[Testimoni] Set 3M shaklee...sekali pam dapat 10 oz...

Lamanya tak cerita pasal set popular Shaklee ni. Nak tahu set apa? Mestilah Set 3M Shaklee.

Bagi mereka yang tak tahu meh saya nak cerita apa maksud 3M tu...3M tu adalah..
Make More Milk..
yela, zaman sekarang ni semua orang suka bagi short form. Karang sebut nama penuh, kita pun confuse, jadi lahirlah nama Set 3M ni.

Memang jadi sebutan, terkenal...malah kalau taip je kat pakcik google tu..bersepah-sepah entry dan testimoni pasal Set 3M ni. Jadi, rasa tak lengkap la juga blog ini jika tiada Set 3M. Betul tak? InsyaAllah sepanjang november bakal menjelang ni saya akan hiasi dengan testimoni dan post mengenai breasftfeeding.

InsyaAllah ilmu yang disebarkan itu boleh juga jadi rujukan kepada semua. Almaklumlah, kita ni kan manusia..setiap hari mencari dan menggali ilmu untuk bekalan diri.

Ok, jemput baca testimoni di bawah.
Wah..meriahnya susu Puan Siti ni!!

Alangkah bestnya jika susu ibu yang dipam oleh kita juga seperti ini hasilnya. Dua kali pam dah cukup untuk bekalan anak di rumah pengasuh atau nursery.

Apa yang di ambil oleh Puan Siti sampai susu meriah macam ni? Ye, jawapannya ialah Set 3M. Alhamdulillah rezeki anak kan?

Sebagai ibu, kita mesti nak berikan yang terbaik kepada anak kita. Berikan susu yang mempunyai nutrien yang lengkap juga merupakan tanggungjawab ibu kepada anak. Barulah, anak sihat...gembira, ibu? mesti tambah-tambah gembira.

Jom kita lihat macam mana vitamin-vitamin di dalam Set 3M ni membantu?

VITA-LEA IRON FORMULA
- Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.

[TAHUKAH ANDA]
Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik.

B-COMPLEX
- Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak &protein
- Anti stress (sebagai penenang)
- Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
- Menukarkan makanan (glukosa) kepada tenaga
- Membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa(mood baik..)... so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar.
- Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
- Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

VITAMIN C
- Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu.
- Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan Vitamin C. Mungkin tak perlukan ubat demam.
- Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik
- Kulit juga jadi semakin bersih, cerah dan cantik.

ALFALFA
- Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu.
- Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu.
- Maka, susu ibu lebih lemak berkrim!
- Ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!)
- Bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).

ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
- Memberi tenaga
- Membantu melancarkan penghasilan susu
- Penting untuk kelenjar dan tumbesaran
- Mencantikkan kulit si ibu
- Membantu kawal paras kolesterol
- Memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama
- Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran?
Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

OSTEMATRIX
- Kalsium Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain.
- Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.
- Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.

Nak baca testimoni lain? Boleh klik sini.

Ok, lengkap Set 3M ni dengan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh ibu dan anak. Jika, anda ibu yang sedang hamil, azamkan di dalam diri untuk berikan susu ibu kepada bayi anda. Perlukan makanan tambahan? Ye, Shaklee ada jawapannya. Jika anda ibu yang sedang menyusukan anak, memang digalakkan mengambil set ini. InsyaAllah badan ibu dan anak juga akan sihat. Bila badan ibu sihat, bayi pun sihat, hati ibu gembira..bayi pun gembira..yela, dah minum susu yang berkhasiat tinggi. ;)


Nak tahu lebih lanjut..boleh hubungi saya.


Wardah




Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.
 

[Testimoni] ESP..kulit cantik dan kurus..

Lamanya betul tak cerita pasal ESP. Di sana sini semua orang duk cerita pasal ESP, apa la best sangat ESP ni sampai ramai sangat orang suka duk bercerita kan? Yang pasti, bak peribahasa tu..tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Betul tak??

Baru ni amat best, jumpa kawan lama di Pejabat Pos Alamanda..Dia sangka saya masih bujang, sebab nampak awet muda!! Ye ke? Walaupun realitinya umur dah banyak...buh lilin atas kek pun dah tak nampak kek, sebab penuh dengan lilin.

Ok, sambung cerita pasal testimoni Puan Hani ni..jemput baca dulu testimoni beliau

Tengok gambar pun dah terbukti...banyak beza dulu dan sekarang. Betul tak? Beliau hanya minum ESP.

Minum ESP memang boleh kenyang. Kerana ESP sendiri terdiri daripada protein. Dan fakta yang paling best perlu anda tahu ialah

1 hidangan ESP ini bersamaan dgn 2kali ganda daging, 4kali ganda telur...12kali ganda susu rendah lemak...tiada kolestrol..tiada asid uric dan sgt mudah diserap oleh tubuh manusia....

Nak tahu apa pula manfaat ESP dan kelebihan ESP?

 1. Kekal Muda : Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dan sebagainya.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Wah, banyaknya kelebihan dan faedah ESP ni. ESP juga merupakan makanan tambahan harian saya. Rasa tak lengkap hari saya jika tidak mengambil ESP. Hebat betul penangan ESP ni kan? ESP ni bukan hanya untuk wanita ye, semua golongan boleh...lelaki..wanita, tua, muda,...pendek kata, beli 1 canister, satu keluarga boleh rasa manfaatnya. ;)

Tak kenal maka tak cinta!! Bila dah kenal baru tahu...hebatnya ESP.

Lagi entri berkaitan kulit
  1. Mula ambil untuk kurus, tup-tup kulit semakin cantik...
  2. ESP licinkan kulit
  3. Kulit tidak lagi kusam

Klik sini untuk baca testimoni lain.

Hubungi saya


Wardah




Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.
 

[Testimoni] Set Weight Gain Shaklee..Berat bertambah dalam masa beberapa hari..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan keampunan dari Allah. Ameen ya rabb!!

Semalam saya dah post tentang Set Wight Gain Shaklee. Rasanya tak lengkap jika tiada testimoni disertakan betul tak?

Jemput baca dua testimoni di bawah.

Testimoni Pertama


Testimoni kedua
Apa yang ada di dalam Set Weight Gain Shaklee ni? 
Bagaimana Vitamin ini dapat membantu anda?

Meal Shakes  
-Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplement penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.

Vita-Lea
-Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

B-Complex
-Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan

Kita bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri kita, badan sihat..hati senang...bila hati senang...nak beribadah pun tiada alasan ;)

Hubungi saya


Wardah




Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget