[Testimoni] Susu Badan Banyak dengan Set 3M Shaklee

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. InsyaAllah hari ini saya nak cerita mengenai Set Penyusuan 3M Shaklee. Dah lama tak bercerita mengenai breastfeeding ni, sebab Hadif pun dah nak masuk 3 tahun April 2015 nanti. Tapi, Hadif masih menyusu kecuali berada di rumah pengasuh. Yela, bila dah besar ni saya dah tak mengepam lagi. Rindu pulak rasa nak mengepam ;)

Ok, berbalik semula pada topik asal..selain Set Skincare @ Kecantikan Shaklee, Set 3M ini juga merupakan set yang popular bagi pengguna Shaklee. Kenapa popular?? Sebab dewasa kini, kesedaran untuk menyusukan anak sudah semakin tinggi di kalangan ibu-ibu yang bekerja dan bekerjaya. Apa beza bekerja dan bekerjaya ye? Ok, abaikan..:D Kalau dulu, hanya ibu yang surirumah sahaja kebanyakannya berjaya menyusukan anak sehingga usia 2 tahun. Tetapi, alhamdulillah...sekarang ramai ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun walaupun bekerja. Jadi, sebagai ibu yang bekerja banyak faktor yang perlu diambil berat bagi menjayakan usaha ini. Antaranya,
  1. Mengambil pemakanan seimbang
  2. Mengepam yang konsisten (2-3 jam sekali) di pejabat
  3. Emosi yang stabil, penting ni...jika emosi ibu terganggu faktor pengeluaran susu juga akan dipengaruhi.
Banyak lagi sebenarnya, saya juga pernah melaluinya sebanyak 2 kali. Ok, insyaAllah kali ini saya nak kongsi testimoni ibu-ibu yang sangat puas hati menggunakan Set 3M Shaklee. Jom baca


Jom kita tengok apa yang ada di dalam Set 3M Shaklee

Fungsi setiap vitamin

Vitaltea - Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
B-Complex - anti-stress, membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
Vitamin C- Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu
Alfalfa - milk booster,Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu.
ESP - Memberi tenaga, Membantu melancarkan penghasilan susu, Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu
Ostematrix - Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.

Banyak? Jangan risau, anda akan diberikan jadual makanan yang fleksibel dengan setiap pembelian.

Macam mana nak beli? Ok, harga pasaran untuk Set 3M ialah RM499.75.

Anda  boleh beli terus dengan Shaklee di sini  atau boleh juga terus menguhubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Kenali dan Ketahui Khasiat dan Fungsi Garlix Complex Shaklee

Bawang putih memang banyak khasiatnya, dulu saya memang kurang suka dengan bawang putih berbanding bawang merah. Kekadang terfikir juga kenapa perlu bawang putih ni dicampur dengan makanan yela pada saya masa tu 'benda' tak sedap buat apa campur. :D Pernah dengar tak petua, kalau badan banyak angin ataupun kembung perut bakar bawang putih tu lepas tu makan. Mak saya pernah buat. Dan alhamdulillah sangat berkesan. Jeruk bawang putih pun ada kan? Cerita pasal jeruk pulak...hihi Ok, jom cerita pasal bawang putih Shaklee pula, sebab sekarang ni kan Nutriferon OOS, jadi bawang putih pun sangat elok kalau kita tak sihat.


KENALI SHAKLEE  GARLIC  COMPLEX
Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Allicin juga merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.  Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih. 



MANFAAT DAN KHASIAT GARLIC  COMPLEX
1. Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolesterol normal.
2. Menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
3.  Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
4.  Formulasi Shaklee yang unik bagi mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar, termasuk sebatian pembentuk alisin.
5.  Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.
6.  Melegakan batuk dan selesema.
7.  Membantu peredaran darah yang baik.
8.  Menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol.
9.  Meningkatkan sistem imun.
10. Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak.
11. Menormalkan keseimbangan lipoprotein.
12. Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang.
13. Berfungsi sebagai anti-oksidan.
14. Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi.
15. Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air.
16. Bantu rawat asthma.

Keistimewaan Garlic Complex
1.      Membekalkan 100% Allicin aktif.
2.    Dihasilkan menggunakan dwi teknologi untuk mengawal bau garlic.
3.      Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
4.    Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh.
5.    Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Fungsi Garlic Complex
1.     Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
2.    Sebagai antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
3.    Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
4.    Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
5.    Pengambilan konsisten 2-4 biji sehari menyingkirkan logam toksik dalam tubuh seterusnya menstabilkan tekanan darah tinggi
6.    Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
7.    Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengelakkan darah beku, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
8.    Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

 Ok, harga pasaran untuk Garlic Complex RM47.50.

Anda  boleh beli terus dengan Shaklee di sini atau boleh juga terus menguhubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Rutin yang berubah!!

Alhamdulillah..diam tak diam..rupanya dah besar anak bujang saya. Tahun 2015 sudah berumur 7 tahun. Walaupun hakikatnya baru sahaja menyambut ulang tahun ke-6 pada 17 Disember 2014. Cepat rasa masa berlalu. Minggu pertama persekolahan memang rutin mencabar bagi saya. Kenapa saya kata mencabar?
  1. Kena hadir ke sekolah sebelum pukul 7.30, sebaiknya dalam 7.15 dah ada kat sekolah.
  2. Nak kejut Asyraf bangun awal.
  3. Ajar solat Subuh.
  4. Sediakan sarapan untuk bekal Asyraf, Hadif dan suami.
  5. Siapkan Hadif untuk hantar ke rumah pengasuh.
  6. Tukar waktu Asyraf  buang air besar, untuk elak dia  buang air besar di sekolah.
  7. Mencukupkan solat 5 waktu Asyraf.
  8. Ambil Asyraf waktu lunch hour, bawa balik ke rumah untuk makan + solat + bersiap ke KAFA dan kemudian masuk semula ke pejabat.
  9. Petang, balik kerja parking kereta dan berjalan kaki semula ke sekolah untuk ambil Asyraf.
  10. Kemudian, masak untuk makan malam.
Alhamdulillah, Asyraf dapat sekolah yang berdekatan dengan rumah. Hantar dan ambil dari sekolah memang menjadi tugas saya. Yang paling best...berjalan kaki. Kecuali waktu tengah hari saya ambil pulang ke rumah dan kemudian hantar ke KAFA menaiki kereta. Dah alang-alang keluar lunch dan nak masuk kerja semula. :)

Seminggu pertama, saya bawa Hadif sekali hantar Asyraf ke sekolah. Tapi bermula minggu ini saya dah hantar Hadif ke rumah pengasuh awal sebab kadang-kadang Hadif 'moody' terpaksa dukung dia lebih kurang pergi balik 1km. Memang nak putus urat di buatnya hihi Sejak dah hantar Hadif awal, lepas hantar Asyraf ke sekolah bergegas pula kemas rumah dan siapkan makanan untuk tengah hari sebelum pergi kerja!

Saya yakin ramai ibu bapa di luar sana turut mempunyai pengalaman yang sama macam saya. Tak kira anak sulong atau nombor berapa, di awal-awal persekolahan anak mesti rutin kita turut berubah.

Tak sabarnya nak hujung minggu. ;) sebab di hari persekolahan jujur saya katakan lebih 80% rutin saya berubah.


Nota : Alhamdulillah setakat ni tak kena ke site, kalau tak susah juga nak berulang alik waktu tengah hari. Nampaknya lepas ni saya kena latih Asyraf untuk siapkan diri di sekolah selepas sekolah pagi untuk ke KAFA.

9 Amalan Patut Amalkan di Hari Jumaat

Alhamdulillah...semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan keampunan dari Allah. Terima kasih Ya Allah. Asyraf dah Darjah 1, walaupun belum sampai sebulan Asyraf berumur 6 tahun. Takpelah, nak buat macam mana nak..umur kira ikut tahun... :D Banyak saya nak cerita sebenarnya, tambahan rutin saya dah berubah sejak tahun 2015 ni. InsyaAllah saya cerita kemudian. Kita balik ke topik asal...9 amalan yang patut kita amalkan di hari Jumaat.

  1. Potong kuku : Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” Selain hari jumaat boleh juga potong kuku hari Isnin dan Khamis.
  2. Membaca surah Ali-Imran : Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”
  3. Membaca Surah Al-Kahfi :  Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.” Fuh, surah ni memang panjang...jadi buat permulaan boleh amalkan baca 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir.
  4. Selawat : Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksid: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi) Allah Taala juga ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”. (QS.Al-Ahzab:56). Paling senang, sambil buat kerja ke masak ke, kemas rumah, jalan-jalan pun boleh buat.
  5. Membaca Yaasin : Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah. Memang selalu diamalkan oleh kita dari dulu lagi, malam Jumaat je mesti nak baca yasin.
  6. Mandi Sunat Jumaat : Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”
  7. Solat Jumaat : Para lelaki jangan lupa pergi solat. Ikut pemerhatian saya, masih ramai lelaki muslim di Malaysia ni jadi musafir pada hari Jumaat.
  8. Banyakkan berdoa : Jom.
  9. Banyakkan sedekah : Ibnu Qayyim berkata: Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.
Jom...jadi lebih baik dari semalam!! ;)

8 Fakta Vitalea for Children!!

Sepanjang saya jadi ahli ini kali pertama ada multivitamin untuk kanak-kanak (sebenarnya orang dewasa pun boleh ambil). Kenapa? Sebab Shaklee ingin menaik taraf Vitalea for Children, jadi produk ini dihentikan untuk seketika. Taraa...sekarang dah ada. Jom kita ketahui fakta tentang Vitalea kanak-kanak ni.

Fakta tentang Vitalea for Children

Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea for Children Chewable Shaklee disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian.

Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya.
vitalea for children

Fakta ringkas Vita-Lea for Children Chewable Shaklee:

    - Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
    - Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
    - Memberi 100% nilai harian vitamin C
    - Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
    - Berasaskan phytonutrien semulajadi
    - Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
    - Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
    - Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri

Harga Pasaran RM111.00 (60 biji tablet)


Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Nak baca lebih lanjut tentang Vivix dan Alfalfa ?? Nak baca testimoni?



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

6 Jenis Jerawat Yang Patut Kita Tahu!!

Sebelum cerita lebih lanjut tentang jerawat, mari kita tengok sebenarnya apa maksud jerawat. Jerawat adalah suatu keadaan di mana pori-pori kulit tersumbat sehingga menimbulkan kantung nanah yang meradang.

jenis jerawat

Mengikut kajian, hampir setiap orang di dunia ini akan mengalami jerawat. Bezanya sama ada serius atau tidak sahaja. Malah 80% individu di negara kita mengalami masalah jerawat yang serius. InsyaAllah kali ini saya akan kongsikan 6 jenis jerawat yang patut kita ketahui.

1. Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.

2. Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.

3. Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.

4. Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.

5. Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.

6. Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.

Rujukan sini dan sini
jenis-jenis jerawat
Set yang dicadangkan untuk masalah jerawat ini ialah Set Skincare Shaklee.
  1. Produk Shaklee mengurangkan parut jerawat
  2. Kulit lebih halus dan bersih dengan Set Skincare Shaklee
  3. Bestnya kolagen Shaklee
  4. Kulit cerah selepas 2 bulan

Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Nak baca lebih lanjut tentang Vivix dan Alfalfa ?? Nak baca testimoni?



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Promosi Januari 2015!!

Selamat Tahun Baru Semua!!

Salam Maulidur Rasul..!!

Maaf lama tak kemaskini blog, 2 bulan juga berulang ke Shah Alam (site), pening kakak HR tengok claim saya hehe Kemudian, buat persediaan anak nak naik Darjah 1.  Macam tak percaya, dah besar anak bujang saya...ibunya pun dah makin tua!! Tapi paling tak tahan, pergi Ikea 2 minggu lepas, sambil jaga anak sebab suami pula nak solat maghrib ada sorang perempuan duduk sebelah tanya saya 'adik ke?' sambil tunjuk anak-anak saya yang 2 orang tu!! Ops...kelakar pun ada ;) Ok, berbalik semula cerita mengenai promosi produk, seperti biasa Shaklee memang buat promosi setiap bulan. Dan bulan ini ialah...
Vivix Buy 6 Free 1
Alfalfa (L/S) Buy 6 Free 1
Vitalea for Children Buy 3 Free 1

Hebat betul promosi awal tahun 2015 ni. Semenjak dua menjak ni Shaklee memang buat 2 promosi setiap bulan, paling tak sangka tahun ni sampai 3 pula ;)




Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Nak baca lebih lanjut tentang Vivix dan Alfalfa ?? Nak baca testimoni?



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget