[AJHT] Vitamin Sakit Lutut dan Sendi Shaklee

Pernah tak terjadi masalah lutut berbunyi? Tambah-tambah kalau naik tangga dan ketika rukuk dalam solat. Bukan makcik pakcik je ada masalah ni, muda-muda dan belum kawin pun ada masalah macam ini. Betul, dulu saya pun mengalami masalah yang sama, waktu nak rukuk dalam solat dan jika nak duduk dari berdiri, memang lutut kadangkala berbunyi...perasaan?? Malu juga, tapi alhamdulillah...sejak saya sendiri amalkan makan vitamin Shaklee jarang sekali dah kejadian lama berulang. ;) Shaklee ada Set Sendi, memang terbaik Set Sendi ni sebab gabungan ketiga-tiga vitamin (AJHT + Ostematrix + Omegaguard).




Sebenarnya ada 2 jenis rawan pada lutut :
  • rawan meniskus - penyerap kejutan antara bahagian atas tulang paha (femur) dan tulang besar di bawah kaki (tibia)
  • rawan artikular - berwarna putih bersinar yang menutupi hujung kebanyakan tulang. Ia memastikan tulang bergeseran tanpa rasa sakit. Tebalnya hanya beberapa milimeter saja. Rawan artikular berfungsi untuk meminimumkan tekanan apabila individu bergerak. Pada masa sama, ia turut berfungsi sebagai penyerap kejutan.
Rawan tidak memiliki bekalan darah (avaskular),sekiranya berlaku kerosakan rawan, ia tidak boleh pulih dengan cepat seperti mana kulit atau otot yang rosak. Selain sifat yang avaskular, rawan artikular juga tiada bekalan saraf (aneural).
Pada permulaan kecederaan pada rawan, anda tidak akan berasa sakit. Namun, apabila kecederaan itu semakin teruk atau rawan mula berlubang, ia akan menjejaskan pergerakan sendi. Namun, sendi juga akan mengalami masalah keradangan dan sakit.

Jika kecederaan itu besar, tulang di bawah rawan akan hilang perlindungan dan menyebabkan geseran. Tanpa rawatan, keadaan inilah pada akhirnya akan menjejaskan sendi.

Di antara simptom kerosakan rawan ialah :
  • lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutama jika rawan di belakang kepala lutut yang rosak.
  • sakit pada sendi
  • sendi bengkak
  • lutut terkunci (lock knee) - sendi lutut tidak boleh diluruskan
Antara penyebab utama masalah sendi dan rawan adalah osteoarthritis dan selalunya membabitkan golongan berusia. Sementara golongan muda biasanya mengalami kecederaan rawan kerana pembabitan dalam sukan.

Suplemen yang terbaik untuk anda yang mengalami masalah lutut berbunyi dan sakit lutut ialah AJHT.

Nak tahu lebih lanjut tentang AJHT ?
Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.

Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health

Ok, mari kita baca testi di bawah pula. ;)

Testimoni 1
Testimoni 2

Testimoni 3
Testimoni 4
Testimoni 5
 Testimoni 6
 Testimoni 7


 Testimoni 8

 Testimoni 9

Apa tunggu lagi, bulan ini promo AJHT...beli 6 percuma 1, kalau beli 1 pun dapat harga istimewa. Hadiahkan kepada ibu bapa kita mahupun untuk kegunaan kita sendiri ;)

Lagi Entri berkaitan masalah lutut
  1. Tiada lagi sakit pinggang dengan Ostematrix
  2. Sakit sendi punca kekurangan kalsium

Berminat? Hubungi saya ye.
Wardah
|019-3305476| wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/
https://www.facebook.com/messages/SupplementForAll




Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.
 

3 comments:

::NureeN:: said...

shaklee mmg nureen dok mkn...
bru 2 bln, mkn yg ostematrix :)
pastu utk anak2 meal shaker
utk mak yg performance apa ntah lupa nama penuh.. yg tau perasa oren tu

wahida said...

salam, tengs drop by my blog n drop ur comment, saya follow sini terus yer...

Unknown said...

hebat sungguh produk shaklee ni ye..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget