Kenapa kita kena minum air 3 liter sehari?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya.

Air merupakan elemen terpenting dalam kehidupan harian kita. Malah di dalam badan kita sendiri mempunyai 70% kandungan air. Jadi, jika anda mengambil suplemen Shaklee pasti anda dinasihatkan untuk meminum air 3 liter sehari. Ataupun minimum 8 gelas sehari. Nak tahu kenapa?

Ini adalah kerana:

Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh dan memperbaiki sel-sel yang telah rosak. Air pula amat diperlukan dalam proses ini kerana untuk mengelakkan berlakunya ‘healing crisis’.

Kandungan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air boleh menyebabkan darah menjadi pekat. Ini dapat diumpamakan mengacau sesenduk gula didalam sebiji cawan yang kecil. Sudah pasti gula tidak dapat dilarutkan sepenuhnya di dalam sebiji cawan yang kecil dengan air yang sedikit. Gula memerlukan air yang banyak di dalam ruang yang lebih besar untuk mempermudahkannya larut. Oleh itu kita memerlukan lebih banyak air untuk melarutkan supplement yang kita ambil itu.

Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi iaitu seperti buah-buahan dimana tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air yang mencukupi. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah adalah jauh lebih rendah berbanding dengan sebiji pil vitamin. Cuba anda bayangkan sebiji Vita-C 500mg Sustained Released bersamaan dengan 7 biji oren. Adakah anda mampu untuk mengambil 7 biji oren dalam masa yang sama atau dalam sehari? Berapa bayak pula air yang terkandung dalam 7 biji oren itu?

Penting ke minum air 3 liter? Kenapa? Ya, kerana ianya...

1- Membantu mengurangkan berat badan
2- Meningkatkan Tenaga dan Melegakan Keletihan
3- Meningkatkan Kesihatan Kulit
4- Membantu membuang toksin
5- Ubat Sakit Kepala Semulajadi

Mengapa air sangat perlu?
Ketika kita makan, usus di hujung perut akan mengecut menyebabkan makanan berada di dalam perut untuk seketika bagi tujuan penghadaman.

Air yang diminum digunakan untuk mjadikan makanan ini menjadi cecair. Setelah makanan menjadi lembut ianya akn dihantar ke usus untuk tujuan serapan.

Jika kita tidak cukup minum air, sistem pencernaan akan mengambil cecair dari darah, perut dan usus agar makanan yang hendak diproses akan menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil.

Boleh kah kita bayangkan apa akan terjadi kepada sistem badan kita jikalau air tidak mencukupi?

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada KUNING cair atau PEKAT.

Antara tanda kekurangan air termasuk:
* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:
* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget