normal daripada bahagian vagina, kesakitan yang amat  sangat sebelum dan semasa haid, kesakitan ketika melakukan hubungan seksual, ketumbuhan pada bahagian payu dara atau dicaj yang tidak normal daripada bahagian puting payu dara

Kredit : Sini

Dua bulan lepas saya mengalami sakit kepala yang serius sebelum kedatangan haid dan hampir pitam...Allah sahaja yang tahu macam mana saya rasa masa tu. Selepas kali kedua (dibulan kedua) saya masih sakit kepala, saya mula ambil 1 biji GLA Complex sebelum tidur. Walaupun memang dah tahu sebelum ni bahawa GLA memang elok untuk wanita.

Alhamdulillah...dengan izin Allah saya dah tak sakit kepala, sakit pinggang sebelum haid. Memang bagus GLA ni untuk wanita!!

Apa itu GLA?
GLA complex merupakan kombinasi minyak borage, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Ia digunakan secara tradisional bagi mengurangkan kesakitan ketika haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda2 menopous.

GLA Complex daripada Shaklee dihasilkan daripada borage dan mengandungi lebih 2x ganda GLA jika dibandingkan dengan EPO. Ia merupakan smber terbaik untuk Omega-6 dan gabungan minyak sunflower dan vitamin E meningkatkan lagi keberkesanannya. Borage juga adalah 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan dari EPO.

Kajian di University of Maryland Medical Center menunjukkan GLA mampu:

1. mengurangkan kesakitan untuk pesakit yang mengidap diabetic neuropathy
2. mengurangkan kesakitan sendi akibat rheumatoid arthritis (dalam masa 3 bulan)
3. membantu individu yang mempunyai ADHD dan autisma. Ini kerana individu yang mempunyai ADHD dan autism mempunyai kadar EFA (omega 3 and 6) yang rendah. EFA diperlukan untuk fungsi otak yang optimum.
4. membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
5. mengurangkan tahap bone loss dan membantu mencegah osteoporosis

Selain itu, GLA juga berfungsi untuk:

6. menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yg meningkatkan sistem imun tubuh , menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
7.memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
8. melambatkan menopouse - memperbaiki keadaan menopouse spt hot flashes, insomnia, ketidakhadaman.
9. mengawalselia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi dan kesakitan payudara

Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.


Sila hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Turun 25kg dalam 5 bulan dan cara makan Set Kurus Menyusu Shaklee!!!

Assalamualaikum

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah di atas segalanya...semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah...ameen ya rabb!!Sebagai manusia, kita memang inginkan kepuasan diri sendiri..betul tak? Yang gemuk, nak kurus. Yang terlalu kurus nak naikkan berat badan! Pokok pangkalnya, semuanya untuk diri sendiri...tambahan jika badan anda gemuk, antara keburukannya ialah mudah dapat penyakit, susah nak cari saiz baju atau seluar, terasa rendah diri berbanding dengan rakan-rakan yang kurus, pergerakan yang agak terbatas, mudah dan cepat letih, dan bagi orang Islam sendiri susah nak beribadah, yela bila badan besar dan berat nak sujud dan rukuk agak sukar. InsyaAllah hari ini saya nak kongsi satu lagi testimoni Set Kurus Menyusu Shaklee. Boleh jemput baca dan lihat testimoni di bawah.

Ok, menurut Puan Maya..buat permulaan beliau hanya ambil Alfalfa + Lecithin sahaja. Kemudian baru ditambah dengan ESP, dan OmegaGuard.

Cara makan pula,
- Alfalfa sebelum makan
- Lecithin selepas makan
- ESP ambil bila lapar.

Paling penting....beliau kurangkan makan nasi dan makanan berminyak kerana masih menyusukan anak!! Nak kurus ni memang kena kuat semangat sikit, dan perlukan pengorbanan. Kalau nak lagi cepat turun, boleh buat exercise. Memadai 30 minit setiap hari!!
http://supplementforall.blogspot.com/2014/03/jana-pendapatan-dengan-shaklee.html

Anda ibu menyusu dan bimbangkan berat badan semakin naik? Sila hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Luka Jahitan Bersalin sembuh dalam 3 hari dengan Set Berpantang Shaklee..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. Doa dan harapan yang berpanjangan semoga segala urusan kita dipermudahkan olehNya..ameen ya rabb! InsyaAllah hari ni saya nak cerita pasal Set Bersalin Shaklee. Sebagai wanita, berpantang jangan dipandang remeh...kerana masa berpantang perlu dijaga dengan baik dan betul-betul. InsyaAllah kali ini saya nak kongsi testimoni Set Bersalin/Berpantang Shaklee ni..jemput baca ye.

Testimoni 1



Testimoni 2


Apa yang ada di dalam Set Berpantang Shaklee?

Macam mana vitamin ini membantu beliau?

Vita-Lea With Iron Formula (Zat Besi)
~ Wanita yang dalam pantang sangat disyorkan untuk mengambil Vita-Lea kerana dalam pantang banyak makanan yang tidak boleh dimakan jadi dikhuatiri wanita2 ni akan mengalami 'nutrient deficiency' (kekurangan zat/nutrien). Manakala, Vita-LeaShaklee diformulasikan khusus dengan 28 Vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh orang dewasa lebih-lebih lagi wanita yang lepas bersalin.
~ Wanita yang lepas bersalin juga banyak kehilangan darah semasa proses melahirkan, oleh itu zat besi yang terkandung dalam Vita-Lea sangat penting bagi pembentukan sel darah merah yang baru. Barulah ibu-ibu dalam pantang akan nampak berseri dan tidak pucat, tidak letih, tidak lesu atau tidak bermaya.
~ Zat besi juga penting dalam penyusuan ibu.
~ Sebagai peringatan, Vita-Lea tidak boleh diambil dengan minuman bersusu. Ini kerana kalsium (dalam susu) akan menghalang penyerapan zat besi. Sebab tulah Ostematrix Shaklee tidak boleh diambil bersama-sama dengan Vita-Lea. Harus dijarakkan masa pengambilan.

B Complex dengan Asid Folik
~ Menstabilkan hormon
~ Juga dikenali sebagai vitamin anti-stress. Bagus untuk wanita dalam pantang bagi mengelakkan gangguan emosi seperti meroyan dan sebagainya.
~ Menguatkan antibodi
~ Perlu bagi pemprosesan dan pembaikan sel-sel darah merah. Mencegah anemia.
~ Menukarkan glukosa kepada tenaga. Buat ibu berpantang jadi kurang letih/mengantuk malahan lebih bertenaga

Zinc Complex
~ Tahukah anda bahawa ikan haruan mengandungi kandungan zinc yang tinggi. Jadi Zinc Complex adalah suplemen gantian yang tepat bagi yang tak suka minum pati ikan haruan yang baunya ehemm...
~ Zinc penting dalam proses pemulihan luka-luka luaran/dalaman semasa bersalin
~ Membantu masalah keguguran rambut yang sering dialami wanita lepas bersalin
~ Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.

Vitamin C
~ Menguatkan daya immune tubuh.
~ Mambaik pulih tisu sel yang rosak. Membantu ibu berpantang cepat pulih dan sihat.
~ Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.

Energizing Soy Protein (ESP)
~ Memberi tenaga yang berpanjangan kepada wanita berpantang
~ Menggalakkan, mempercepat dan memekatkan susu ibu
~ Penting untuk kelenjar dan tumbesaran
~ Juga mencantikkan kulit. Buat wanita berpantang nampak lebih cantik dan berseri.
~ Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
~ Sebagai MILKBOOSTER

Ostematrix (Kalsium)
~ Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
~ Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
~ Ostematrix juga membantu melawaskan proses pembuangan. Jadi dapat memcegah ibu-ibu berpantang dari terkena sembelit. 
Bagi anda yang masih mencari-mencari Set Bersalin, Shaklee ada jawapannya. Boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan konsultasi
Siapa mau? Sila hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Ambil ESP + Alfalfa + Lecithin turun 9kg dalam 3 bulan...ibu menyusu

Alhamdulillah..salam petang jumaat semua. Terima kasih ya Allah di atas segalanya. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah. Ameen ya rabb!!

Banyaknya testimoni saya nak kongsi bersama anda semua...ikutkan hati nak je post banyak-banyak dalam sehari. Tetapi, bila dikenangkan biar istiqamah..dan selalu update!! Betul tak? ;) Lagi testimoni ibu menyusu yang ambil Set Kurus...bukan sebarang set...tapi kurus dan menyusukan!!  Jemput baca dan jamu mata ;)

Rumusannya!!
-Kulit muka makin sekata, parut jerawat makin pudar
-Penurunan 8-9kg dalam masa 3 bulan
-Susu badan semakin meriah...

Best kan? susu badan meriah..badan pun semakin kurus..bonus lagi, jadi semakin cantik kerana tona kulit makin sekata dan parut jerawat semakin pudar!! Banyaknya bonus dapat!!

Siapa mau? Sila hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Berat turun, warna kulit sekata, dan jerawat hilang dengan Set Kurus Ibu Menyusu Shaklee

Assalamualaikum.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...terima kasih ya Allah!! Doa dan harapan yang berpanjangan semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. ameen ya rabb!! Saya mula berkenalan dengan Shaklee kerana Set Kurus Menyusukan, masa tu anak dah 8 bulan. Susu memang tiada masalah alhamdulillah cuma, tang badan tu ada masalah sikit :D. Alhamdulillah, bermula dari situ saya sudah jatuh cinta dengan Shaklee. Cinta pandangan pertama ;)

Jemput baca testimoni di bawah. Puan Norhazlina yang mengambil Set Kurus Menyusu. Selepas 3 bulan, memang nampak bezakan?? biar gambar berbicara..

Apa yang ada di dalam set ini?

Apa fungsi setiap vitamin?
ESP ~ memberi rasa kenyang yang lama, mencantikkan kulit, memekatkan susu ibu
Alfalfa ~ sebagai milk booster, dan detox
Lecithin ~ membakar lemak-lemak degil ;)

Boleh hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] : Muka dah tak perlu make-up dan bedak sejak amalkan Vit C dan Vit E Shaklee

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. Siapa yang tak suka cantik sila angkat tangan? hehe macam tak best je kan soalan tu..Apapun, wanita dan cantik memang sinonim. Macam saya, alhamdulillah kategori kulit yang tidak banyak masalah..jerawat nak naik pun segan. Ada pula, orang yang memang kulit bermasalah..berminyak..jerawat dan macam-macam lagi. Pendek kata full pakage ;) Walaupun muka saya ni kurang bermasalah, tetapi saya tetap ambil ESP + Vitamin C dan juga vitamin-vitamin lain. Yela, anak dah 2..hero pula tu..sebagai ibu saya perlu makanan tambahan untuk mengharungi hari-hari saya.Ok, cukup cerita pasal diri sendiri.

Saya nak kongsi testimoni pengguna yang ambil Vitamin C dan vitamin E. Jemput baca ye!!


Dari testimoni di atas, muka puan Yati ni memang tiada masalah..cuma selepas 2 bulan ambil Vitamin E dan Vitamin C..yang bestnya dah tak perlu kenakan sebarang make-up kat muka. Dan paling best suami turut puji muka semakin licin dan gebu!!

Apa peranan 2 vitamin ini?
Vitamin E sebagai anti oksida bagi menghalang radikat bebas dari merosakkan kulit. Vitamin E juga membantu menghilangkan parut2 jerawat.

Vitamin C membantu merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit

Boleh hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] : Anak memilih makan atasi dengan Meal Shakes Shaklee..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah. ameen ya rabb!! Bulan Rejab sudah menjelma, sedar tidak sedar Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi mereka di luar sana yang masih belum ganti puasa silalah berbuat demikian ;) Cerita ganti puasa ni, amat sesuai kiranya sahur tu di ambil dengan Set 3 Gems. Memang berbaloi-baloi...nak baca testimoni boleh klik sini. Tetapi, kali ini saya bukan nak cerita mengenai 3 Gems, tetapi nak cerita testimoni meal shakes. Sebut meal shakes mesti ibu-ibu yang paling suka sebab memang sinonim meal shakes dengan anak-anak. Walaupun sebenarnya meal shakes boleh je di ambil oleh orang dewasa. ;)

Ibu mana yang tidak risau jika anaknya memilih makan, saya pun macam tu juga. Ada 2 orang anak, ada 2  karektor. Si sulong agak memilih makan, kedua tu alhamdulillah semua dia makan. Cara saya atasi dengan masukkan sesudu kecil meal shakes ke dalam susu si abang tu. Alhamdulillah...memang minta makan je lepas tu, dan paling best part membuang..mesti tiap-tiap hari!! Begitu juga dengan testimoni puan Noor di bawah, berat abang dah dekat sama dengan berat adik, makan nasi pun hanya dua suap setiap hari. Apa tindakan puan Noor? Ye, berikan meal shakes kepada si abang...akhirnya barulah sedap mata memandang melihat si abang dah berat semakin bertambah. Boleh tengok gambar di bawah.

Ok, mari kita tengok apa fakta meal shakes ni?
Apa itu Meal Shakes?

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan serta sarat dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anak anda.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
-Bayi bermula 1 tahun ke atas
-Sumber utama vitamin untuk kanak-kanak
-Perangsang kepada anak yang kurang selera makan
-Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
-Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
-Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
-Warga emas

Kelebihan Mealshakes adalah:

#meningkatkan tahap imuniti anak khususnya bagi yang kerap demam, batuk dan selsema
#membuka dan meningkatkan selera makan khususnya bagi anak-anak yang picky eater
#membantu mengatasi sembelit bagi anak-anak
#membantu mengatasi masalah asthma
#membekalkan zat dan nutrien lengkap yang diperlukan anak-anak bagi tumbesaran yang lebih sihat dan sempurna

Boleh hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Borang Jadi Ahli Shaklee


Name:
Email Address:
No Kad Pengenalan:
No HP:
Nama Penuh Pasangan (Jika sudah berkahwin) :
No Kad Pengenalan Pasangan:
Alamat:
No Akaun Bank (nyatakan bank):
Tujuan Jadi Ahli : Kegunaan Sendiri
Berniaga

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget