Vivix Shaklee...1001 rahsia yang perlu diketahui

Assalamualaikum.

Salam Jumaat buat semua. Alhamdulillah syukur di atas segalanya.  Asyik cerita pasal Set 3M Shaklee je saya hampir terlupa nak cerita pasal promo November 2013 ni. Nak tahu apa dia? Promo Vivix!!! Vivix ni memang banyak manfaatnya, nak kurus pun ambil Vivix, sakit lutut pun ambil Vivix, kencing manis, darah tinggi, sakit jantung. Orang Perak kata belaka semua la!!

Kita berkenalan dulu dengan vivix ni, yela...harganya memang amat boleh tahan. Tapi, kualitinya mestilahh paling kurang setanding dengan harga. Tak pun, mestilah lebih..sebab Shaklee ni memang setiap product tu by reseach dan clinical tested! Eh, tercakap omputih pulak. hehe Jaminannya ialah semulajadi, selamat dan semestinya berkesan.

APA ITU VIVIX?

Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi & anti kanser.

APA ITU RESVERATROL?

Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.

Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.

Manfaat Vivix

Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Penjelasannya;
 
Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

10 KEBAIKAN VIVIX!
1) Menggalak penuaan yang sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
7) Membantu dalam proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit-penyakit serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh

Di Shaklee, satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di atas.

Ok, dah berkenalan kita baca la pula testimoni. Tak syok jugak kalau cerita pasal produk je tanpa testimoni kan??

Testimoni Kencing Manis
Testimoni Resdung

Testimoni Kesihatan Menyeluruh

Testimoni Kecantikan

Banyak tu testimoni saya kongsi kali ni, adalagi...insyaAllah nanti ye!! tunggu!!

Bulan November ni memang harga Vivix jadi murah, murah la sangat...sebotol vivix tahan 1 bulan, hanya ambil 1 sudu teh sehari.

Jom apa tunggu lagi, hadiahkan Vivix pada ibu bapa kita, mahupun hadiah pada diri sendiri hehe

Hubungi saya


Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/



Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.
 

[Testimoni]Set Kurus Untuk Ibu Menyusu..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Semoga segala urusan kita dipermudahkan. Ameen ya rabb!!

Dah lama tak cerita pasal Set Kurus Shaklee ni. Yela, asyik cerita pasal Set 3M je kan? hehe bukan tak nak cerita...tapi banyak benda nak cerita, jadi kita cerita la satu-satu. Ni Pasal vivix tak cerita lagi ni, testimoni bertimbun dalam folder tu, tunggu masa je nak kongsi.

Benda baik elok dikongsi...yela, zaman sekarang ni semua orang ada hak untuk sihat. Bila badan sihat, hati senang dan tenang. Nak beribadah dan bekerja pun senang. Betul tak? Cuba, badan tak sihat...mood pun turun naik je, rasa nak makan je semua orang..betul tak? Cerita dari pengalaman juga ni hehe..

Ok, berbalik pasal Set Kurus Shaklee ni, hari ni nak kongsi satu testimoni, jemput baca di bawah.

Puan Norfatin ni masih menyusukan anak. Jadi, beliau ambil Set Kurus untuk ibu menyusu..Nak tahu apa yang beliau ambil?
- ESP
- Alfalfa
- Lecithin

Dalam masa 3 bulan, beliau turun sebanyak 1.5kg. Nampak sikit kan? Tapi, apa yang best?
- badan semakin ringan
- lebih sihat
- pakaian yang dulu ketat dah boleh pakai
- susu badan semakin pekat, sebab ambil ESP
- tiada lagi masalah keputihan
- sangat lawas, tiada masalah buang air besar

Makan 3 vitamin je kan?? Tapi, kesan pada badan amatlah banyak. Betul tak??

Sebenarnya untuk Set Kurus Shaklee ada 3 perkara penting.
  1. BAKAR
    Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
    Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol
  2. BUANG
    Produk: ALFALFA/HERB LAX
    Fungsi:membuang lemak, toksin dalam badan
  3. BINA
    Produk: CINCH/SOY PROTEIN
    Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh
Langkah Pertama : DETOX
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit-birit kepada anak.

Langkah Kedua : MEMECAHKAN LEMAK
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

Langkah Ketiga : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN
Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu.

Hubungi saya untuk konsultasi dan pertanyaan.


Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/



Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.
 

 

[Testimoni] Set 3M Shaklee...susu lancar walaupun hari kedua bersalin..

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

InsyaAllah hari ini nak kongsikan lagi testimoni Set 3M Shaklee yang memang hot ni. Jemput baca ye testimoni Puan Farah.
Puan Farah mengambil Set 3M, diawalnya beliau mengambil Set Hamil Shaklee. Kiranya baby yang lahir tu baby Shaklee la hehehe

Apa komen Puan Farah?
Beliau bandingkan antara bersalin anak pertama dan kedua yang memang berbeza,
- lepas bersalin tenaga banyak
- walaupun lepas bersalin badan tak sakit-sakit
- susu lancar dan banyak

Apa yang paling best?
Puan Farah nak teruskan pula dengan ambil GLA dan Vitamin E.

Itulah, tak kenal maka tak cinta...bila dah kenal...baru tau penangannya. Alhamdulillah.

Bagi ibu-ibu di luar sana yang masih mencari-mencari makanan tambahan yang sesuai untuk anda mahupun bayi anda. Set 3M Shaklee ni memang yang terbaik. Ye, terbaik untuk ibu dan anak. Pendek kata, 2 in 1 la. Malah ada yang dapat bonus sekali bila ambil set ni.

Nak tahu apa bonusnya? Muka semakin glowing selepas ambil set 3M ni. Jemput baca sini.

Hubungi saya


Wardah




Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.
 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget