Selamat pulang ke kampung ;)

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan keampunan dariNya.

Ramai yang dah pulang ke kampung, buktinya jalan raya pun dah nampak semakin lengang. Saya berjaya mengambil masa tak sampai kurang 10 minit ke ofis, satu pencapaian baru tu hehe Kebanyakan dari kita mengambil kesempatan untuk pulang pada hujung minggu lepas, tambahan semua sekolah telah mula bercuti. Sekolah Asyraf je mula bercuti pada 7 Ogos 2013 dan akan dibuka semula pada 19 Ogos 2013.

Bila anda semua pulang ke kampung? InsyaAllah saya akan pulang ke kampung sebelah suami pada hari esok, tapi nak singgah Shaklee Wangsa Maju beli barang dulu. ;)

Ok, saya nak kongsi sedikit tips sebelum kita semua memulakan perjalanan jauh,
  1. Pastikan kereta anda telah diservis. Kalau lupa nak servis, jangan lupa cek minyak hitam, air, tayar kereta dan sebagainya.
  2. Buang sampah sebelum tinggalkan rumah, takur rumah berulat la pula kalau ada sampah-sampah basah hehe
  3. Bersihkan rumah sebelum keluar, yela nanti pulang semula ke rumah tak la penat sangat tengok rumah kemas dan teratur.
  4. Periksa dapur gas sebelum keluar dari rumah.
  5. Pastikan semua suis-suis elektrik telah dimatikan.
  6. Maklumkan kepada jiran dan polis, minta tolong tengokkan rumah anda.
  7. Hentikan sementara langganan majalah/surat khabar.
  8. Pastikan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan jauh.
  9. Rancang perjalanan anda!!
  10. Berdoa banyak-banyak, semoga semuanya selamat dan dipermudahkan..ameen ya rabb!!!
Apapun, jangan lupa masih ada berbaki 2 hari lagi ramadhan. Banyakkan berdoa dan beramal. Semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan sebelumnya ;)

Salam sayang buat semua ;)


Wardah
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget