Merawat Denggi dengan Shaklee

Musim demam Denggi ke sekarang ni ye? Sebetulnya adik ipar saya baru sahaja dimasukkan ke Hospital Kajang Isnin lepas kerana demam denggi. Mulanya, saya dan suami menyangka beliau keracunan makanan, kerana simptom yang dihadapi oleh beliau hampir sama dengan simptom keracunan makanan.

Sebelum saya cerita panjang, mari kita ambil tahu tentang demam denggi.
Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.
Nak baca lebih boleh klik sini.

Ok, sambung cerita mengenai adik ipar saya tadi.

Hari selasa baru ni suami saya melawat beliau di hospital dengan membawa Performance Drink (PD) dan Nutriferon sebagai buah tangan. Alhamdulillah dengan izin Allah semalam beliau dah dibenarkan keluar dari hospital. Kata beliau, PD memang banyak membantu kerana memberi tenaga kepada badan yang lemah disamping menjernihkan air kencing. Malah, beliau hanya bermalam 2 malam sahaja di hospital berbanding orang lain yang ada yang hampir seminggu masih lagi di tahan di wad.

Bagaimana PD dan Nutriferon membantu pesakit denggi?

Kelebihan PD
♥ Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
♥ Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
♥ Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
♥ Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
♥ Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
♥ Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.

Kelebihan Nutriferon
Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - Kajian telah menunjukkan bahawa nutriferon mampu meransang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi.

Melawan kanser dan tumor - Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang meransang dan mengaktifkan immunoglobin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

Melindungi dari influenza -  Ia melindungi kepada kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi  dengan berkesan daripada virus, mikrob termasuk selsema , flu, alergi, inflamai dan influenza.

Meringankan Stress dan Kelesuan - Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

Mempertingkatkan PMS - Terbukti secara klinikal mengurangkan simpton yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.
http://supplementforall.blogspot.com/2014/03/jana-pendapatan-dengan-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget