Showing posts with label Testimoni Sendiri dan Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Testimoni Sendiri dan Keluarga. Show all posts

Aktiviti cuti sekolah Asyraf

Alhamdulillah segala pui bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah.. Cuti sekolah dah bermula, tetapi seperti biasa Asyraf tetap kena pergi sekolah. Sekolah dia tak tutup ke macam sekolah-sekolah lain? Eh, sekolah dia cuti juga, cuma saya hantar Asyraf ke Kem Klinik Al-Quran dan Asas Fardhu Ain (16-21 Mac). Sekurang-sekurangnya masa Asyraf terisi dan dimanfaatkan. Apa nak buat, ibu dan ayah bekerja, hujung minggu baru boleh bawa anak jalan-jalan.

Gambar di bawah di ambil pagi tadi, selepas sarapan bijiran + susu, saya berikan Asyraf 2 biji Vitalea for Child, 2 biji Chewable Vitamin C dan 1 biji Omegaguard.

Apapun, semoga masa anak-anak kita diisi sebaiknya masa cuti sekolah ini. ;) Bagi yang nak berikan suplemen pada anak-anak boleh hubungi saya

Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Vitalea For Child untuk Anak Demam

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. Lamanya tak mencoret jadi lupa nak mula dari mana. Ikutkan hati banyak sangat perkara yang saya nak cerita dan kongsikan. InsyaAllah kali ini saya nak cerita testimoni yang saya alami dan juga anak sulong saya Asyraf. Saya mengalami batuk dan selesema dan Asyraf demam pada hari Isnin yang lepas.

Sebagai ibu, saya memang jadi risau jika anak tidak aktif. Kerana pulang dari sekolah Asyraf kelihatan sangat tidak bermaya..badannya panas dan tiada selera makan. Tindakan segera saya ialah berikan Asyraf Vitalea for Children dan Chewable Vitamin C. Asyraf juga turut tidur awal pada malam berkenaan. Dan alhamdulillah sewaktu dikejutkan bangun pada waktu subuh hari Selasa, Asyraf dah sihat dan bersemangat untuk ke sekolah.

Jom ketahui peranan Vitalea for Children
Fakta ringkas Vita-Lea for Children Chewable Shaklee:

    - Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
    - Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
    - Memberi 100% nilai harian vitamin C
    - Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
    - Berasaskan phytonutrien semulajadi
    - Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
    - Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
    - Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri


Saya? Ok, saya mengalami selesema dan batuk pada hari Isnin lepas, saya mengambil Vitamin C sebagai penambah antibodi. Dan alhamdulillah sekarang selesema dan batuk sudah semakin kurang dan tidak rasa sakit kepala lagi. Jom kita tengok pula apa peranan vitamin C Shaklee

Kelebihan lain produk Vitamin C Shaklee

- Membantu meningkatkan sistem keimunan badan
- Membina kolagen untuk kulit yang sihat dan berseri
- Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi dan struktur am badan yang lain
- Antioksida yang bertindak melindungi sel dari serangan radikal-radikal bebas yang lain
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
- Membantu mengurangkan hormon tekanan
- Membantu masalah anemia




http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya


Bestnya ESP Shaklee...!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah di atas segalanya.Lamanya tak bersiaran, kena pulun kerja sebab tengah terlibat dengan projek yang perlu siap dalam masa sebulan. Memang tak menang tangan, siap bawa kerja balik rumah, bangun awal pagi, balik lewat dan macam-macam lagi semua sebab kena siapkan ikut masa yang ditetapkan. Sebelum mula buat kerja hujung minggu ni, saya nak kemas kini dulu blog yang bersawang ni. Sempena promosi ESP bulan oktober 2014, rugi sangat jika tak rebut memiliki ESP bulan ni. Tak percaya? Mari saya cerita, dengan pengiraan sekali.

Macam mana nak dapatkan Shaklee dengan untung berganda bulan Oktober ni? Buy 6 FREE 1!!

1 tong untuk mak ayah
1 tong untuk mak ayah mertua
1 tong untuk suami/isteri
1 tong untuk kawan baik isteri
1 tong untuk kawan baik suami
1 tong untuk kakak/abang
1 tong FREE untuk diri sendiri

Apa yang anda dapat?
- keahlian percuma RM65
- untung runcit yang berganda-ganda
- bernaung di bawah grup Jutawan Shaklee

Best sangat ke ESP Shaklee ni?
Jika tanya saya soalan ni, saya memang suka menjawab YE, SANGAT BEST...sebab saya seorang ibu yang bekerja, ibu yang masih menyusukan anak berusia 2 tahun 6 bulan, seorang isteri dan sebagainya. ESP memang sentiasa ada sebagai bekalan saya ke mana-mana.


Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Nak baca lebih lanjut tentang ESP? Dan nak baca banyak testimoni berkaitan ESP?



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Set Kanak-kanak Shaklee dan Keluarga Saya

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. Pagi tadi masa hantar Asyraf ke sekolah, disambut oleh kawan-kawannya di gril. Sementara menunggu cikgu mencari kunci, saya ternampak 2-3 orang kanak-kanak yang selesema, hingus bewarna hijau. Kemudian saya terfikir, patutlah penyakit berjangkit selalu terjadi di sekolah anak-anak kita. Saya pernah jumpa ibu yang setiap bulan mesti ambil cuti kerana anak tidak sihat. Yela, nak buat macam mana tanggungjawab ibu memang berat, tambahan jika anak kita tidak sihat kan?

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana anak-anak saya sangat jarang demam dan selesema. Kenapa? Alhamdulillah kerana antibodi Asyraf dan Hadif memang kuat, mungkin kerana faktor pemakanan makanan tambahan yang saya berikan kepada mereka. Jika tanya saya, saya biasanya berikan anak-anak MealShakes, Chewable Vit C seminggu 2-3 kali sahaja. Manakala Nutriferon pula, ketika perlu iaitu ketika tidak sihat. Lain-lain seperti Lecithin dan OmegaGuard pula, dalam seminggu 1-2 kali.

Ok, gambar di bawah di ambil ketika hujung minggu lepas kami sekeluarga ke Muzium Tentera Udara. Kemana dan dimana tu tak penting, yang penting masa berkualiti itu dihabiskan bersama ;)

Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Bulan ni promosi Buy 3 FREE 1 mealshakes, Buy 6 FREE 2 ye!!!



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, p

Merawat Chicken Pox dengan Shaklee

Salam Isnin semua...seronoknya cuti kan? Bestnya jadi cikgu!! Tang teringat cuti cikgu banyak ni...saya tiba-tiba rasa nak jadi cikgu pula!! Tapi, bila dengar komen kawan-kawan saya yang cikgu cakap kerja cikgu banyak sampai kena bawa balik rumah...rasanya lebih baik saya kerja sekarang!! :) Apapun, minggu lepas saya cuti seminggu..hehe tak pergi memana pun, cuma duduk rumah jaga anak kena chicken pox. Tak sangka sebenarnya si kecil tu nak kena chicken pox. Cuma, masa hari isnin tu...saya terasa lidah Hadif panas sewaktu menyusu (satu tips nak tahu anak anda demam ke tak..selain guna termometer)...dan memang meragam habis dia..tak boleh jauh dari saya. Saya berikan dia Nutriferon...dan alhamdulillah...demamnya kebah. Cuma, nampak ada bintik-bintik cecair pada tapak kaki, tangan, dan badan.

Nak tahu lebih info tentang chicken pox?

Ok, orang-orang tua kata jika nak ruam tu keluar cepat beri minum air kelapa, saya pun beri...anak-anak saya ni bijak..air kelapa memang tak nak. Jadi, saya buat macam coconut shake. Baru dia minum...cuma tak la banyak mana. Alhamdulillah memang keluar banyak sangat...paling teruk..tangan, dan kaki...dan di celah peha!!
rawat campak dengan shaklee

tips rawat demam campak

Sini saya nak kongsi, apa saya berikan pada anak saya selain Nutriferon.
  1. Beri air kelapa muda untuk cepat keluarkan ruam chicken pox tu.
  2. Sapukan bedak sejuk (tapi sebab bedak sejuk tiada..dengan jayanya saya buh air pada bedak tepung jagung Johnson tu)
  3. Waktu mandi..saya mandikan dengan Basic H.
  4. Sapukan krim Herbal Blend.
  5. Campurkan susu dengan Mealshakes Shaklee.
  6. Sebelum tidur malam saya berikan 1 biji OmegaGuard Shaklee.
  7. Hari Khamis kakak saya datang bawa daun mambu dan bedak sejuk, saya blend daun tu tapis ambil air dan sapu kepada ruam Hadif. Memang cepat kering dan kurang gatal.
Alhamdulillah..Hadif dah sihat..terima kasih ya Allah. Ibu pun boleh pergi kerja macam biasa.
http://supplementforall.blogspot.com/2014/03/jana-pendapatan-dengan-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Masalah Yang Melanda Wanita Ketika Haid: Kitaran Haid dan Fungsi

Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid.

Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid  bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.

Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.

Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah di antara 60 hingga 200 ml.

Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.

Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan wanita. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh wanita tersebut. Mereka yang mengalami masalah tersebut yang berkunjung ke kedai farmasi akan ditemubual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada wanita berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temubual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan produk atau ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.

Abnormal semasa haid dan cara mengatasi     

Tidak semua wanita yang akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah. Adalah dianggarkan seramai 10 peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik. Sesetengah wanita mempunyai masalah seperti berikut:

    1. Dismenorea

Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.

Sebelum menyarankan kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus mengenalpasti masa bermulanya sakit berhubung dengan haid tersebut. Sakit akibat dismenorea primer berlaku sebelum atau semasa dua hari pertama haid. Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih teruk, ia mungkin diakibatkan oleh masalah yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor pakar.

    2. Menoragia

Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.

    3. Amenorea

Merupakan masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor. Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus.

    4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid

Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi. Jika masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.

    5. Sindrom prahaid

Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon. Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di antara gejala yang sering dialami ialah:
  •  Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.
  • Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan
  • Payu dara - ketegangan, bengkak
  • Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula
  • Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)
  • Kurang kencing
  • Kulit berjerawat

 Kenalpasti Sindrom     

Kebanyakan wanita yang menggunakan produk farmaseutikal atau ubat tanpa nasihat doktor dan dengan kata lain mengamalkan swa-pengubatan adalah wanita-wanita yang sihat dan mengalami gejala-gejala sindrom prahaid seperti sakit kepala, pengumpulan cecair atau kekejangan pada bahagian abdomen. Produk atau ubat yang berkaitan dengan masalah tersebut boleh didapati di kedai farmasi dengan nasihat ahli farmasi. Adalah penting untuk mendapatkan ubat yang biasa diambil tanpa memberikan kesan samping serta mujarab. Namun, ahli farmasi mesti mengenalpasti gejala yang dialami semasa kitaran haid yang lalu dan bukannya gejala akibat penyakit yang lebih serius dan memerlukan permerhatian doktor pakar sakit puan (obstretrik dan ginaekologi). 

Wanita harus berwaspada terhadap gejala yang boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera. Di antara masalah yang memerlukan pemerhatian doktor pakar dengan segera ialah pendarahan yang teruk, tidak datang haid, discaj yang tidak normal daripada bahagian vagina, kesakitan yang amat  sangat sebelum dan semasa haid, kesakitan ketika melakukan hubungan seksual, ketumbuhan pada bahagian payu dara atau dicaj yang tidak normal daripada bahagian puting payu dara

Kredit : Sini

Dua bulan lepas saya mengalami sakit kepala yang serius sebelum kedatangan haid dan hampir pitam...Allah sahaja yang tahu macam mana saya rasa masa tu. Selepas kali kedua (dibulan kedua) saya masih sakit kepala, saya mula ambil 1 biji GLA Complex sebelum tidur. Walaupun memang dah tahu sebelum ni bahawa GLA memang elok untuk wanita.

Alhamdulillah...dengan izin Allah saya dah tak sakit kepala, sakit pinggang sebelum haid. Memang bagus GLA ni untuk wanita!!

Apa itu GLA?
GLA complex merupakan kombinasi minyak borage, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Ia digunakan secara tradisional bagi mengurangkan kesakitan ketika haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda2 menopous.

GLA Complex daripada Shaklee dihasilkan daripada borage dan mengandungi lebih 2x ganda GLA jika dibandingkan dengan EPO. Ia merupakan smber terbaik untuk Omega-6 dan gabungan minyak sunflower dan vitamin E meningkatkan lagi keberkesanannya. Borage juga adalah 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan dari EPO.

Kajian di University of Maryland Medical Center menunjukkan GLA mampu:

1. mengurangkan kesakitan untuk pesakit yang mengidap diabetic neuropathy
2. mengurangkan kesakitan sendi akibat rheumatoid arthritis (dalam masa 3 bulan)
3. membantu individu yang mempunyai ADHD dan autisma. Ini kerana individu yang mempunyai ADHD dan autism mempunyai kadar EFA (omega 3 and 6) yang rendah. EFA diperlukan untuk fungsi otak yang optimum.
4. membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
5. mengurangkan tahap bone loss dan membantu mencegah osteoporosis

Selain itu, GLA juga berfungsi untuk:

6. menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yg meningkatkan sistem imun tubuh , menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
7.memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
8. melambatkan menopouse - memperbaiki keadaan menopouse spt hot flashes, insomnia, ketidakhadaman.
9. mengawalselia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi dan kesakitan payudara

Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.


Sila hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

ESP Shaklee...Tahan berapa lama?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah.

ESP...siapa yang tak tahu dan baru tahu, ESP ni merupakan produk paling hot Shaklee. Kenapa? Sebab ESP ni sesuai untuk digandingkan dengan apa jua set dalam Shaklee ni. Nak cantik...ibu menyusu...nak diet...macam-macam lagi lah, paling penting nak sihat mesti la ada ESP ni kat rumah. InsyaAllah, untuk ke arah kesihatan yang semulajadi...ESP adalah produk paling best dan paling meletop!! Tak percaya? Tak sampai beberapa bulan saya bersama dengan Shaklee, pernah ESP sold out...sampaikan semua orang pening kepala, yela..sambutan untuk ESP sentiasa ada dan amat memberangsangkan.

Cerita pasal ESP ni, memang takkan habis. Seperti biasa saya tetap nak kongsi juga kenapa dikatakan ESP ni best. Dari persepsi saya seorang pelanggan dan pengedar Shaklee. Lepas tu, soalan yang biasa kita dengar berapa lama 1 canister ESP ni boleh bertahan. Tu memang biasa, sebagai pengguna memang kita nak tahu semua tu betul tak? Apapun, jom baca apa yang best tentang ESP ni.
  1. ESP berjaya memekatkan susu badan saya. 
    • Ni memang best, minum je ESP...alhamdulillah Hadif menyusu tak lama dan cepat kenyang? Kenapa? sebab ESP ni memekatkan susu.
  2. ESP memberi tenaga kepada saya sepanjang hari
    • Sebelum sarapan saya mesti ambil ESP, dan alhamdulillah sejak kenal dengan ESP ni saya memang tak mengantuk waktu siang.
  3. ESP menghilangkan parut-parut lama saya.
    • walaupun takde la parut apa sangat pun kan? tapi, macam biasa...sebagai manusia mesti la ada juga parut-parut lama macam jerawat ke, chicken pox ke, dan macam-macam lagi. Alhamdulillah parut dah makin pudar. Ye!!
Ok, mari kita lihat pula kelebihan ESP ni

ESP ni berbentuk serbuk dan perlu dibancuh, boleh dibancuh dengan apa sahaja. Nak tahu resepi klik sini. Saya lebih suka bancuh dengan air masak/suam sahaja. Sebab, dapat rasa ketulenan ESP, memang best...!! Siap kalau dengar je bunyi shake di dapur dua orang hero kecil saya akan berlari ke dapur...'ibu nakkk!!'

Berapa lama 1 canister (850g) ni boleh tahan? Jika anda seorang, dan hanya mengambil 1 sudu sehari boleh tahan dalam 2-3 bulan. Tapi, jika macam saya berdua (saya dan suami), lebih kurang sebulan juga tahan ESP ni. 

Jadi amat berbaloi, anda hanya berbelanja tak sampai RM50 sebulan untuk kesihatan yang optimum. Tapi, kalau nak harga yang super duper jimat boleh hubungi saya. InsyaAllah saya akan berikan harga istimewa kepada anda. Yang lagi best, dapat free gift!! ;)

ESP ni pun banyak testimoni. Yela, tak lengkap jika tanpa testimoni kan?

Lagi Entri berkaitan dengan ESP Shaklee
  1. ESP sebagai milk booster
  2. Turun 20kg dengan ESP
  3. Kulit semakin cantik selepas ambil ESP
  4. Resepi ESP yang patut anda cuba
  5. Beza ESP dengan soya lain

Hubungi saya

Wardah




Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya. 

[Testimoni] Nutriferon Shaklee Terbaik...penawar sakit tekak..

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah di atas segalanya.

Semenjak dua menjak ni, cuaca sekeliling kita memang tak menentu. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Eh, macam lagu pulak. ;)

Disebabkan cuaca yang tak menentu ini, kesihatan kita pun kadang-kadang ada naik dan turunnya. Tak payah cerita jauh-jauh, keluarga kecil saya pun diuji dengan nikmat sakit oleh Allah. Mulanya, dua hero saya diuji demam, saya ada cerita kat sini. Kemudian, teman serumah (suami saya) saya pula demam!! Dan akhirnya, minggu lepas...saya orang terakhir yang diuji oleh Allah dalam keluarga kecil saya tu. Saya kena tonsil. Bengkak dan menyakitkan!!

Alhamdulillah, saya telah mengambil Nutriferon Shaklee sebagai penyelesaian.
Macam mana rupa nutriferon tu? Ok tengok pic bawah :)

Hari pertama mengambil, saya mendapat insomnia. Malam kedua juga begitu. Rupanya saya mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan. Dan alhamdulillah hari ke-3 saya sudah sihat. Biasanya kalau kita ke klinik mesti doktor akan berikan antibiotik kan? Maklumlah tekak dah kena jangkitan, tetapi dengan Nutriferon Shaklee nak tahu apa manfaat utama kita akan dapat?
  1. Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari 
    • satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian menunjukkan bahawab interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells dan makrofag.
  2. Melawan kanser dan tumor. 
    • Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktif immunoglobin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu-waktu kemoterapi.
  3. Melindungi influenza
  4. Meringankan stress dan kelesuan
  5. Melambatkan penuaan 
    • Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Jadi, sel-sel akan menjadi lebih kuat.
  6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B dan C
    • Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit Hepatitis B & C.
  7. Mempertingkatkan Menopaus 
    • Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopau akan menjadi lebih baik.
  8. Mempertingkatkan PMS 
    • Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.
Hubungi saya


Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/
https://www.facebook.com/SupplementForAll


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.

[Testimoni] ESP Shaklee...sebagai milk booster

ESP merupakan produk paling laris Shaklee, pernah baru-baru ni habis stok...semua orang kelam kabut juga dibuatnya. ESP ni adalah produk wajib ada di rumah saya, setakat ni alhamdulillah sentiasa ada stok.

Kenapa? Sebab saya ibu bekerja yang juga melakukan kerja rumah seperti menjaga anak, memasak, melipat kain, mengemas dan sebagainya. Yang paling utama ialah saya ibu menyusu. Anak saya baru berumur 17 bulan, anak sulong saya berjaya susukan lebih 3 tahun. ESP memberi saya lebih tenaga, susu yang banyak dan pekat.

Tak percaya, meh baca testimoni di bawah.

Selain sebagai milk booster ESP juga membantu dalam merawat kulit, cuba baca testimoni di bawah.

Macam mana ESP membantu?


ESP adalah minuman soya yang membekalkan protien. Protien adalah makanan yang penting untuk tubuh kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protien seperti tulang, kulit, rambut, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protien untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.

Menarik tentang ESP adalah:

- ESP ni adalah sember protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.

- ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.

- ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.

- ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.

- ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru,

- ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.


- ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.

Hubungi saya 
Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/
https://www.facebook.com/SupplementForAll


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget