Renungan bersama...hargai kehidupan kita ;)

STEVE JOBS pemilik IT APPLE Co. 
Kekayaan bersih USD 10.5 Billion atau setara RM 46 Billion. Meninggal pada 5  Oktober 2011. 
Beliau lahir 24 Februari 1955. 
Tamat usia pada usia 56 tahun.

Kata2 terakhir Steve Job sebelum meninggal :

Dalam dunia business, 
aku adalah simbol dari kejayaan, 
seakan-akan harta dan diriku tiada pemisahan, 
karana selain kerja,
hobiku tak banyak.

Saat ini aku berbaring di hospital, merenungi jalan kehidupanku, kekayaan, 
nama, 
dan kedudukan,
semuanya itu tidak ada ertinya lagi.

Malam yang hening,
cahaya dan suara mesin di sekitar katilku,
bagaikan nafasnya maut kematian yang hampir pada diriku.

Sekarang aku mengerti, 
seseorang hanya patut memiliki harta secukupnya untuk digunakan dirinya saja itu sudah cukup. 
Mengejar kekayaan tanpa batas itu bagaikan monster yang mengerikan.

Tuhan memberi kita organ-organ perasa,
agar kita boleh merasakan cinta kasih yang terpendam dalam hati kita yang paling dalam. 
Tetapi bukan kegembiraan yang datang dari kehidupan yang mewah — itu hanya ilusi saja.

Harta kekayaan yang aku perolehi semasa aku hidup, 
tak mungkin boleh ku bawa pergi. 
Yang aku boleh bawa adalah kasih yang murni yang selama ini terpendam dalam hatiku. 
Hanya cinta kasih itulah yang mampu memberiku kekuatan dan ketenangan.

Katil apa yang termahal di dunia ini ?
Katil orang sakit. Orang lain boleh bukakan kereta untukmu, 
orang lain boleh kerja untukmu, 
tapi tidak ada orang boleh menggantikan sakitmu. 
Barang yang hilang boleh didapatkan kembali, 
tapi nyawa hilang tak boleh kembali lagi.
Saat kamu masuk ke bilik bedah, 
kamu baru sadari bahawa kesihatan itu betapa berharganya.

Kita berjalan di jalan kehidupan ini. 
Dengan berlalunya waktu, 
suatu saat akan sampai tujuan. 
Bagaikan panggung pentas pun, 
tirai panggung akan tertutup, 
pentas telah berakhir.

Yang patut kita hargai dan sayangkan adalah hubungan kasih antara keluarga, 
cinta akan suami-istri dan juga kasih persahabatan antara teman.

HARGAI SETIAP DETIK DALAM KEHIDUPAN KITA, 
ISI HIDUP KITA DENGAN PERKARA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DI BELI DENGAN WANG RINGGIT.



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Promosi Mei 2015

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah di atas segalanya. Bulan lepas promosi Cinch, Lecithin, bulan ni pula promosi OmegaGuard dan Phytocol.



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Salam Rejab...Kemuliaannya dicemari Kepalsuan

Alhamdulillah..hari ini dah 1 Rejab. Lebih kurang 2 bulan atau lebih tepat 60 hari lagi kita akan berjumpa pula dengan bulan Ramadhan. Umat Islam di sunatkan berpuasa pada hari ini..tapi, jika tak berkesempatan hari ini, esok atau lusa pun tiada masalah. Nama pun puasa sunat kan?

Terdapat banyak hadis palsu mengenai kelebihan dan amalan di bulan Rejab ini. Jemput baca ye
i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.

iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir.
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.

v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya?  
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.

vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. 
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.

Rujukan sini.


Tahniah, bagi mereka yang berpuasa hari ini..selain dapat melatih diri untuk persiapan menyambut Ramadhan dan boleh juga diambil kesempatan untuk gantikan puasa wajib yang tertinggal Ramadhan lepas ;)

"Semoga kita bersama-sama diizinkanNya untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini". ameen

Apa itu DTX Complex Shaklee?

DTX Complex? Apa tu? DTXTM Complex mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok. Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.

MANFAAT DAN KHASIAT SHAKLEE DTX™ COMPLEX
1.Membantu tubuh dalam proses perkumuhan toksin.
2.Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.
3.Menolong aliran hempedu.
4.Menyokong keupayaan normal badan membuat protein yang membantu jana semula sel hati.
 
KESIHATAN HATI ANDA: AMALKAN DTX COMPLEX

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan.

Hati mempunyai pelbagai fungsi, antaranya:
1.Menyimpan glikogen, mensintesis pritien plasma, dan menyahtoksik dadah.
2.Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman.
3. Melaksanakan dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas.
4.Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.
5.Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
6.Mengawal atur metabolisme korbahidrat, lipid dan asid amino.
7.Menghasilkan protein-protien plasma tertentu seperti albumin.
8.Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
9.Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
10.Menguraikan molekul hemoglobin tua.
11.Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

Berikut adalah khasiat DTX Complex:
1.Menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat.
2.Mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu.
3.Membekalkan antioksidan yang menyahtoksikkan hati.
4.Melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
5.Mengandungi bahan ekstrak Schizandra, ekstrak Dandelion, ekstrak Cendawan Reishi, ekstrak kunyit dan ekstrak Articok.
6.Ektrak biji benih Pokok Susu Tisel membantu membuat protein yang membantu sel-sel hati tumbuh semula.
7.Mengandungi ramuan yang dapat membantu mengekalkan aliran hempedu.
8.Menawarkan bahan-bahan botani yang melindungi sel-sel hati.
9.Membantu badan mengeluarkan toksin.

Berikut adalah bukti saintifik:

Ekstrak biji Benih Pokok Susu Tisel - Penyelidikan menunjukkan herba ini menyokong keupayaan badan untuk mempuat protein yang membantu sel-sel hati tumbuh semula.
Silymarin - Ini komples bioflavonoid semulajadi dalam milk thistle mempunyai sifat antioksidan yang membantu mengekalkan integriti sel hati.
Chinensis Schizandra - Ini herba Cina mempunyai antioksidan yang menyokong sintesis ptotien untuk membaiki sel hati.
Dandelion -  Dikenali sebagai 'gigi singa'. Herba ini membantu mengekalkan aliran hempedu yang diperlukan untuk menghapuskan sebatian detoxified oleh hati.


TETAPI

DTX Complex tidak disarankan kepada wanita mengandung atau menyusu dan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun haruslah mendapatkan khidmat nasihat pakar kesihatan.

Harga : RM155.00 (90 biji)



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Selamat Hari Lahir Hadif...!!

Alhamdulillah..1 April lepas merupakan hari lahir Hadif yang ke-3 tahun, cuma sambutan besar-besaran baru sahaja diadakan pada 12hb April lepas. Kenapa pilih 12hb? Merupakan hari lahir suami saya....jadi jimat kos, boleh sambut sesama. Kira 2 in 1. Kebetulan pula, mak dan ayah datang..jadi memang meriah la dapat berkumpul. Pantas sungguh masa berlalu, dah besar rupanya Hadif...!!
 

Menu hari tu, bihun sup, soto, sate, tat buah, kek, puding jagung. Kek dan tat buah untuk Hadif saya beli dengan kawan ofis. Sedap...memang selalu beli kek dengan dia. InsyaAllah tidak menghampakan. Paling tak sangka, pak long Hadif dan Asyraf pun buatkan kek red velvet sempena majlis hari tu. Tq Pak Long dan Mak Long.

[Testimoni] 4 Tips Penting Untuk Kuruskan Badan

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih Ya Allah. InsyaAllah kali ini saya nak kongsikan testimoni Set Kurus Shaklee. Memang dah ramai yang kurus dengan Shaklee ni. Di samping ambil Set Kurus ni, ada 4 tips penting yang perlu diamalkan untuk kuruskan badan
  1. Makan vitamin ikut jadual yang betul!!
  2. Disiplin!!
  3. Usaha yang berterusan!!
  4. Jangan mudah putus asa!!
Perasan tak, semua saya letak tanda seruan hihihi bukannya apa, tips di atas memang penting jika kita nak berjaya. Nak tahu lebih lanjut sila baca testismoni dari Puan Dilla di bawah.

Apa yang Puan Dilla ambil? ESP + Alfalfa dan Lecithin. Berjaya turunkan berat sebanyak 13kg. Bulan ni Lecithin dan Cinch Promosi ye, rugi jika tak dapatkan :)

Jemput juga baca
  1. Beza ESP, Cinch dan Mealshakes
  2. Dari 80kg ke 52 kg dengan Set Kurus Shaklee


http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Cermai Belanda??

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Alhamdulillah sempat pulang ke Perak walaupun hanya balik satu malam. Yela, balik hujung minggu. Lepas ni nampaknya turn balik Pahang pula. Sementara ibu ayah masih ada menjadi kewajipan bagi kita sebagai anak untuk menziarahi mereka kan? Nanti mereka dah tiada, air mata darah pun dah tak berguna.

Ok, sempena balik kampung baru ni, 2 hero saya telah melepaskan rindu pada pokok cermai belanda. Alhamdulillah kali ni memang banyak buahnya. Ambil penuh bekas pun masih tak terluak. Bila saya pos gambar ke facebook, rupanya ramai yang tak tahu pokok apa dan minta tolong semaikan benih. Katanya lawa buah tu, merah dan mengancam.

Alamaklum sajalah, cermai yang warna kuning tu lagi popular dari cermai belanda ni...nama pun ada Belanda. Asal dari Belanda la kot. Tapi, nasi goreng USA tak pula asal dari USA..hihihi


Sedikit info mengenai pokok cermai belanda ni (rujukan sini)
CERMAI BELANDA (Eugenia uniflora Linn) merupakan sejenis pokok renek dari keluarga MYRTACEAE yang boleh tumbuh di negara kita yang menghasilkan Buah Cermai Merah atau dikenali sebagai Cermai Belanda. Kita di Malaysia lazim melihat cermai berwarna hijau kekuningan yang di makan segar atau di proses buat jeruk. Mungkin tidak ramai orang Malaysia kenal akan jenis cermai ini yang menghasilkan buah berwarna merah cantik apabila masak. Buah ini berasal natif dari Brazil dan dikenali juga sebagai Surinam Cherry, Cayene Cherry, Brazillian Cherry, Pitanga dan Nangapiri. Kajian saya mendapati sukar untuk mendapatkan maklumat keluasan tanaman Cermai Belanda di Malaysia dan mungkin cuma sekitar 5-10 hektar sahaja. Itu pun ditanam di Stesyen Pertanian, individu-individu atau yang tumbuh sendiri.

 sumber google
sumber google


Buah cermai belanda adalah jenis berjuntai dimana mempunyai bentuk sama seperti cermai hijau tempatan dengan ukuran garispusat 1-4 cm dan mempunyai 7-8 bonjolan. Buah muda berwarna hijau akan bertukar kepada warna oren sebelum masak berwarna Merah Saga. Buah yang terlalu masak akan menjadi kehitaman dimana kulitnya sangat nipis. Pemerhatian saya terhadap buah ini di Stesyen Pertanian Tangkak dulu mendapati isi buah berwarna merah oren dengan banyak jus (berair) sama ada rasanya MANIS atau MASAM.  Buah yang tidak cukup masak mempunyai rasa KELAT dan juga Masam. Kajian makmal menunjukkan setiap 100 gram cermai belanda mengandungi 85-90 gram air, Kabohiderat (8-12 gram), Protin (1 g), Serabut (0.5 g) dan Vitamin C sebanyak 20-30 mg (Banyak tu!...).

Laporan juga menunjukan bahagian daun cermai belanda mengandungi unsur TANIN iaitu kira-kira 20-28%. Daunnya juga mengandungi pati terdiri daripada asetat geranil, geraniol, cinoel, terpinen, politerpin, sesquesterpin dan juga sitronelal. Bahagian bijinya mengandungi banyak resin dan ianya adalah bersifat Toksik kepada manusia.  Dari segi khasiat pemakanan buah yang masak boleh dimakan mentah, dibuat jem, jelly, halwa manisan atau diproses untuk dijadikan acar buah. Masa majlis kenduri kahwin dan makan nasi minyak sering dihidangkan acar buah yang mengandungi Cermai Belanda. Terdapat wain dan tapai yang dibuat dari buah ini di Brazil dengan proses penapaian.  Dari segi perubatan pula buah cermai belanda jika direbus dulu dan airnya diminum sesuai untuk rawatan darah tinggi. Daun yang direbus dan airnya diminum mampu mengecutkan tisu serta sebagai tonik perut yang baik.

Antara khasiatnya pula (rujukan sini)
  1. mengubat Asma/lelah
  2. mencegah kanser
  3. melangsingkan badan
Tinggi juga kandungan di dalam buah ni. Untuk anda yang nak cantik boleh ambil ye, sebab ada Vitamin C. Tapi, kalau susah nak cari pokok dan buahnya, boleh ambil Vitamin C Shaklee je ;)



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Promosi April 2015!!!

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih Ya Allah. Berpeluang lagi untuk berjumpa dengan bulan April..bulan Jamadil Akhir! Wah, tak lama lagi dah nak puasa ni. Bagi yang masih ada hutang puasa ramadhan yang lepas, sempat lagi untuk anda gantikan. Apapun, jangan ambil remeh bab ganti-ganti puasa ni :D Berbalik semula tentang promosi bulan April ni, kali ini memang banyak promosi yang Shaklee buat. Nak tahu apa??
  1. DTX Complex Buy 4 at 3
  2. Vitalea For Children Buy 4 at 3
  3. Cinch Choclate Buy 4 at 3
  4. Cinch Cafe Latte Buy 4 at 3
  5. GLA Complex Buy 7 at 6
  6. Lecithin Buy 7 at 6
  7. GLA Complex Buy 2 Get 5% Off
  8. Lecithin  Buy 2 Get 5% Off
Untuk makluman anda mari saya senaraikan harga-harga produk di atas sekiranya di beli di luar waktu promosi

 * DTX Complex
Harga Pasaran RM164.30
Harga Promosi RM123.30

* Vitalea For Children
Harga Pasaran RM117.60
Harga Promosi RM88.30

* Cinch Choclate/Cafe Latte Shake Mix
Harga Pasaran RM183.36
Harga Promosi RM137.54



* GLA Complex
Harga Pasaran RM96.73
Harga Promosi RM82.90

* Lecithin
Harga Pasaran RM56.65
Harga Promosi RM47.67



Nota : Setiap harga yang tertera adalah harga untuk 1 botol.

Akhir kata, selamat hujung minggu dari saya ;)


http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Aktiviti cuti sekolah Asyraf

Alhamdulillah segala pui bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah.. Cuti sekolah dah bermula, tetapi seperti biasa Asyraf tetap kena pergi sekolah. Sekolah dia tak tutup ke macam sekolah-sekolah lain? Eh, sekolah dia cuti juga, cuma saya hantar Asyraf ke Kem Klinik Al-Quran dan Asas Fardhu Ain (16-21 Mac). Sekurang-sekurangnya masa Asyraf terisi dan dimanfaatkan. Apa nak buat, ibu dan ayah bekerja, hujung minggu baru boleh bawa anak jalan-jalan.

Gambar di bawah di ambil pagi tadi, selepas sarapan bijiran + susu, saya berikan Asyraf 2 biji Vitalea for Child, 2 biji Chewable Vitamin C dan 1 biji Omegaguard.

Apapun, semoga masa anak-anak kita diisi sebaiknya masa cuti sekolah ini. ;) Bagi yang nak berikan suplemen pada anak-anak boleh hubungi saya

Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Krisis Penyembuhan Shaklee..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah..insyaAllah kali ni saya nak cerita mengenai krisis penyembuhan atau lebih dikenali juga sebagai healing crisis.

Apalah agaknya ye? Saya pernah post mengenai healing crisis ni dulu.

Kes 1 : Kulit menjadi semakin gatal setelah ambil Set Hamil.

Kes 2 : Jerawat semakin banyak keluar setelah ambil Vitamin E.

Kes 3 : Keluar peluh yang banyak dan agak berbau.

Kes 4 : Rasa pening.

Kes 5 : Dan sebagainya.

Boleh tengok rajah di bawah ye.

Secara peribadi saya nasihatkan supaya anda teruskan makan suplemen dan pastikan minum air masak yang secukupnya. Berapa? Ikut berat kita, jika berat 50kg, ambil 2 liter air. 1 liter untuk setiap 25kg. InsyaAllah, segalanya akan kembali seperti sediakala. ;)

Akhir kata, selamat hujung minggu dari saya ;)


http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau..

Salam Jumaat semua...alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. Perasan tak sekarang ni cuaca panas melampau?? Kalau berjalan di kawasan terbuka..memang rasa semacam je bahang nya. Di dalam rumah pun macam tu, panas semacam. Macam mana lah agaknya orang yang kerja di tengah panas tu?

Ikut jangkaannya cuaca panas akan berterusan sehingga awal bulan April ni. Dalam Utusan Online 21 Feb lepas ada keluar artikel.
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan. “Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat. “Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa. Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut. “Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas. “Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya. Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua. “Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku. “Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya
Jadi apa kita nak buat? Minum banyak air suam atau air masak, untuk elakkan dehidrasi. Boleh juga ambil Performance Drink Shaklee.

Saya juga bekalkan air Performance Drink untuk Asyraf di bawa ke sekolah selain buat minuman harian di rumah. Jom kita tengok baca kelebihan PD ni..

Manfaat Dan Khasiat Performance® Maximum Shaklee
1. Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
2. Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.
3. Mencegah Penyahhidratan - Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
4. Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.                        
5. Mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehidrasi (kehilangan air dalam badan) terutama jika anda tidak mampu mengambil 3L air sehari.                              
6. Mengekalkan imbangan cecair tubuh dan eletronik bagi mengelakkan penyahidratan.                7. Membekalkan 3 jenis karbohidrat untuk tubuh, tenaga dan stamina berpanjangan.              
8. Membantu tubuh menjaga kestabilan bendalir dalam tubuh agar tidak kekeringan. Kurangnya bendalir dalam tubuh boleh menyebabkan kelesuan, lemah, tidak bertenaga dan susu merudum.                        
9. Mengandungi ‘opticarb’  iaitu formula karbohidrat unik Shaklee yang membekalkan tenaga serta-merta. Opticarb juga memberikan tenaga berterusan kepada badan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
10. Membekalkan tenaga berpanjangan kepada tubuh dan menjadikan anda cergas dan bertenaga sepanjang hari.  
11. Membuatkan anda rasa kenyang lebih lama dan mengelakkan badan  dari kehilangan banyak air.




http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Promosi Mac 2015

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah..terima kasih ya Allah atas segalanya. InsyaAllah hari ini saya nak maklumkan promosi sempena bulan Mac 2015 ini.



Boleh juga tengok
  1. Resepi dan cara bancuh ESP
  2. Beza ESP, Meal Shakes dan Cinch
  3. ESP boleh hilangkan strechmark??



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Vitalea For Child untuk Anak Demam

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. Lamanya tak mencoret jadi lupa nak mula dari mana. Ikutkan hati banyak sangat perkara yang saya nak cerita dan kongsikan. InsyaAllah kali ini saya nak cerita testimoni yang saya alami dan juga anak sulong saya Asyraf. Saya mengalami batuk dan selesema dan Asyraf demam pada hari Isnin yang lepas.

Sebagai ibu, saya memang jadi risau jika anak tidak aktif. Kerana pulang dari sekolah Asyraf kelihatan sangat tidak bermaya..badannya panas dan tiada selera makan. Tindakan segera saya ialah berikan Asyraf Vitalea for Children dan Chewable Vitamin C. Asyraf juga turut tidur awal pada malam berkenaan. Dan alhamdulillah sewaktu dikejutkan bangun pada waktu subuh hari Selasa, Asyraf dah sihat dan bersemangat untuk ke sekolah.

Jom ketahui peranan Vitalea for Children
Fakta ringkas Vita-Lea for Children Chewable Shaklee:

    - Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
    - Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
    - Memberi 100% nilai harian vitamin C
    - Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
    - Berasaskan phytonutrien semulajadi
    - Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
    - Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
    - Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri


Saya? Ok, saya mengalami selesema dan batuk pada hari Isnin lepas, saya mengambil Vitamin C sebagai penambah antibodi. Dan alhamdulillah sekarang selesema dan batuk sudah semakin kurang dan tidak rasa sakit kepala lagi. Jom kita tengok pula apa peranan vitamin C Shaklee

Kelebihan lain produk Vitamin C Shaklee

- Membantu meningkatkan sistem keimunan badan
- Membina kolagen untuk kulit yang sihat dan berseri
- Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi dan struktur am badan yang lain
- Antioksida yang bertindak melindungi sel dari serangan radikal-radikal bebas yang lain
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
- Membantu mengurangkan hormon tekanan
- Membantu masalah anemia




http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya


Al-fatihah buat TGNA

Kita kehilangan seorang ulama..seorang pejuang...seorang pemimpin Islam yang amat disegani.
Marilah bersama doakan beliau..semoga sentiasa berada di kalangan kekasih Allah..ameen ya rabb!!

Promosi Berganda Februari 2015!!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. Promosi berganda sempena bulan Februari 2015 ni. Jom rebut!!





Macam mana nak beli? Anda boleh terus menghubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

[Testimoni] Susu Badan Banyak dengan Set 3M Shaklee

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah. InsyaAllah hari ini saya nak cerita mengenai Set Penyusuan 3M Shaklee. Dah lama tak bercerita mengenai breastfeeding ni, sebab Hadif pun dah nak masuk 3 tahun April 2015 nanti. Tapi, Hadif masih menyusu kecuali berada di rumah pengasuh. Yela, bila dah besar ni saya dah tak mengepam lagi. Rindu pulak rasa nak mengepam ;)

Ok, berbalik semula pada topik asal..selain Set Skincare @ Kecantikan Shaklee, Set 3M ini juga merupakan set yang popular bagi pengguna Shaklee. Kenapa popular?? Sebab dewasa kini, kesedaran untuk menyusukan anak sudah semakin tinggi di kalangan ibu-ibu yang bekerja dan bekerjaya. Apa beza bekerja dan bekerjaya ye? Ok, abaikan..:D Kalau dulu, hanya ibu yang surirumah sahaja kebanyakannya berjaya menyusukan anak sehingga usia 2 tahun. Tetapi, alhamdulillah...sekarang ramai ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun walaupun bekerja. Jadi, sebagai ibu yang bekerja banyak faktor yang perlu diambil berat bagi menjayakan usaha ini. Antaranya,
  1. Mengambil pemakanan seimbang
  2. Mengepam yang konsisten (2-3 jam sekali) di pejabat
  3. Emosi yang stabil, penting ni...jika emosi ibu terganggu faktor pengeluaran susu juga akan dipengaruhi.
Banyak lagi sebenarnya, saya juga pernah melaluinya sebanyak 2 kali. Ok, insyaAllah kali ini saya nak kongsi testimoni ibu-ibu yang sangat puas hati menggunakan Set 3M Shaklee. Jom baca


Jom kita tengok apa yang ada di dalam Set 3M Shaklee

Fungsi setiap vitamin

Vitaltea - Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
B-Complex - anti-stress, membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
Vitamin C- Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu
Alfalfa - milk booster,Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu.
ESP - Memberi tenaga, Membantu melancarkan penghasilan susu, Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu
Ostematrix - Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.

Banyak? Jangan risau, anda akan diberikan jadual makanan yang fleksibel dengan setiap pembelian.

Macam mana nak beli? Ok, harga pasaran untuk Set 3M ialah RM499.75.

Anda  boleh beli terus dengan Shaklee di sini  atau boleh juga terus menguhubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Kenali dan Ketahui Khasiat dan Fungsi Garlix Complex Shaklee

Bawang putih memang banyak khasiatnya, dulu saya memang kurang suka dengan bawang putih berbanding bawang merah. Kekadang terfikir juga kenapa perlu bawang putih ni dicampur dengan makanan yela pada saya masa tu 'benda' tak sedap buat apa campur. :D Pernah dengar tak petua, kalau badan banyak angin ataupun kembung perut bakar bawang putih tu lepas tu makan. Mak saya pernah buat. Dan alhamdulillah sangat berkesan. Jeruk bawang putih pun ada kan? Cerita pasal jeruk pulak...hihi Ok, jom cerita pasal bawang putih Shaklee pula, sebab sekarang ni kan Nutriferon OOS, jadi bawang putih pun sangat elok kalau kita tak sihat.


KENALI SHAKLEE  GARLIC  COMPLEX
Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Allicin juga merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.  Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih. 



MANFAAT DAN KHASIAT GARLIC  COMPLEX
1. Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolesterol normal.
2. Menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
3.  Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
4.  Formulasi Shaklee yang unik bagi mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar, termasuk sebatian pembentuk alisin.
5.  Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.
6.  Melegakan batuk dan selesema.
7.  Membantu peredaran darah yang baik.
8.  Menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol.
9.  Meningkatkan sistem imun.
10. Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak.
11. Menormalkan keseimbangan lipoprotein.
12. Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang.
13. Berfungsi sebagai anti-oksidan.
14. Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi.
15. Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air.
16. Bantu rawat asthma.

Keistimewaan Garlic Complex
1.      Membekalkan 100% Allicin aktif.
2.    Dihasilkan menggunakan dwi teknologi untuk mengawal bau garlic.
3.      Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
4.    Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh.
5.    Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Fungsi Garlic Complex
1.     Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
2.    Sebagai antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
3.    Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
4.    Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
5.    Pengambilan konsisten 2-4 biji sehari menyingkirkan logam toksik dalam tubuh seterusnya menstabilkan tekanan darah tinggi
6.    Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
7.    Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengelakkan darah beku, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
8.    Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

 Ok, harga pasaran untuk Garlic Complex RM47.50.

Anda  boleh beli terus dengan Shaklee di sini atau boleh juga terus menguhubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Rutin yang berubah!!

Alhamdulillah..diam tak diam..rupanya dah besar anak bujang saya. Tahun 2015 sudah berumur 7 tahun. Walaupun hakikatnya baru sahaja menyambut ulang tahun ke-6 pada 17 Disember 2014. Cepat rasa masa berlalu. Minggu pertama persekolahan memang rutin mencabar bagi saya. Kenapa saya kata mencabar?
  1. Kena hadir ke sekolah sebelum pukul 7.30, sebaiknya dalam 7.15 dah ada kat sekolah.
  2. Nak kejut Asyraf bangun awal.
  3. Ajar solat Subuh.
  4. Sediakan sarapan untuk bekal Asyraf, Hadif dan suami.
  5. Siapkan Hadif untuk hantar ke rumah pengasuh.
  6. Tukar waktu Asyraf  buang air besar, untuk elak dia  buang air besar di sekolah.
  7. Mencukupkan solat 5 waktu Asyraf.
  8. Ambil Asyraf waktu lunch hour, bawa balik ke rumah untuk makan + solat + bersiap ke KAFA dan kemudian masuk semula ke pejabat.
  9. Petang, balik kerja parking kereta dan berjalan kaki semula ke sekolah untuk ambil Asyraf.
  10. Kemudian, masak untuk makan malam.
Alhamdulillah, Asyraf dapat sekolah yang berdekatan dengan rumah. Hantar dan ambil dari sekolah memang menjadi tugas saya. Yang paling best...berjalan kaki. Kecuali waktu tengah hari saya ambil pulang ke rumah dan kemudian hantar ke KAFA menaiki kereta. Dah alang-alang keluar lunch dan nak masuk kerja semula. :)

Seminggu pertama, saya bawa Hadif sekali hantar Asyraf ke sekolah. Tapi bermula minggu ini saya dah hantar Hadif ke rumah pengasuh awal sebab kadang-kadang Hadif 'moody' terpaksa dukung dia lebih kurang pergi balik 1km. Memang nak putus urat di buatnya hihi Sejak dah hantar Hadif awal, lepas hantar Asyraf ke sekolah bergegas pula kemas rumah dan siapkan makanan untuk tengah hari sebelum pergi kerja!

Saya yakin ramai ibu bapa di luar sana turut mempunyai pengalaman yang sama macam saya. Tak kira anak sulong atau nombor berapa, di awal-awal persekolahan anak mesti rutin kita turut berubah.

Tak sabarnya nak hujung minggu. ;) sebab di hari persekolahan jujur saya katakan lebih 80% rutin saya berubah.


Nota : Alhamdulillah setakat ni tak kena ke site, kalau tak susah juga nak berulang alik waktu tengah hari. Nampaknya lepas ni saya kena latih Asyraf untuk siapkan diri di sekolah selepas sekolah pagi untuk ke KAFA.

9 Amalan Patut Amalkan di Hari Jumaat

Alhamdulillah...semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan keampunan dari Allah. Terima kasih Ya Allah. Asyraf dah Darjah 1, walaupun belum sampai sebulan Asyraf berumur 6 tahun. Takpelah, nak buat macam mana nak..umur kira ikut tahun... :D Banyak saya nak cerita sebenarnya, tambahan rutin saya dah berubah sejak tahun 2015 ni. InsyaAllah saya cerita kemudian. Kita balik ke topik asal...9 amalan yang patut kita amalkan di hari Jumaat.

  1. Potong kuku : Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” Selain hari jumaat boleh juga potong kuku hari Isnin dan Khamis.
  2. Membaca surah Ali-Imran : Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”
  3. Membaca Surah Al-Kahfi :  Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.” Fuh, surah ni memang panjang...jadi buat permulaan boleh amalkan baca 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir.
  4. Selawat : Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksid: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi) Allah Taala juga ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”. (QS.Al-Ahzab:56). Paling senang, sambil buat kerja ke masak ke, kemas rumah, jalan-jalan pun boleh buat.
  5. Membaca Yaasin : Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah. Memang selalu diamalkan oleh kita dari dulu lagi, malam Jumaat je mesti nak baca yasin.
  6. Mandi Sunat Jumaat : Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”
  7. Solat Jumaat : Para lelaki jangan lupa pergi solat. Ikut pemerhatian saya, masih ramai lelaki muslim di Malaysia ni jadi musafir pada hari Jumaat.
  8. Banyakkan berdoa : Jom.
  9. Banyakkan sedekah : Ibnu Qayyim berkata: Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.
Jom...jadi lebih baik dari semalam!! ;)

8 Fakta Vitalea for Children!!

Sepanjang saya jadi ahli ini kali pertama ada multivitamin untuk kanak-kanak (sebenarnya orang dewasa pun boleh ambil). Kenapa? Sebab Shaklee ingin menaik taraf Vitalea for Children, jadi produk ini dihentikan untuk seketika. Taraa...sekarang dah ada. Jom kita ketahui fakta tentang Vitalea kanak-kanak ni.

Fakta tentang Vitalea for Children

Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea for Children Chewable Shaklee disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian.

Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya.
vitalea for children

Fakta ringkas Vita-Lea for Children Chewable Shaklee:

    - Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
    - Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
    - Memberi 100% nilai harian vitamin C
    - Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
    - Berasaskan phytonutrien semulajadi
    - Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
    - Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
    - Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri

Harga Pasaran RM111.00 (60 biji tablet)


Jom dapatkan vitamin kesayangan anda. Nak baca lebih lanjut tentang Vivix dan Alfalfa ?? Nak baca testimoni?



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget