Kebaikan Susu Ibu yang patut kita tahu!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah..ameen ya rabb!!

Alhamdulillah terasa lebih semangat hari ni, walaupun terpaksa el kerana anak sulong demam. Alhamdulillah dah nampak perubahan selepas diberi nutriferon pagi tadi. Dah nak makan, minum...dan dah dengar suara. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah!!

InsyaAllah hari ni nak kongsi kebaikan susu ibu..yela, memang dah tanggungjawab sebagai ibu berikan susu ibu kepada bayi. Jadi, mesti kita pun nak tahu apa kebaikan dia kan??

Kebaikan Susu Ibu
Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Banyaknya kelebihan dan kebaikan susu ibu ni. Bagi ibu yang sedang hamil, tanamkan tekad dan azam di dalam hati untuk menyusukan bayi anda. Bagi ibu yang sedang menyusukan bayi, teruskan ye..sehingga berumur 2 tahun

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. Al-Baqarah Ayat 233.
Alhamdulillah zaman sekarang ni dah ramai ibu yang mempunyai kesedaran untuk menyusukan anak mereka walaupun ibu yang bekerja. Tahniah!!

Pastikan susu yang anda berikan kepada anak anda itu susu yang berkhasiat dan berkualiti ye ibu!! ;)

Nak cuba Set Menyusu Shaklee? Klik Sini

Hubungi saya


Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/
 




Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget