[Testimoni]Set Bersalin Shaklee...luka cepat kering..semalam bersalin caesarean, hari ni dah discharge..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...syukur kepada Allah di atas segalanya. Semoga segala urusan kita dipermudahkan olehnya. Ameen ya rabb!!

Sedar tak sedar, lagi 8 hari kita akan menyambut tahun baru. Lagi 8 hari juga promo OmegaGuard akan berkahir. Dan....lagi 8 hari juga tawaran hebat saya akan berakhir!! Macam best je kan? Memang la best...sebab anda tidak akan dapat apa yang saya tawarkan dengan orang lain!! Tak percaya?? ;) hubungi saya.

Ok, insyaAllah kali ini saya nak ceritakan mengenai Set Bersalin Shaklee yang memang menjadi pujaan ramai ni!! Kenapa saya kata jadi pujaan?? Sebab hanya jauhari yang mengenal manikam!!

Apapun, jemput baca testimoni di bawah ye!!

Puan Rosni baru sahaja melahirkan anak pada 27 Oktober lepas, emergency caesarean @ c-sect. Hari kedua bersalin dah boleh keluar hospital, sebabnya baby tiada kuning dan luka pun semakin ok. Hari keempat, beliau dah boleh turun naik tangga. Dan selepas seminggu luka  kering dan cantik, jahitan pun dah mula tanggal.

Apa yang beliau ambil??
ESP, Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Ostematrix, dan  Zinc

Macam mana vitamin ini membantu beliau?

Vita-Lea With Iron Formula (Zat Besi)
~ Wanita yang dalam pantang sangat disyorkan untuk mengambil Vita-Lea kerana dalam pantang banyak makanan yang tidak boleh dimakan jadi dikhuatiri wanita2 ni akan mengalami 'nutrient deficiency' (kekurangan zat/nutrien). Manakala, Vita-LeaShaklee diformulasikan khusus dengan 28 Vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh orang dewasa lebih-lebih lagi wanita yang lepas bersalin.
~ Wanita yang lepas bersalin juga banyak kehilangan darah semasa proses melahirkan, oleh itu zat besi yang terkandung dalam Vita-Lea sangat penting bagi pembentukan sel darah merah yang baru. Barulah ibu-ibu dalam pantang akan nampak berseri dan tidak pucat, tidak letih, tidak lesu atau tidak bermaya.
~ Zat besi juga penting dalam penyusuan ibu.
~ Sebagai peringatan, Vita-Lea tidak boleh diambil dengan minuman bersusu. Ini kerana kalsium (dalam susu) akan menghalang penyerapan zat besi. Sebab tulah Ostematrix Shaklee tidak boleh diambil bersama-sama dengan Vita-Lea. Harus dijarakkan masa pengambilan.

B Complex dengan Asid Folik
~ Menstabilkan hormon
~ Juga dikenali sebagai vitamin anti-stress. Bagus untuk wanita dalam pantang bagi mengelakkan gangguan emosi seperti meroyan dan sebagainya.
~ Menguatkan antibodi
~ Perlu bagi pemprosesan dan pembaikan sel-sel darah merah. Mencegah anemia.
~ Menukarkan glukosa kepada tenaga. Buat ibu berpantang jadi kurang letih/mengantuk malahan lebih bertenaga

Zinc Complex
~ Tahukah anda bahawa ikan haruan mengandungi kandungan zinc yang tinggi. Jadi Zinc Complex adalah suplemen gantian yang tepat bagi yang tak suka minum pati ikan haruan yang baunya ehemm...
~ Zinc penting dalam proses pemulihan luka-luka luaran/dalaman semasa bersalin
~ Membantu masalah keguguran rambut yang sering dialami wanita lepas bersalin
~ Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.

Vitamin C
~ Menguatkan daya immune tubuh.
~ Mambaik pulih tisu sel yang rosak. Membantu ibu berpantang cepat pulih dan sihat.
~ Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.

Energizing Soy Protein (ESP)
~ Memberi tenaga yang berpanjangan kepada wanita berpantang
~ Menggalakkan, mempercepat dan memekatkan susu ibu
~ Penting untuk kelenjar dan tumbesaran
~ Juga mencantikkan kulit. Buat wanita berpantang nampak lebih cantik dan berseri.
~ Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
~ Sebagai MILKBOOSTER

Ostematrix (Kalsium)
~ Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
~ Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
~ Ostematrix juga membantu melawaskan proses pembuangan. Jadi dapat memcegah ibu-ibu berpantang dari terkena sembelit. 
Bagi anda yang masih mencari-mencari Set Bersalin, Shaklee ada jawapannya. Boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan konsultasi
Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com



Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget