Selamat Hari Lahir Hadif...!!

Alhamdulillah..1 April lepas merupakan hari lahir Hadif yang ke-3 tahun, cuma sambutan besar-besaran baru sahaja diadakan pada 12hb April lepas. Kenapa pilih 12hb? Merupakan hari lahir suami saya....jadi jimat kos, boleh sambut sesama. Kira 2 in 1. Kebetulan pula, mak dan ayah datang..jadi memang meriah la dapat berkumpul. Pantas sungguh masa berlalu, dah besar rupanya Hadif...!!
 

Menu hari tu, bihun sup, soto, sate, tat buah, kek, puding jagung. Kek dan tat buah untuk Hadif saya beli dengan kawan ofis. Sedap...memang selalu beli kek dengan dia. InsyaAllah tidak menghampakan. Paling tak sangka, pak long Hadif dan Asyraf pun buatkan kek red velvet sempena majlis hari tu. Tq Pak Long dan Mak Long.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget