Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Alhamdulillah sempat pulang ke Perak walaupun hanya balik satu malam. Yela, balik hujung minggu. Lepas ni nampaknya turn balik Pahang pula. Sementara ibu ayah masih ada menjadi kewajipan bagi kita sebagai anak untuk menziarahi mereka kan? Nanti mereka dah tiada, air mata darah pun dah tak berguna.
Ok, sempena balik kampung baru ni, 2 hero saya telah melepaskan rindu pada pokok cermai belanda. Alhamdulillah kali ni memang banyak buahnya. Ambil penuh bekas pun masih tak terluak. Bila saya pos gambar ke facebook, rupanya ramai yang tak tahu pokok apa dan minta tolong semaikan benih. Katanya lawa buah tu, merah dan mengancam.
Alamaklum sajalah, cermai yang warna kuning tu lagi popular dari cermai belanda ni...nama pun ada Belanda. Asal dari Belanda la kot. Tapi, nasi goreng USA tak pula asal dari USA..hihihi
Sedikit info mengenai pokok cermai belanda ni (rujukan sini)
CERMAI BELANDA (Eugenia uniflora Linn) merupakan sejenis pokok renek dari keluarga MYRTACEAE yang boleh tumbuh di negara kita yang menghasilkan Buah Cermai Merah atau dikenali sebagai Cermai Belanda. Kita di Malaysia lazim melihat cermai berwarna hijau kekuningan yang di makan segar atau di proses buat jeruk. Mungkin tidak ramai orang Malaysia kenal akan jenis cermai ini yang menghasilkan buah berwarna merah cantik apabila masak. Buah ini berasal natif dari Brazil dan dikenali juga sebagai Surinam Cherry, Cayene Cherry, Brazillian Cherry, Pitanga dan Nangapiri. Kajian saya mendapati sukar untuk mendapatkan maklumat keluasan tanaman Cermai Belanda di Malaysia dan mungkin cuma sekitar 5-10 hektar sahaja. Itu pun ditanam di Stesyen Pertanian, individu-individu atau yang tumbuh sendiri.
Buah cermai belanda adalah jenis berjuntai dimana mempunyai bentuk sama seperti cermai hijau tempatan dengan ukuran garispusat 1-4 cm dan mempunyai 7-8 bonjolan. Buah muda berwarna hijau akan bertukar kepada warna oren sebelum masak berwarna Merah Saga. Buah yang terlalu masak akan menjadi kehitaman dimana kulitnya sangat nipis. Pemerhatian saya terhadap buah ini di Stesyen Pertanian Tangkak dulu mendapati isi buah berwarna merah oren dengan banyak jus (berair) sama ada rasanya MANIS atau MASAM. Buah yang tidak cukup masak mempunyai rasa KELAT dan juga Masam. Kajian makmal menunjukkan setiap 100 gram cermai belanda mengandungi 85-90 gram air, Kabohiderat (8-12 gram), Protin (1 g), Serabut (0.5 g) dan Vitamin C sebanyak 20-30 mg (Banyak tu!...).
Laporan juga menunjukan bahagian daun cermai belanda mengandungi unsur TANIN iaitu kira-kira 20-28%. Daunnya juga mengandungi pati terdiri daripada asetat geranil, geraniol, cinoel, terpinen, politerpin, sesquesterpin dan juga sitronelal. Bahagian bijinya mengandungi banyak resin dan ianya adalah bersifat Toksik kepada manusia. Dari segi khasiat pemakanan buah yang masak boleh dimakan mentah, dibuat jem, jelly, halwa manisan atau diproses untuk dijadikan acar buah. Masa majlis kenduri kahwin dan makan nasi minyak sering dihidangkan acar buah yang mengandungi Cermai Belanda. Terdapat wain dan tapai yang dibuat dari buah ini di Brazil dengan proses penapaian. Dari segi perubatan pula buah cermai belanda jika direbus dulu dan airnya diminum sesuai untuk rawatan darah tinggi. Daun yang direbus dan airnya diminum mampu mengecutkan tisu serta sebagai tonik perut yang baik.
Antara khasiatnya pula (rujukan sini)
Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

sumber google

- mengubat Asma/lelah
- mencegah kanser
- melangsingkan badan
Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476
email : wardahmustapa@gmail.com
PM fb : SupplementForAll
Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya
No comments:
Post a Comment