Salam Rejab...Kemuliaannya dicemari Kepalsuan

Alhamdulillah..hari ini dah 1 Rejab. Lebih kurang 2 bulan atau lebih tepat 60 hari lagi kita akan berjumpa pula dengan bulan Ramadhan. Umat Islam di sunatkan berpuasa pada hari ini..tapi, jika tak berkesempatan hari ini, esok atau lusa pun tiada masalah. Nama pun puasa sunat kan?

Terdapat banyak hadis palsu mengenai kelebihan dan amalan di bulan Rejab ini. Jemput baca ye
i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.

iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir.
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.

v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya?  
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.

vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. 
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.

Rujukan sini.


Tahniah, bagi mereka yang berpuasa hari ini..selain dapat melatih diri untuk persiapan menyambut Ramadhan dan boleh juga diambil kesempatan untuk gantikan puasa wajib yang tertinggal Ramadhan lepas ;)

"Semoga kita bersama-sama diizinkanNya untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini". ameen

Apa itu DTX Complex Shaklee?

DTX Complex? Apa tu? DTXTM Complex mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok. Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.

MANFAAT DAN KHASIAT SHAKLEE DTX™ COMPLEX
1.Membantu tubuh dalam proses perkumuhan toksin.
2.Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.
3.Menolong aliran hempedu.
4.Menyokong keupayaan normal badan membuat protein yang membantu jana semula sel hati.
 
KESIHATAN HATI ANDA: AMALKAN DTX COMPLEX

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan.

Hati mempunyai pelbagai fungsi, antaranya:
1.Menyimpan glikogen, mensintesis pritien plasma, dan menyahtoksik dadah.
2.Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman.
3. Melaksanakan dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas.
4.Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.
5.Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
6.Mengawal atur metabolisme korbahidrat, lipid dan asid amino.
7.Menghasilkan protein-protien plasma tertentu seperti albumin.
8.Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
9.Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
10.Menguraikan molekul hemoglobin tua.
11.Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

Berikut adalah khasiat DTX Complex:
1.Menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat.
2.Mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu.
3.Membekalkan antioksidan yang menyahtoksikkan hati.
4.Melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
5.Mengandungi bahan ekstrak Schizandra, ekstrak Dandelion, ekstrak Cendawan Reishi, ekstrak kunyit dan ekstrak Articok.
6.Ektrak biji benih Pokok Susu Tisel membantu membuat protein yang membantu sel-sel hati tumbuh semula.
7.Mengandungi ramuan yang dapat membantu mengekalkan aliran hempedu.
8.Menawarkan bahan-bahan botani yang melindungi sel-sel hati.
9.Membantu badan mengeluarkan toksin.

Berikut adalah bukti saintifik:

Ekstrak biji Benih Pokok Susu Tisel - Penyelidikan menunjukkan herba ini menyokong keupayaan badan untuk mempuat protein yang membantu sel-sel hati tumbuh semula.
Silymarin - Ini komples bioflavonoid semulajadi dalam milk thistle mempunyai sifat antioksidan yang membantu mengekalkan integriti sel hati.
Chinensis Schizandra - Ini herba Cina mempunyai antioksidan yang menyokong sintesis ptotien untuk membaiki sel hati.
Dandelion -  Dikenali sebagai 'gigi singa'. Herba ini membantu mengekalkan aliran hempedu yang diperlukan untuk menghapuskan sebatian detoxified oleh hati.


TETAPI

DTX Complex tidak disarankan kepada wanita mengandung atau menyusu dan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun haruslah mendapatkan khidmat nasihat pakar kesihatan.

Harga : RM155.00 (90 biji)



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Selamat Hari Lahir Hadif...!!

Alhamdulillah..1 April lepas merupakan hari lahir Hadif yang ke-3 tahun, cuma sambutan besar-besaran baru sahaja diadakan pada 12hb April lepas. Kenapa pilih 12hb? Merupakan hari lahir suami saya....jadi jimat kos, boleh sambut sesama. Kira 2 in 1. Kebetulan pula, mak dan ayah datang..jadi memang meriah la dapat berkumpul. Pantas sungguh masa berlalu, dah besar rupanya Hadif...!!
 

Menu hari tu, bihun sup, soto, sate, tat buah, kek, puding jagung. Kek dan tat buah untuk Hadif saya beli dengan kawan ofis. Sedap...memang selalu beli kek dengan dia. InsyaAllah tidak menghampakan. Paling tak sangka, pak long Hadif dan Asyraf pun buatkan kek red velvet sempena majlis hari tu. Tq Pak Long dan Mak Long.

[Testimoni] 4 Tips Penting Untuk Kuruskan Badan

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih Ya Allah. InsyaAllah kali ini saya nak kongsikan testimoni Set Kurus Shaklee. Memang dah ramai yang kurus dengan Shaklee ni. Di samping ambil Set Kurus ni, ada 4 tips penting yang perlu diamalkan untuk kuruskan badan
  1. Makan vitamin ikut jadual yang betul!!
  2. Disiplin!!
  3. Usaha yang berterusan!!
  4. Jangan mudah putus asa!!
Perasan tak, semua saya letak tanda seruan hihihi bukannya apa, tips di atas memang penting jika kita nak berjaya. Nak tahu lebih lanjut sila baca testismoni dari Puan Dilla di bawah.

Apa yang Puan Dilla ambil? ESP + Alfalfa dan Lecithin. Berjaya turunkan berat sebanyak 13kg. Bulan ni Lecithin dan Cinch Promosi ye, rugi jika tak dapatkan :)

Jemput juga baca
  1. Beza ESP, Cinch dan Mealshakes
  2. Dari 80kg ke 52 kg dengan Set Kurus Shaklee


http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Cermai Belanda??

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Alhamdulillah sempat pulang ke Perak walaupun hanya balik satu malam. Yela, balik hujung minggu. Lepas ni nampaknya turn balik Pahang pula. Sementara ibu ayah masih ada menjadi kewajipan bagi kita sebagai anak untuk menziarahi mereka kan? Nanti mereka dah tiada, air mata darah pun dah tak berguna.

Ok, sempena balik kampung baru ni, 2 hero saya telah melepaskan rindu pada pokok cermai belanda. Alhamdulillah kali ni memang banyak buahnya. Ambil penuh bekas pun masih tak terluak. Bila saya pos gambar ke facebook, rupanya ramai yang tak tahu pokok apa dan minta tolong semaikan benih. Katanya lawa buah tu, merah dan mengancam.

Alamaklum sajalah, cermai yang warna kuning tu lagi popular dari cermai belanda ni...nama pun ada Belanda. Asal dari Belanda la kot. Tapi, nasi goreng USA tak pula asal dari USA..hihihi


Sedikit info mengenai pokok cermai belanda ni (rujukan sini)
CERMAI BELANDA (Eugenia uniflora Linn) merupakan sejenis pokok renek dari keluarga MYRTACEAE yang boleh tumbuh di negara kita yang menghasilkan Buah Cermai Merah atau dikenali sebagai Cermai Belanda. Kita di Malaysia lazim melihat cermai berwarna hijau kekuningan yang di makan segar atau di proses buat jeruk. Mungkin tidak ramai orang Malaysia kenal akan jenis cermai ini yang menghasilkan buah berwarna merah cantik apabila masak. Buah ini berasal natif dari Brazil dan dikenali juga sebagai Surinam Cherry, Cayene Cherry, Brazillian Cherry, Pitanga dan Nangapiri. Kajian saya mendapati sukar untuk mendapatkan maklumat keluasan tanaman Cermai Belanda di Malaysia dan mungkin cuma sekitar 5-10 hektar sahaja. Itu pun ditanam di Stesyen Pertanian, individu-individu atau yang tumbuh sendiri.

 sumber google
sumber google


Buah cermai belanda adalah jenis berjuntai dimana mempunyai bentuk sama seperti cermai hijau tempatan dengan ukuran garispusat 1-4 cm dan mempunyai 7-8 bonjolan. Buah muda berwarna hijau akan bertukar kepada warna oren sebelum masak berwarna Merah Saga. Buah yang terlalu masak akan menjadi kehitaman dimana kulitnya sangat nipis. Pemerhatian saya terhadap buah ini di Stesyen Pertanian Tangkak dulu mendapati isi buah berwarna merah oren dengan banyak jus (berair) sama ada rasanya MANIS atau MASAM.  Buah yang tidak cukup masak mempunyai rasa KELAT dan juga Masam. Kajian makmal menunjukkan setiap 100 gram cermai belanda mengandungi 85-90 gram air, Kabohiderat (8-12 gram), Protin (1 g), Serabut (0.5 g) dan Vitamin C sebanyak 20-30 mg (Banyak tu!...).

Laporan juga menunjukan bahagian daun cermai belanda mengandungi unsur TANIN iaitu kira-kira 20-28%. Daunnya juga mengandungi pati terdiri daripada asetat geranil, geraniol, cinoel, terpinen, politerpin, sesquesterpin dan juga sitronelal. Bahagian bijinya mengandungi banyak resin dan ianya adalah bersifat Toksik kepada manusia.  Dari segi khasiat pemakanan buah yang masak boleh dimakan mentah, dibuat jem, jelly, halwa manisan atau diproses untuk dijadikan acar buah. Masa majlis kenduri kahwin dan makan nasi minyak sering dihidangkan acar buah yang mengandungi Cermai Belanda. Terdapat wain dan tapai yang dibuat dari buah ini di Brazil dengan proses penapaian.  Dari segi perubatan pula buah cermai belanda jika direbus dulu dan airnya diminum sesuai untuk rawatan darah tinggi. Daun yang direbus dan airnya diminum mampu mengecutkan tisu serta sebagai tonik perut yang baik.

Antara khasiatnya pula (rujukan sini)
  1. mengubat Asma/lelah
  2. mencegah kanser
  3. melangsingkan badan
Tinggi juga kandungan di dalam buah ni. Untuk anda yang nak cantik boleh ambil ye, sebab ada Vitamin C. Tapi, kalau susah nak cari pokok dan buahnya, boleh ambil Vitamin C Shaklee je ;)



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Promosi April 2015!!!

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih Ya Allah. Berpeluang lagi untuk berjumpa dengan bulan April..bulan Jamadil Akhir! Wah, tak lama lagi dah nak puasa ni. Bagi yang masih ada hutang puasa ramadhan yang lepas, sempat lagi untuk anda gantikan. Apapun, jangan ambil remeh bab ganti-ganti puasa ni :D Berbalik semula tentang promosi bulan April ni, kali ini memang banyak promosi yang Shaklee buat. Nak tahu apa??
  1. DTX Complex Buy 4 at 3
  2. Vitalea For Children Buy 4 at 3
  3. Cinch Choclate Buy 4 at 3
  4. Cinch Cafe Latte Buy 4 at 3
  5. GLA Complex Buy 7 at 6
  6. Lecithin Buy 7 at 6
  7. GLA Complex Buy 2 Get 5% Off
  8. Lecithin  Buy 2 Get 5% Off
Untuk makluman anda mari saya senaraikan harga-harga produk di atas sekiranya di beli di luar waktu promosi

 * DTX Complex
Harga Pasaran RM164.30
Harga Promosi RM123.30

* Vitalea For Children
Harga Pasaran RM117.60
Harga Promosi RM88.30

* Cinch Choclate/Cafe Latte Shake Mix
Harga Pasaran RM183.36
Harga Promosi RM137.54



* GLA Complex
Harga Pasaran RM96.73
Harga Promosi RM82.90

* Lecithin
Harga Pasaran RM56.65
Harga Promosi RM47.67



Nota : Setiap harga yang tertera adalah harga untuk 1 botol.

Akhir kata, selamat hujung minggu dari saya ;)


http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget